Survey Kata Sokongan Terhadap Muhyiddin Sebagai Pm Meningkat



Tinjauan terhadap pengundi di Semenanjung Malaysia mendapati kadar penerimaan sebanyak 67% terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri meningkat berbanding tiga bulan sebelum ini, dengan sokongan paling kuat dari kaum Melayu, diikuti India dan Cina.
Hasil tinjauan itu berdasarkan beberapa indikasi bahawa pihak berkuasa akan memerangi pandemik Covid-19 dengan tempoh lebih panjang selepas kes yang semakin meningkat sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilonggarkan.

Tinjauan Merdeka Center yang melibatkan 2,111 orang responden berusia 21 tahun ke atas dan dilaksanakan antara 31 Mac dan 12 April itu juga turut mendapati lebih ramai orang (41%) berpendapat negara berada di landasan yang betul berbanding hanya 32% responden Januari lalu.
Sebanyak 51% berkata bahawa mereka berpuas hati dengan pengurusan ekonomi kerajaan ketika ini, sementara 43% lagi menyatakan tidak berpuas hati.
Mengenai pengurusan pandemik Covid-19 oleh kerajaan, 70% responden berkata mereka berpuas hati dengan pendekatan yang diambil kerajaan bagi menanganinya.
Ia adalah peningkatan ketara daripada tinjauan Januari lalu sewaktu kes harian mencecah angka 4,000 dengan hanya 53% menyatakan rasa puas hati dengan langkah-langkah kerajaan dalam membendung Covid-19.
Carta dari Merdeka Center menunjukkan bagaimana Muhyiddin memenangi hati pengundi sejak Mei 2020.
Sementara itu, hanya sekitar 46% responden berkata negara sedang berada “di landasan yang salah”, berbanding 54% sebelum ini.
“Mereka yang menyatakan pandangan bahawa negara berada di landasan yang betul memberikan respons positif terhadap pentadbiran negara selain mengakui bahawa kebajikan rakyat terjaga ketika ini,” kata Merdeka Center.
“Mereka yang berpendapat negara sedang menuju ke arah yang salah pula menyebutkan kebimbangan mengenai kestabilan politik dan keadaan ekonomi yang tidak menggalakkan ketika ini.”
Dalam pada itu, tinjauan tersebut turut menunjukkan bahawa ekonomi masih menjadi perhatian utama (57%), diikuti pandemik Covid-19 (16%).
Apa yang menariknya, tinjauan itu turut mendapati hanya 2.4% sahaja yang bimbang dengan politik negara ketika ini walaupun nada politik meningkat dari kedua-dua belah pembangkang dan kerajaan yang tertumpu kepada isu majoriti rapuh yang dimiliki Muhyiddin.
Tinjauan itu turut mendapati bahawa kebimbangan ekonomi itu juga berpunca daripada keadaan kewangan peribadi pengundi, dengan 57% responden berkata tahun ini lebih “buruk” berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, sebilangan besar responden (68%) berpendapat keadaan ekonomi Malaysia adalah negatif berbanding setahun lalu, ketika kebanyakan masalah berkaitan Covid-19 masih tidak dapat diselesaikan.
Merdeka Center berkata peningkatan kadar penerimaan terhadap Muhyiddin itu boleh dikaitkan dengan pembukaan semula sektor ekonomi dan program vaksinasi kebangsaan.
“Perkara ini ditunjukkan dalam penerimaan kukuh terhadap perdana menteri dan keyakinan kepadanya dalam menangani wabak dan ekonomi – walaupun keadaan pengundi yang masih dilihat tertekan ekoran kewangan peribadi mereka dan persepsi mereka terhadap ekonomi,” tambahnya.
Menurut badan itu lagi, bantuan kewangan kepada isi rumah dan perniagaan, selain kelonggaran syarat bagi orang ramai mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja “telah mendorong persepsi masyarakat terhadap kerajaan dan pemimpinnya” ~ MalaysiaNow

