Aksi Spiderman Motpsikal Curi Perhatian Sidang Dun Pahang



KUANTAN - Jika sebelum ini mat rempit sering membuat aksi ‘superman’ atau ‘batman’ apabila berlumba di jalan raya, namun hari ini sidang dewan diberitahu ada satu lagi aksi baru yang dilakukan oleh golongan mat rempit ini yang membahayakan pengguna jalan raya lain iaitu gaya ‘spiderman’.

Hal itu diberitahu oleh Sim Chon Siang (PKR-Teruntum) ketika sesi soal jawab pada persidangan penggal kedua Dewan Negeri Pahang ketika bertanyakan tentang langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah lumba haram termasuk di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) khususnya pada hari cuti umum dan hujung minggu.

Hal itu menarik perhatian Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin yang bangun mencelah dan mahukan Sim menerangkan aksi spiderman berkenaan.

“Saya tertarik dengan kenyataan Anggota Dewan Negeri Teruntum tadi, cuma saya nak tanya apa biasanya kita mendengar aksi batman dan superman, jadi apa bezanya pula dengan aksi spiderman ini, boleh wakil Teruntum terangkan aksinya, melekat di atas motor atau macam mana” katanya.

Sim kemudian kemudian menerangkan beliau pernah terserempak dengan kalangan mat rempit ini meniarap dan berpegang tangan sambil bersaing membawa motosikal membuatkannya memanggil gaya itu gaya ‘spiderman’.

“Hal ini jika tidak diatasi boleh membayakan nyawa bukan sahaja penunggang motosikal itu sendiri tetapi juga pengguna jalan raya lain,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Datuk Seri Norol Azali Sulaiman turut mencelah memaklumkan, faktor kelemahan pengangkutan awam di kawasan luar bandar menjadi antara punca ramai di kalangan anak muda di luar bandar terlibat dengan kegiatan rempit.

“Kita lihat sekarang remaja mudah mendapat motosikal waluapun dalam usia yang tidak melayakkan mereka mendapat lesen. Berdasarkan pemerhatian, antara lain ia berpunca dengan kelemahan soal pengangkutan awam di luar bandar.

“Tidak dapat tidak ibu bapa terpaksa membenarkan mereka menggunakan motosikal untuk ke sekolah dan akhirnya apabila telah biasa ‘memegang’ motosikal, mereka pun melakukan aktiviti lain berasaskan motosikal.

“Bagi membendung masalah ini, kerajaan telah mengemukakan usul kepada Kementerian Pengangkutan untuk memperkasakan lagi pengangkutan awam di luar bandar kerana difahamkan satu subsidi besar telah diberikan untuk tujuan ini.

“Malangnya sehingga kini kita masih susah hendak melihat bas-bas pengangkutan awam di luar bandar dan di peringkat kerajaan negeri sendiri, kita akan menubuhkan sebuah majlis pengangkutan awam untuk lihat masalah ini secara bersama,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan kerajaan Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata sebelum ini kerajaan negeri telah diluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta untuk membina sebuah litar lumba di Felda Jengka 23 namun projek itu dikatakan telah berpindah ke negeri lain.

“Kita berharap kerajaan pusat meneruskan usaha untuk bangun litar lumba ini seperti yang dirancang sebelum ini. Litar ini akan membolehkan anak muda melakukan hobi mereka di satu kawasan yang lebih selamat. Semoga kepimpinan kerajaan yang baharu ini akan melihat perkara tersebut kerana sejak dari dulu Pahang memang terkenal dengan sukan permotoran,” katanya sebagai menjawab soalan tambahan Young Syefura Otman (DAP-Ketari) yang bertanyakan inisiatif kerajaan untuk membantu sukan permotoran di negeri ini. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/04/aksi-spiderman-motpsikal-curi-perhatian.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Hassanal Rasmi Penggal Kedua Sidang Dun Pahang

Tengku Hassanal Rasmi Penggal Kedua Sidang Dun Pahang

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 585 hits
KUANTAN Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah hari ini berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang Ke 14 Ketibaan baginda di Wisma Sri Pahang pada jam 9 4...
Cukuplah Sehari Sidang Dun Perlis Kata Wakil Pas

Cukuplah Sehari Sidang Dun Perlis Kata Wakil Pas

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 427 hits
MALAYSIAKINI Wakil wakil rakyat PAS tiada masalah dengan tempoh singkat sidang Dewan Undangan Negeri yang cuma berlangsung sehari hari ini Anggota DUN Sanglang Mohd Shukri Ramli berkata cukup sehari bagi negeri kecil seperti Perlis untuk be...
Pakai Hijab Di London Prilly Latuconsina Curi Perhatian

Pakai Hijab Di London Prilly Latuconsina Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 286 hits
Prilly Latuconsina sukses mencuri perhatian Kekasih Maxime Bouttier tampil mengenakan hijab saat berada d London Ia terlihat begitu cantik dan anggun
Sidang Dun Perak Gamat Adun Minum Minyak Sawit

Sidang Dun Perak Gamat Adun Minum Minyak Sawit

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 519 hits
APRIL 19 2019IPOH Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak gamat seketika apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayang Dr Ko Chung Sen meminum minyak sawit merah ketika mengakhiri ucapan perbahasannya hari ini Katanya ia sebagai gimik kepada ...
Tok Mat Kekal Kerusi Dun Rantau Majoriti 4 510 Undi

Tok Mat Kekal Kerusi Dun Rantau Majoriti 4 510 Undi

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 341 hits
RANTAU Calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau dengan majoriti 4 510 undi Mohamad Hasan menerima 10 397 undian mengalahkan calon Pakatan Harapan Dr S Streram yang sekadar menda...
Hatrik Untuk Bn Tok Mat Kekal Menang Di Prk Dun Rantau

Hatrik Untuk Bn Tok Mat Kekal Menang Di Prk Dun Rantau

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 338 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Datuk Seri Mohamad Hasan secara rasmi mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan selepas menang kerusi DUN Rantau hari ini Mohamad 62 yang mewakili Barisan
Mohamad Pertahan Kerusi Dun Rantau Buat Penggal Keempat

Mohamad Pertahan Kerusi Dun Rantau Buat Penggal Keempat

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 454 hits
SEREMBAN Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau yang disandangnya sebelum ini selepas memenanginya pada pilihan raya kecil yang diadakan hari ini Mohamad 63 yang juga pemangku Pres...
Dun Sabah Sokong Pinda Perlembagaan Persekutuan

Dun Sabah Sokong Pinda Perlembagaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 362 hits
KOTA KINABALU Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah malam ini sebulat suara menyokong usul tergempar supaya pindaan Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan dibawa semula ke Parlimen secepat mungkin Ahli Dewan Undangan Negeri Karanaan Datuk Mas...
Can Madani Deliver One Million Affordable Homes

Petronas In Talks To Sell Rio Oil Field Stake For Us 1bil

Naszkenyang Fardtinted Feat Rushdanwafa Taknak Tahu Chord

Hypocritical To Act Against Chinese School S Upside Down Flag When Minister Has Yet To Act On Own Flag Blunder

Pegawai Polis Terima Rasuah Daripada Warga Asing Ditahan Sprm

Cuktech Raikan Merdeka 2025 Dengan Inovasi Terkini

United Newcastle Berebut Sesko Harian Metro

Makan Tengah Hari Di Restoran Wadi Hana Elarabi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pos Malaysia Run 2025 Kembali Jom Laju For Fun Di Stadium Merdeka Dengan Hadiah Hampir Rm10 000

Best Recipe Ground Beef Macaroni Tomato Casserole

I Think I M Too Hard On Myself

A Voice They Should Have Feared

Tak Tahu Nak Gelak Ke Apa

Morninggg