Biarkan Anak Urus Diri Bukan Sebab Mak Malas Tapi Nak Dia Belajar Terutama Anak 3 Tahun Ke Bawah


“Biarlah saya suap anak makan, asalkan dia tak main dengan makanan dan tak bersepah” akhirnya anak tak pandai gunakan tangan untuk menyuap makanan, lebih sedih tak tahu fungsi tangan untuk menyuap makanan, memegang sudu kerana terbiasa makan bersuap. Malah hal ini berlarutan hinggalah anak berusia 6 tahun. 
Membiarkan anak-anak melakukan sendiri bukan bermakna anda ibu bapa yang tidak peka terhadap anak-anak, malah anda adalah ibu bapa yang hebat kerana percaya dan memberikan peluang untuk anak meneroka kehidupan mengikut tahap usianya.

BIARKAN ANAK URUS DIRI?  Saya memang Mummy yang malas sebab banyak biarkan anak. – Biarkan anak menangis untuk luahkan perasaan sedih dia. – Biarkan anak jalan depan saya bila di “shopping mall”, saya ikut dia nak pergi mana-mana yang dia mahu. – Biarkan anak pakai pakaian sendiri dan uruskan diri sendiri. – Biarkan anak mewarna ikut warna yang dia mahu walaupun salah. – Biarkan anak menconteng ikut imaginasi dia. – Biarkan anak pakai kasut terbalik sampai dia sedar dan betulkan sendiri. 🩴 – Biarkan anak makan cekodok pisang dengan sos tomato bila dia kata nak cuba. – Biarkan anak main apa yang dia mahu main. – Biarkan anak pakai berlapis-lapis atau main tukar-tukar baju. – Biarkan anak basuh cawan dan pinggan sendiri. – Biarkan anak mandi lama-lama sampai dia penat mandi. Sebab apa?  Sebab anak belajar melalui 3 E terutamanya semasa 3 tahun kebawah,  1. Experience (Pengalaman) 2. Experiment (Eksperimen) 3. Exploration (Eksplorasi) Selagi tak melangkaui limit, selagi itu saya akan biarkan sebab kita kena faham yang anak memang sentiasa dalam proses pembelajaran. Tapi dalam membiar-biarkan perlu ada limitnya, tak adalah segala benda kita biarkan. Contohnya, anak gunting duit kertas pun kita biarkan. Limit saya lebih daripada segi adab, pemakaian (pakaian berlainan jantina dan terdedah) dan pemilihan pemakanan
Banyak sangat kes yang saya jumpa berkaitan kelewatan perkembangan apabila mak ayah terlampau rajin sehingga tak beri peluang anak buat sendiri
Makan bersuap, Pakaikan pakaian, Pakaikan kasut, Sentiasa dukung anak, Tak pernah beri kebebasan untuk anak berjalan sendiri di luar rumah walaupun anak dah pandai jalan
Kalau sekali sekala nak bermanja tak ada masalah, yang menjadi masalah apabila anak tak diberi peluang langsung untuk uruskan diri sendiri
Saya teringat pernah ada 1 kes, anak umur 6 tahun tetapi perkembangan di tahap umur 2 tahun. Bermakna sudah terlewat 4 tahun. Apabila diselidik rutin harian anak, rupa-rupanya mak ayah tak pernah biarkan anak buat apa-apa sendiri. Iyalah, satu-satunya anak tunggal
Terlampau sayang dan rajin sehingga mengganggu perkembangan anak
Percaya tak bila saya cakap, 2 bulan sahaja perkembangan anak menjadi normal bila saya minta mak ayah biarkan dan beri peluang untuk anak buat semua perkara sendiri
Tapi mak ayah jangan silap sangka ya, ini kes terpencil dimana anak itu lahir normal cuma mak ayah yang tak tahu sebenarnya anak perlu belajar uruskan diri sendiri dan diberi kebebasan. Berbeza dengan kes Autisme, ADHD, Global Delay Development (GDD), Cerebral Palsy (CP) atau lain-lain. Risau pula ada yang melabel semua anak yang ada masalah perkembangan adalah disebabkan kesilapan mak ayah
Jadi, kali ini saya nak kongsikan: KELEBIHAN ANAK URUSKAN DIRI SENDIRI  1. PERKEMBANGAN NORMAL   Banyak komponen perkembangan lain akan meningkat semasa anak belajar uruskan diri sendiri selain skil urus diri. Contohnya, – Butang atau zip pakaian Skil motor halus – Pakai seluar sambil berdiri Keseimbangan badan dan skil motor kasar – Basuh pinggan Deria sentuhan dan koordinasi dua belah badan – Melipat baju Skil kognitif (pemikiran) – Kalau kita bercakap dan bercerita dengan anak ataupun anak cerita apa yang dilakukan Skil bertutur – Semua aktiviti yang anak buat sendiri Skil fokus 2. EMOSI DAN SOSIAL   Mengikut teori dari Erik Erikson berkaitan perkembangan psikososial (psikologi dan sosial), anak umur: – 1 TAHUN 6 BULAN HINGGA 3 TAHUN Anak akan melalui fasa autonomi vs malu/ragu-ragu. Waktu ini memang normal anak akan nak buat semua perkara sendiri dan waktu terbaik untuk anak belajar. Jika anak diberikan kebebasan untuk uruskan diri, tahap keyakinan diri anak akan berkembang
Tetapi jika anak sentiasa disekat, anak akan jadi ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri dan secara tak langsung menyebabkan masalah kurang keyakinan diri
– 3 TAHUN HINGGA 5 TAHUN Anak akan melalui fasa inisiatif vs kesalahan. Jika kita banyak beri kebebasan untuk anak uruskan dan buat pilihan semasa 3 tahun ke bawah, waktu ini anak akan mula berinisiatif dan mempunyai banyak idea sendiri semasa bermain
Skil imaginasi dan skil bermain akan berkembang banyak semasa ini. Anak akan mula banyak buat “projek” sendiri tapi penting juga untuk tekankan aspek keselamatan. Tetapi jika anak tak dapat kembangkan perasaan nak berinisiatif, anak akan menjadi seorang yang takut-takut nak mencuba perkara baru
Inilah isu yang paling merisaukan sebab kesannya bukan waktu ini sahaja tetapi di masa akan datang
Jadi, bila kita banyak beri kebebasan pada anak secara tak langsung keyakinan diri anak juga meningkat. Sekiranya ada permintaan, saya kongsikan lebih lanjut tentang fasa ini. 3. KURANG STRESS   Bila anak dapat pilih apa yang dia mahu pakai, main atau belajar, secara tak langsung anak akan rasa yang dia belajar sebab dia yang nak belajar. Bukannya belajar sebab mak ayah suruh
Contohnya anak ambil sendiri kertas dan pensil untuk melukis atau mewarna sebab dia rasa nak melukis sesuatu bukan sebab mak ayah yang suruh. (Self-directed play) Tiada paksaan untuk anak belajar semasa 7 tahun ke bawah ya, tarik minat anak untuk belajar dan pastikan anak yang mahu belajar dan bukannya kita yang nak anak belajar
Penting sangat untuk mak ayah pastikan anak sudah bersedia untuk membaca atau menulis sebelum mulakan. (Writing/reading readiness) Saya pernah jumpa beberapa kes anak cemerlang di tadika dan darjah 1 hingga darjah 3 tetapi suatu masa tiba-tiba keputusan peperiksaan anak merosot mendadak. Bila diselidik, rupa-rupanya anak dah bosan belajar. Waktu itu, kita dah tak boleh putarkan masa balik. Tetapi perlu ingat juga dalam biar-biarkan pun perlu tekankan aspek keselamatan dan adab juga terutamanya jika melibatkan masalah tingkahlaku anak. Dapatkan bantuan terapis sekiranya memerlukan
Maka, ayuhlah kita beri ruang dan peluang untuk anak belajar uruskan diri sendiri. Jomlah jadi mak ayah yang malas dalam aspek pengurusan diri anak. Ada geng saya tak
Terima kasih, silakan share sekiranya bermanfaat untuk mak ayah lain
Kredit:Maryam Jamadi Pediatric Occupational Therapist BEYOND Home Therapy Selayang & JB (Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) The post Biarkan Anak Urus Diri, Bukan Sebab Mak Malas Tapi Nak Dia Belajar Terutama Anak 3 Tahun Ke Bawah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/biarkan-anak-urus-diri-bukan-sebab-mak-malas-tapi-nak-dia-belajar-terutama-anak-3-tahun-ke-bawah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ini Kongsi 6 Langkah Didik Anak Malas Jadi Anak Rajin Sampai Addict Nak Belajar

Ibu Ini Kongsi 6 Langkah Didik Anak Malas Jadi Anak Rajin Sampai Addict Nak Belajar

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 697 hits
Bukan mudah nak mendidik anak anak supaya melakukan sesuatu kerja Ia memerlukan kesabaran yang tinggi lebih lebih lagi bila anak tahu dia juga boleh membuat keputusan dalam hidup Namun sebenarnya masih ada cara untuk mendidik anak agar muda...
Elak Jadi Superhero Anak Bagi Peluang Dia Buat Dulu Kalau Asyik Dibantu Bila Mereka Nak Belajar

Elak Jadi Superhero Anak Bagi Peluang Dia Buat Dulu Kalau Asyik Dibantu Bila Mereka Nak Belajar

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 313 hits
Dalam mendidik anak ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh ibu ayah Ilmu keibubapaan tidak hanya terhad kepada satu satu perkara sahaja Sebagai ibu bapa anda perlu kreatif sabar dan positif dalam mendidik anak anak Kalau ada satu ilm...
Tip Potty Train Anak Bawah 3 Tahun

Tip Potty Train Anak Bawah 3 Tahun

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 359 hits
Hai Assalamualaikum Alhamdulillah kakna dah free diapers Siang siang dah tak pakai pampers Malam mommy still pakaikan dia pampers sebab dia masih menyusu botol Kalau dah tak susu botol insyaallah boleh dah tidur tanpa pampers Untuk anak ket...
Baru 4 Tahun Semua Gigi Tak Ada Puncanya Mak Ayah Selalu Bagi Ice Cream Doktor Pesan Elak Beri Kalau Sayang Anak

Baru 4 Tahun Semua Gigi Tak Ada Puncanya Mak Ayah Selalu Bagi Ice Cream Doktor Pesan Elak Beri Kalau Sayang Anak

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 427 hits
Mommy nak ice cream memang kita tak nampak kesanya jika beri anak makan ice cream gula gula dan makanan manis ketika itu Namun kesannya sangat besar untuk esok lusa dan kemudian hari Bahayanya makanan manis ini boleh menyebabkan gigi anak s...
Nak Kurus Tapi Malas Bersenam

Nak Kurus Tapi Malas Bersenam

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 506 hits
Anda mempunyai masalah berat badan berlebihan Anda mahu menurunkan berat badan tapi malas nak bersenam malas nak jaga makan Anda telah cuba pelbagai senaman dan diet tapi payah nak maintain
Hiburan Depan Mata Lagi Senang Nak Ajar Datuk Rizalman Okay Anak Tak Mahu Sambung Belajar Lepas Spm

Hiburan Depan Mata Lagi Senang Nak Ajar Datuk Rizalman Okay Anak Tak Mahu Sambung Belajar Lepas Spm

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 435 hits
Sentiasa membawa perubahan baru dan dunia fesyen tempatan sudah pasti ramai yang mengagumi kehebatan pereka Datuk Rizalman Ibrahim Bukan sahaja daripada sudut gaya fesyen namun personaliti dirinya yang menyenangkan turut membuat ramai yang ...
Keliru Nak Isi Maklumat Imunisasi Daftar Online Anak Tahun 1 Ni Panduan Mudah

Keliru Nak Isi Maklumat Imunisasi Daftar Online Anak Tahun 1 Ni Panduan Mudah

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 579 hits
Ibu bapa yang ada anak anak yang bakal masuk pra sekolah atau darjah 1 tahun depan mesti tengah sibuk isi borang permohonan online kan Bagi yang pertama kali nak isi untuk anak sulung yang akan bersekolah mulai tahun depan ia agak keliru se...
Asyik Melompat Berlari Minta Nak Main Basikal Antara Perkembangan Normal Anak 1 5 Tahun

Asyik Melompat Berlari Minta Nak Main Basikal Antara Perkembangan Normal Anak 1 5 Tahun

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 243 hits
Tanggungjawab ibu bapa semakin besar seiringan dengan peningkatan usia anak Ini apa yang perlu anda fahami berkaitan perkembangan dan pendidikan awal kanak kanak Kredit Freepik Perkembangan fizikal kanak kanak Istilah kanak kanak kecil atau...
Otak Jadi Lembab Susah Nak Belajar Anak Ini Kongsi Sisi Gelap Selalu Dimarah Ditengking Walaupun Hal Remeh

Otak Jadi Lembab Susah Nak Belajar Anak Ini Kongsi Sisi Gelap Selalu Dimarah Ditengking Walaupun Hal Remeh

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 468 hits
Memarahi anak memang suatu yang ramai ibu bapa tak suka Namun ramai juga yang tiada skil untuk mengawal diri terutama bila marah sudah di ambang bibir dan dada dah turun naik Maka terloncatlah kata kata dengan aura perkataan yang sangat bes...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui