Suria Klcc Hidupkan Keseronokan Dan Kemeriahan Malam Tujuh Likur
SURIA KLCC : HIDUPKAN KESERONOKAN DAN KEMERIAHAN MALAM TUJUH LIKUR
BERTEMAKAN SEMURNI IKATAN SEINDAH LEBARAN
Sekarang dah menginjak 23 Ramadhan. Bahang sambutan Aidil Fitri makin terasa. Mesti ramai suri rumah dah sibuk dengan kuih raya dan membeli belah barangan keperluan untuk menyambut hari raya kan?
Baru-baru ini AlongMurni (AM) sempat menjengah ke Pusat beli-belah terkemuka, Suria KLCC. Menariknya di sini adalah KLCC meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menghidupkan semula kenangan tentang keseronokan malam ke-27 Ramadan yang dikenali sebagai Malam Tujuh Likur.
Dengan bertemakan Semurni Ikatan Seindah Lebaran, ruang legar utama suria KLCC dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni umpama sebuah pesta cahaya pada Malam Tujuh Likur tau!!! AM dimaklumkan yang pengunjung akan dapat merasai sendiri keindahan Malam Tujuh Likur di pusat pusat beli-belah itu hingga 9 Jun ini.
Tarikan utama adalah replika istana berbentuk pentagon yang diilhamkan dari Istana Jahar di Kota Bharu, Kelantan. Replika istana ini dihiasi pelbagai ukiran halus yang menampilkan keindahan serta kekayaan seni bina masyarakat Melayu. Malahan gabungan ukiran tradisional Melayu dan corak geometri Islam yang menghiasi struktur binaan memberikan impak yang sempurna terhadap replika istana lama tersebut.
Sempat bergambar bersama dengan Naz JJCM
Bila menjejak kaki ke sini, AM dapat lihat sebuah taman mini yang cantik dihiasi bunga-bungaan dan lampu berwarna-warni menambahkan keserian dekorasi ruang legar Suria KLCC yang pastinya akan memukau pandangan AM. Lebih mengujakan apabila Suria KLCC sekali lagi mencipta keunikan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan membina replika pelita tertinggi di Esplanade KLCC berketinggian 70 kaki.
Replika Pelita Tertinggi
Sehingga 9 Jun 2019,pengunjung yang datang berpeluang menikmati persembahan menarik antaranya tarian drama Mak Yong, tarian muzikal Raya Malam Tujuh Likur, tarian tradisional, dikir barat dan persembahan silat.
BERKONGSI REZEKI BERSAMA DENGAN YANG LEBIH MEMERLUKAN
Bagi meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai, KLCC turut bersama-sama dengan orang ramai bagi mengumpulkan dana 'Share The Care' melalui Yayasan Makanan Bantuan iaitu organisasi bukan kerajaan yang pertama yang ditubuhkan untuk mengurangkan pembaziran makanan dan menamatkan kebuluran di Malaysia hingga 9 Jun, 2019. Setiap pembelian barangan di KLCC akan didermakan RM10 untuk tujuan tersebut. Dana yang dibangkitkan akan disalurkan ke Yayasan Makanan Bantuan untuk membeli barangan makanan, membiayai bantuan kecemasan dan menyokong operasinya untuk mengurangkan kelaparan dan kekurangan makanan di negara ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Yayasan Makanan Bantuan, lawati www.foodaidfoundation.org
AM berbuka puasa di Chakri Palace Suria KLCC
MERIAHKAN PERAYAAN AIDIL FITRI
Mulai dari 10 Mei hingga 9 Jun 2019, pengunjung yang membeli barangan di Suria KLCC akan menerima sepasang balang gula-gula dan paket Raya dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM1,000 ke atas dalam dua resit. Pengunjung juga boleh menyertai satu peraduan untuk memenangi pakej pengalaman makan secara eksklusif untuk dua bersama dengan Chef Sherson Lian.
Pelbagai peraduan dan hadiah menarik menanti pengunjung yang datang. Info lanjut boleh layari www.suriaklcc.com.my
AM bersama dengan Chef Sherson Lian
KATA ALONG MURNI
KADANG-KADANG AM TERFIKIR JUGA BILA HADIRI BUFFET RAMADHAN, AM LIHAT BANYAK BERLAKU PEMBAZIRAN MAKANAN. JADI PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH SURIA KLCC SANGAT BERTEPATAN DI SAMPING DAPAT MENGELAKKAN PEMBAZIRAN, IA JUGA DAPAT MEMBANTU GOLONGAN YANG LEBIH MEMERLUKAN. INSYAALLAH.. 🤟🤟🤟 TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SURIA KLCC ATAS INISIATIF DAN GALAKAN YANG DIBERIKAN.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://alongmurni.blogspot.com/2019/05/suria-klcc-hidupkan-keseronokan-dan.html