Merdeka Center Survey Repor... by Mohd Samsul Ghazali



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/survey-kata-67-sokong-muhyiddin-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Buat Tuduhan Palsu Terhadap Semua Penganut Kristian Kata Bekas Menteri

Jangan Buat Tuduhan Palsu Terhadap Semua Penganut Kristian Kata Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 490 hits
April 23 2021 Cara terbaik untuk menangani isu sesetengah penganut Kristian yang secara agresif mempromosikan kepercayaan mereka adalah melalui dakwah kata Mujahid Yusof Rawa PETALING JAYA Sebarang tuduhan yang dibuat terhadap penganut Kris...
2 148 Kes Positif Covid 19 Baharu Muhyiddin Kata Kerajaan Tidak Akan Laksanakan Pkp 3 0

2 148 Kes Positif Covid 19 Baharu Muhyiddin Kata Kerajaan Tidak Akan Laksanakan Pkp 3 0

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 510 hits
2 148 kes positif Covid 19 baharu Muhyiddin kata kerajaan tidak akan laksanakan PKP 3 0Khamis 15 April 2021 Malaysia hari ini mencatatkan 2 148 kes positif Covid 19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini adalah 367 977 kes Peningka...
Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 606 hits
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis memberikan layanan istimewa dengan membenarkan majikan itu mengadakan sidang media ketika sedang direman Kesan rotan di badan mangsa Gambar PDRM Seorang ahli Dewan Negara menyelar tindakan majikan ya...
Kenyataan Apandi Pada 2016 Timbulkan Keraguan Terhadap Integritinya Kata Pendakwa

Kenyataan Apandi Pada 2016 Timbulkan Keraguan Terhadap Integritinya Kata Pendakwa

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 183 hits
Carta aliran yang dipegang oleh Apandi dengan jelas menunjukkan dana daripada SRC International memasuki akaun Najib bukan daripada sumbangan derma Arab Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali Gambar AP Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu ba...
Muhyiddin Kata Kerajaan Dah Tak Banyak Duit Tapi Timbalan Menteri Pelancongan Baru Tetap Akan Dilantik Hari Ini

Muhyiddin Kata Kerajaan Dah Tak Banyak Duit Tapi Timbalan Menteri Pelancongan Baru Tetap Akan Dilantik Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 243 hits
April 16 2021 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan kesenian dan kebudayaan esok Saya bersyukur atas pelantikan ini tapi semestinya ada banyak kerja yan...
Keyakinan Terhadap Kerajaan Meningkat Sejak Program Vaksinasi Bermula

Keyakinan Terhadap Kerajaan Meningkat Sejak Program Vaksinasi Bermula

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 200 hits
MALAYSIA NOW Peningkatan keyakinan terhadap kerajaan berkait dengan keyakinan rakyat terhadap vaksin Program vaksinasi kebangsaan dimulakan sejak Februari lalu bermula dengan barisan hadapan negara Gambar Bernama Keyakinan rakyat terhadap k...
Kajian 67 Peratus Sokong Muhyiddin Sebagai Pm

Kajian 67 Peratus Sokong Muhyiddin Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 302 hits
malaysiakini comDiterbitkan 23 Apr 2021 4 09 pmPusat tinjauan bebas Merdeka Center mendapati 67 peratus rakyat di Semenanjung Malaysia menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan menyifatkan penilaian itu sebagai stabi...
Pelantikan Acryl Sani Sebagai Kpn Semasa Darurat Boleh Dipertikai Kata Peguam

Pelantikan Acryl Sani Sebagai Kpn Semasa Darurat Boleh Dipertikai Kata Peguam

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 249 hits
April 30 2021 Acryl Sani Abdullah Sani akan menggantikan Abdul Hamid Bador yang akan bersara pada 3 Mei ini PETALING JAYA Pelantikan Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara baharu boleh dipertikaikan kerana ia dilakukan semasa n...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord