Kajian 67 Peratus Sokong Muhyiddin Sebagai Pm


malaysiakini.com
Diterbitkan 23 Apr 2021, 4:09 pm

Pusat tinjauan bebas Merdeka Center mendapati 67 peratus rakyat di Semenanjung Malaysia menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan menyifatkan penilaian itu sebagai stabil.

Tahap sokongan terhadap Muhyiddin yang dicatatkan oleh Merdeka Center adalah 74 peratus antara bulan Jun dan Julai tahun lalu. Tahap terendah dicatatkan pula adalah 63 peratus pada bulan Januari lalu.

Sebilangan besar responden Melayu (83 peratus) menyokong Muhyiddin, berbanding 30 peratus responden Cina dan 66 peratus responden India.

Tinjauan Merdeka Center ini dilakukan antara 31 Mac dan 12 April. Ia melibatkan 2,111 responden yang terdiri daripada 64 peratus orang Melayu, 28 peratus Cina dan 8 peratus India.

Tinjauan dilakukan melalui talian tetap dan telefon bimbit dengan responden terpilih melalui pensampelan berstrata secara rawak untuk menggambarkan usia, etnik, jantina dan kawasan pilihan raya. Kajian ini dibiayai oleh Merdeka Center.

Sementara itu, majoriti responden (46 peratus) percaya bahawa negara ini "menuju ke arah yang salah".

Antara keluhan utama adalah ketidakstabilan politik (27.3 peratus responden) dan keadaan ekonomi yang tidak baik (15.5 peratus) dan pentadbiran kerajaan yang buruk (7.9 peratus).

Majoriti responden Cina dan India percaya negara ini "menuju ke arah yang salah" manakala majoriti responden Melayu (54 peratus) percaya sebaliknya.

Jumlah responden Melayu yang percaya bahawa negara berada di "arah yang betul" menurun daripada 82 peratus pada Mei tahun lalu.

Responden yang merupakan kakitangan kerajaan / GLC, tinggal di pantai timur dan golongan muda cenderung untuk percaya bahawa negara ini menuju ke arah yang betul.

Sebanyak 23 peratus menyebut mengenai pentadbiran kerajaan yang baik, program kebajikan (10.4 peratus) dan suasana aman damai (5.3 peratus).

Semua kumpulan etnik bersetuju bahawa ekonomi adalah masalah terbesar yang dihadapi negara ini diikuti dengan penyebaran Covid-19.

Hanya 2.4 peratus responden menyebut politik sebagai masalah terbesar di negara ini.

Sementara itu, jumlah individu yang percaya bahawa ekonomi dan kewangan peribadi mereka lebih buruk berbanding tahun lalu meningkat sejak pertengahan tahun lalu.










[Baca berita penuh]
Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldRephraseRephrase current sentenceEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/04/kajian-67-peratus-sokong-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Dengan Berbadan Abah Dilihat Sebagai Bapa Yang Lebih Baik Lebih Beri Komitment Dalam Hubungan Kajian

Lelaki Dengan Berbadan Abah Dilihat Sebagai Bapa Yang Lebih Baik Lebih Beri Komitment Dalam Hubungan Kajian

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 286 hits
Ibu ibu semua mungkin anda menyedari bahawa berat badan lelaki anda sudah makin bertambah sejak berkahwin dan menjadi bapa ini Tetapi sebelum anda mengangguk suram berikut adalah beberapa berita baik Lelaki Badan Abah seorang bapa yang baik...
Survey Kata Sokongan Terhadap Muhyiddin Sebagai Pm Meningkat

Survey Kata Sokongan Terhadap Muhyiddin Sebagai Pm Meningkat

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 308 hits
Tinjauan terhadap pengundi di Semenanjung Malaysia mendapati kadar penerimaan sebanyak 67 terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri meningkat berbanding tiga bulan sebelum ini dengan sokongan paling kuat dari kaum Melayu diikuti Ind...
Annuar Musa Sifatkan Khabar Angin Kahwin Penyanyi Sebagai Fitnah

Annuar Musa Sifatkan Khabar Angin Kahwin Penyanyi Sebagai Fitnah

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 336 hits
255 total views 255 views today KUALA LUMPUR Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menyifatkan khabar angin kononnya beliau telah berkahwin dengan seorang penyanyi tanah air yang tular di media sosial sebagai fitnah yang cuba menj...
Hiburan Jadikan Sebagai Pengajaran Didie Alias Lega Akaun Instagram Dapat Diakses Semula

Hiburan Jadikan Sebagai Pengajaran Didie Alias Lega Akaun Instagram Dapat Diakses Semula

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 286 hits
Didie Alias lega apabila akaun Instagram nya dapat dimiliki semula setelah digodam oleh individu yang tidak dikenali pada Sabtu yang lalu AdvertisementPelakon dan pengacara yang mempunyai lebih dari 500 000 pengikut di Instagram itu berkata...
Datuk Seri Acryl Sani Dilantik Sebagai Ketua Polis Negara Baharu Berkuatkuasa 4 Mei Ini

Datuk Seri Acryl Sani Dilantik Sebagai Ketua Polis Negara Baharu Berkuatkuasa 4 Mei Ini

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 453 hits
243 total views 243 views today Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador berkuatkuasa pada 4 Mei 2021 Perkara ini diumumkan oleh Menteri Dalam...
Muhyiddin Tunggu Umno Pecah

Muhyiddin Tunggu Umno Pecah

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 436 hits
Tajuk artikel ini saya pinjam daripada Sin Chew Daily Muhyiddin is waiting to see Umno split atau Muhyiddin sedang tunggu untuk saksikan Umno berpecah Begitu bunyi tajuk yang diberi kepada terjemahan penulisan kolum rakan saya Tay Tian Yan ...
Pm Muhyiddin Extends Condolences To British Royal Family For Prince Philip S Death

Pm Muhyiddin Extends Condolences To British Royal Family For Prince Philip S Death

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 387 hits
Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said among the many contributions of His Royal Highness storied life was his founding of the Duke of Edinburgh International Award which has positively impacted millions of young people around the wor...
Bahlil Soal Jokowi Minta Investasi Rp900 Triliun Sebagai Prajurit Saya Jalankan

Bahlil Soal Jokowi Minta Investasi Rp900 Triliun Sebagai Prajurit Saya Jalankan

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 256 hits
Bahlil mengungkapkan dalam waktu dekat ada dua target yang ingin dicapai yaitu target internal dan eksternal Target internal menurut dia meliputi konsolidasi organisasi hingga penyelesaian sistem Online Single Submission
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked

Kamal Adli Biodata Karier Isu Terkini

12 Contoh Undangan Aqiqah Dan Cara Membuatnya

Mayat Wanita Dalam Beg Lelaki Miliki Enam Rekod Jenayah Ditahan

Terima Kasih Kerajaan Malaysia