Zur Eda Tepis Malu Berniaga Pasar Malam






Kedatangan Ramadan nyata memberi rezeki berganda kepada penyanyi Zur Eda apabila sibuk mengusahakan perniagaan makanan dalam mencari pendapatan sampingan.

Kata penyanyi yang terkenal menerusi lagu Kelmarin ini, dia tidak malu berniaga di bazar Ramadan atau pasar malam demi mencari rezeki.

Bahkan, ketika namanya masih memuncak pada era 80-an dan 90-an, dia sudah berjinak-jinak membantu perniagaan keluarga dan hari ini dia pula sibuk menerima tempahan biskut raya dan pelbagai jenis kerepek sepanjang bulan puasa.

“Saya minat berniaga dan tidak kisah berniaga di mana sekalipun asalkan mendapat rezeki halal. Saya pernah berniaga pasar malam di Paya Jaras bertahun-tahun lamanya. Pada bulan Ramadan pula, saya jual bubur lambuk dan lauk-pauk.

“Perasaan malu tidak pernah terbit dalam hati biarpun ramai pelanggan mengenali saya. Saya seronok apabila peminat dapat merasa air tangan saya.

“Sejak dahulu pun, saya suka berkongsi resipi masakan dengan peminat. Bukan hanya lauk-pauk, malah saya berniaga biskut raya dan kuih-muih,” katanya.

Tidak mengenal erti penat, Zur Eda mengakui bidang perniagaan dapat memberi kewangan yang lebih buat keluarga.

“Saya mula berniaga sejak di sekolah rendah lagi. Mulanya, saya jual makanan ringan dan gelang dengan kawan-kawan. Seronok pula apabila makanan ringan habis, gelang yang dijual pun disukai.

“Berniaga sudah sebati dalam hidup saya dan pelik pula kalau tak buat sekarang,” katanya.

Ditanya pernahkah ditipu sepanjang lebih 30 tahun berniaga, Zur Eda mendakwa dia pernah ditipu seorang kenamaan yang kononnya mahu menempah biskut raya dalam jumlah yang banyak.

“Saya masih ingat, seorang kenamaan ini menempah biskut raya hampir RM6,000. Saya sudah menyiapkan tempahan tetapi apabila menghubunginya semula, nombor terbabit tiada dalam perkhidmatan.

“Macam nak menangis dibuatnya kerana siang malam saya menyiapkan biskut raya tetapi kena tipu. Begitupun, saya tidak serik malah menganggap ia bukan rezeki saya.

“Saya jual biskut raya terbabit di pasar malam dan ramai teman artis membantu dengan membeli biskut berkenaan. Akhirnya, ia habis juga dijual,” katanya yang turut melancarkan koleksi Zur Eda Celebrity yang diusahakan bersama pereka fesyen tempatan, Ruslan Baharin.

Ceburi dunia fesyen

Siapa sangka, selepas berjaya dalam perniagaan kuih raya, Zur Eda menceburi perniagaan baru tahun ini.

“Selama ini, orang tahu saya jual biskut raya dan kerepek. Alhamdulillah, saya diangkat sebagai pembekal kerepek untuk stesen Petronas terpilih sejak tahun lalu.

“Saya sudah tidak tahu apa yang nak dikongsikan lagi, jadi saya pilih menceburi bidang rekaan fesyen pula.

“Selalunya peminat melihat artis sering memakai baju ketat ketika mengadakan persembahan. Jujurnya, saya tidak selesa berpakaian sedemikian, apatah lagi saya mahu menjadi contoh yang baik untuk anak dan cucu pada usia mencecah 50-an.

“Jadi, saya dan Ruslan menghasilkan rekaan koleksi baju kurung untuk wanita berusia 40 tahun ke atas,” katanya yang menjelaskan koleksi itu dijual secara atas talian di Instagram miliknya.

Kata Zur Eda, dia mengetengahkan konsep tropika dan alam semula jadi untuk koleksi kali ini.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/05/zur-eda-tepis-malu-berniaga-pasar-malam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peniaga Pasar Malam Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Bakar Kereta Mufti Perlis

Peniaga Pasar Malam Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Bakar Kereta Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 639 hits
gambar hiasanKANGAR Seorang peniaga pasar malam hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan membakar kereta rasmi milik kerajaan negeri yang digunakan oleh Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin Ter...
Sekumpulan Lelaki Pecahkan Cermin Rosakkan Kereta Terperangkap Di Pasar Malam Kota Bharu

Sekumpulan Lelaki Pecahkan Cermin Rosakkan Kereta Terperangkap Di Pasar Malam Kota Bharu

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 627 hits
Viral di media sosial ketika ini video menunjukkan seorang wanita dikerumuni sekumpulan individu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya memandu di laluan pasar malam Dalam kejadian yang berlaku di Pasar Malam Parit Dalam Kota Bharu wani...
Aksb Siri 12 Redah Gelap Malam Pukul 3 Pagi Punggah Air

Aksb Siri 12 Redah Gelap Malam Pukul 3 Pagi Punggah Air

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 854 hits
Pagi tadi sempat bersembang dengan jiran tentang masalah gangguan bekalan air yag kami alami Ceritanya malam semalam dia tidur lewat kerana ada urusan keluarga yang selesai kira kira pukul 2 30 pagi Ketika ingin masuk tidur anak perempuan y...
Perbanyak Baca Doa Ini Di Malam Lailatul Qadar

Perbanyak Baca Doa Ini Di Malam Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 1119 hits
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat spesial bagi umat Islam tidak hanya bulan yang diberkati dan dirahmati namun doa mudah dikabulkan oleh Allah terutama bagi orang yang berpuasa sampai ia berbuka Dalam sebuah hadits Nabi yang diriwa...
10 Amalan Mudah Pecutan Malam Terakhir Ramadan 1440h

10 Amalan Mudah Pecutan Malam Terakhir Ramadan 1440h

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 810 hits
Esok kita akan memulakan fasa terakhir Ramadan malam malam yang penuh barakah Marilah kita sama sama cuba melaksanakan amalan baik dengan lebih giat lagi dan semoga kita terus istiqamah selepas tamatnya Ramadan kali ini Saya salin kembali a...
7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Pada 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa Ini

7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Pada 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa Ini

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 1304 hits
7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Pada 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa Ini Salam semua hari ini dah masuk ke 20 Ramadan 10 hari lagi akan berakhirnya Ramadan yang penuh berkah ini Kat sini 2 hari sebelum masuk 10 terakhir Ramadan...
Adik Ainul Fly Ke Uk Malam Ni Namun Ramai Tertanya2 Siapa Lelaki Yang Turut Bersama Ini

Adik Ainul Fly Ke Uk Malam Ni Namun Ramai Tertanya2 Siapa Lelaki Yang Turut Bersama Ini

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 279 hits
Adik Ainul Fly ke UK malam ni Namun ramai tertanya2 siapa lelaki yang turut bersama ini
Pemandangan Malam Dari Sky 26 Holiday Villa

Pemandangan Malam Dari Sky 26 Holiday Villa

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 470 hits
Pemandangan Malam Dari Sky 26 Holiday Villa Macam mana boleh tersesat sampai ke tingkat 26 ni Tak tahulah kenapa Alkisahnya lepas majlis iftar tadi kami naik sekejap ke tingkat 26 Konon exercise lepas makan banyak tapi selfie yang lebih Pem...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada