Suri Rumah Atau Wanita Bekerjaya Keduanya Bekerja


Suri Rumah Atau Wanita Bekerjaya Keduanya Bekerja | Semalam KakYa ada baca satu perkongsian menarik yang di muat naik oleh Ustazah Asma' Harun (UAH) di page facebook beliau. Bagi KakYa perkongsian ini sangat sangat menarik kerana ianya berkenaan wanita. Apa perkongsian dari beliau yang buat KakYa tertarik sangat nak kongsi pada sahabat sahabat KakYa kat blog ni. Ianya perkongsian mengenai suri rumah dan wanita bekerjaya. Suri rumah dan wanita bekerjaya keduanya bekerja. YES! Satu topik yang cukup KakYa suka. Dulu pernah jugak terdetik nak up kan topik ni kat blog, tapi sampai ke sudah KakYa tak tulis. Harini berbekalkan tulisan Ustazah Asma' Harun, KakYa rasa ada sedikit kekuatan untuk menulis dan berkongsi bersama sahabat


Bagi KakYa tak kiralah kita ni wanita sebagai seorang suri rumah atau wanita yang bekerjaya, kita ni sama saja sebenarnya. Kita dalam golongan wanita bekerja tapi dalam suasana berbeza. Suri rumah bekerja di rumah, wanita bekerjaya bekerja di tempat kerja. Jadi tak perlu untuk kita nak bandingkan mana lagi penat dan stress, mana lagi susah dan mencabar antara suri rumah dan wanita bekerjaya kerana sepertimana tulisan Ustazah Asma' Harun, keduanya berat dan ujian. Ya keduanya berat dan pelbagai ujian perlu kita lalui. 
Ya betul! Bukan semua wanita kat dunia ni mampu untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Suri rumah satu karier yang mencabar keikhlasan hati. Bukan saja mencabar malah tiada gaji dan kadangkala muncul rasa rendah diri. Di tambah pula dengan cabaran dan dugaan dari pelbagai sudut. Jangan ingat tugas suri rumah ni satu benda yang remeh temeh, kalau korang sendiri tak berada di tempat mereka jangan cuba cuba nak perlekehkan seseorang yang bergelar suri rumah

Masyarakat harini ada yang bercakap, apalah ko ni belajar tinggi tinggi last last jadi suri rumah. Kalau ko tahu nak jadi suri rumah baik ko tak payah belajar dulu. Buat penat jer belajar tinggi last last duk rumah jer duk urus suami dan anak anak. Ada pulak jenis yang duk bandingkan suri rumah ni dengan mereka yang bekerjaya. Sedih rasa hati bila insan yang bergelar suri rumah ni diperlekehkan sebegitu rupa. Dah kenapa? Hina sangat ke jadi suri rumah ni? Cuba citer sikit apa masalah?

Suri rumah ni sebenarnya seorang yang berjaya. Betul la kan! Di rumah beliau lah yang mengurus hal hal rumahtangga, beliau juga yang menguruskan anak anak dan membantu suami. Tak ke berjaya namanya tu. Takde istilah gagal walaupon korang bukan wanita bekerjaya wahai suri rumah. Korang didik anak anak, jaga anak anak, ajar anak anak jadi bijak pandai dan penat dengan aktiviti harian serta kerja di rumah yang tak pernah habis dikira pahala untuk korang. Mudahnya bagi kita seorang suri rumah mengutip pahala di rumah. Pahala yang takkan berhenti ibarat air mengalir. Bersyukurlah wahai insan yang bergelar suri rumah. Alhamdulillah syukur Ya Allah

Ustazah Asma' Harun menulis. Bukan semua wanita mampu bekerja mencari rezeki dengan cara barakah, banyak mengundang fitnah, susah nak jaga niat, pergaulan, maruah dan aurat. Ramai yang kalah dengan ujian pujian dan kejian hingga sanggup berubah demi diterima orang. Pahalanya juga besar, kerana mencari rezeki adalah satu jihad. Itu tulisan Ustazah Asma' Harun yang KakYa dapat dari facebook page beliau


Hebatnya seorang wanita yang bergelar suri rumah yang tak mengadu penat dan lelah tapi masih tetap setia menguruskan rumahtangga dan hebatnya seorang wanita bekerjaya yang tak pernah berputus asa membuat dan memberi yang terbaik buat keluarga walaupun diri keletihan dengan tuntutan kerja dan hal rumahtangga. Tak kiralah korang seorang suri rumah atau wanita bekerjaya, korang sebenarnya insan yang kuat. Semoga kita semua dalam lindungan, rahmat dan redha Allah SWT setiap masa dan ketika walau di mana berada. Aamin aamin Ya Mujib



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2021/03/suri-rumah-atau-wanita-bekerjaya-keduanya-bekerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tugas Ibu Suri Rumah 2 5 Kali Lebih Berbanding Kerja Sepenuh Masa Lain Kajian

Tugas Ibu Suri Rumah 2 5 Kali Lebih Berbanding Kerja Sepenuh Masa Lain Kajian

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 349 hits
Kajian terkini membuktikan bahawa tugas seorang suri rumah adalah 2 5 kali lebih berbanding pekerjaan sepenuh masa yang lain Tinjauan melibatkan jadual mingguan 2 000 ibu di Amerika Syarikat yang mempunyai anak berumur antara 5 hingga 12 ta...
Hiburan Kerana Wanita Bernama Salina Mona Allen Akui Rumah Tangganya Bersama Pekin Terganggu

Hiburan Kerana Wanita Bernama Salina Mona Allen Akui Rumah Tangganya Bersama Pekin Terganggu

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 1020 hits
Pelakon cantik Mona Allen mendedahkan bahawa rumah tangganya kini yang dibina bersama pelakon Pekin Ibrahim terganggu akibat kehadiran seorang wanita bernama Salina View this post on InstagramAdvertisementMona yang ditemui media baru baru i...
Mitos Atau Fakta Wanita Klimaks Menyebabkan Kehamilan Dengan Lebih Mudah

Mitos Atau Fakta Wanita Klimaks Menyebabkan Kehamilan Dengan Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 317 hits
Pernahkah anda mengalami persetubuhan bersama suami yang cukup memuaskan sehingga anda mencapai klimaks Bagus Maknanya suami anda tahu apa yang mereka lakukan dan mereka juga mementingkan kepuasan anda Tetapi tahukah anda bahawa ada seseten...
Banggalah Pegang Status Suri Rumah Jangan Malu Tiada Gaji Anda Pun Ibu Hebat

Banggalah Pegang Status Suri Rumah Jangan Malu Tiada Gaji Anda Pun Ibu Hebat

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 273 hits
Bila orang tanya kerja apa dan kita jawab suri rumah automatik orang pandang rendah Bagi pandangan sesetengah masyarakat wanita yang bekerjaya adalah wanita yang mencari rezeki dengan pergi ke pejabat berpakaian seperti seorang eksekutif ke...
Dia Sedap Sedap Duduk Kat Rumah Tu Dengan Bini Baru Wanita Roboh Rumah Bekas Suami Yang Enggan Bahagi Harta Sepencarian

Dia Sedap Sedap Duduk Kat Rumah Tu Dengan Bini Baru Wanita Roboh Rumah Bekas Suami Yang Enggan Bahagi Harta Sepencarian

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 292 hits
The ReporterSeorang wanita nekad merobohkan rumah bekas suaminya kerana bengang lelaki itu tidak membahagikan harta sepencarian mereka secara adil setelah bercerai sejak 20 tahun lalu Ainun Jariyah 44 meroboh rumah tersebut yang didiami bek...
Suri Rumah Kerjaya Hebat

Suri Rumah Kerjaya Hebat

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 454 hits
Suri rumah Keluarga mertua pandang rendah kepada menantu perempuan yang tak kerja ya Sebab nampak menantu susahkan anak dia Kesian anak dia kena kerja keras sara keluarga sedangkan menantu relax aje kat rumah tengok tv tidur makan dan lepas...
Suri Rumah Kena Tipu Dengan Penjual Emas Di Facebook

Suri Rumah Kena Tipu Dengan Penjual Emas Di Facebook

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 291 hits
KUANTAN Hasrat seorang suri rumah ingin melaram dengan tiga utas rantai leher berkecai akibat ditipu penjual emas murah di laman sosial Facebook Kejadian bermula pada 8 Mac lalu selepas suri rumah yang berusia 50 tahun dari Triang Bera itu ...
Seronok Rupanya Jadi Suri Rumah Di Buang Kerja Semasa Pkp Allah Lipat Gandakan Rezeki

Seronok Rupanya Jadi Suri Rumah Di Buang Kerja Semasa Pkp Allah Lipat Gandakan Rezeki

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 301 hits
Bukan mudah bagi wanita yang bekerja untuk berhenti kerja secara tiba tiba Semuanya memerlukan perancangan yang teliti lebih lebih lagi komitmen yang tinggi jika bekerja Banyak yang harus difikirkan Begitulah kisahnya yang dikongsikan oleh ...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jep Syukur Dapat Hadiah Bermakna Dedah Anak Disahkan Autisme

Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await