Surat Terbuka Untuk Kerajaan Malaysia


Ke hadapan Menteri Pendidikan Tuan Maszlee Malek, Menteri Belia dan Sukan, Tuan Syed Saddiq, Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli DUN dan seluruh rakyat Malaysia.
Awwalul kalam, Syukur kepada hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, Malaysia sentiasa terus makmur dan sentiasa berada di dalam lindungan RahmatNya. Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW serta sahabat dan ahli keluargaNya, contoh teladan ikutan terbaik hingga ke akhir zaman. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Pakatan Harapan atas kemenangan ketika Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu. Tahniah juga diucapkan kepada tuan kerana telah dilantik menjadi salah seorang menteri kabinet di bawah kerajaan baharu ini.
Tuan yang mulia..
Tidaklah molek sekiranya saya tidak memperkenalkan diri saya. Saya merupakan seorang rakyat Marhaen yang berusia 19 tahun dan seorang penuntut di salah sebuah universiti awam terkemuka di negara ini. Di luar kampus, saya merupakan salah seorang penulis di dalam sebuah kumpulan NGO yang memperjuangkan sejarah dan nasib umat Melayu di rantau ini.
Berdasarkan Undang-Undang Tertinggi negara ini, menurut perkara 152 bahawa Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi di dalam negara ini. Sebagai anak muda, saya berasa kesal apabila melihat bahasa rasmi negara kita menunggu masa untuk mati. Tulisan Jawi kini nasibnya lebih parah. Apakah kita mahu melihat anak cucu kita nanti hanya sekadar mampu melihat Bahasa Melayu dan seangkatan dengannya di pameran muzium semata-mata?
Jika kita lihat pada hari ini, nama-nama Kemelayuan pada sesebuah tempat itu sendiri semakin hari semakin hilang. Misalnya, Bangsar South dahulunya dikenali sebagai Kampung Kerinchi, Mont Kiara asalnya ialah Bukit Kiara / Segambut Dalam dan banyak lagi nama-nama telah hilang dihanyut zaman. Adakah kita terlalu mengejar kemodenan sehingga bahasa ibunda sehingga tergadai?  Malangnya kaum itu jika merendahkan martabat dan tidak mengutamakanbbahasa ibunda mereka.
Tuan yang dihormati.
Selaras dengan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, maka dengan secara tidak langsung jugalah bahasa ini diangkat sebagai bahasa perpaduan dan perpaduan boleh dipupuk melalui pendidikan. Tetapi sayang, peluang ini telah disia-siakan oleh pihak-pihak yang mengaku Melayu tetapi menjadikan bahasa asing sebagai rutin harian mereka.  Di awal tadi, saya menjelaskan bahawa saya merupakan penuntut di salah sebuah universiti awam terkemuka di negara ini. Untuk pengetahuan tuan, pusat pengajian di mana saya menuntut ilmu ini ialah asalnya ditubuhkan untuk membantu kaum bumiputera dan mempunyai cawangan paling banyak di Malaysia.
Tetapi saya amati, segala medium perantaraan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran, kesemuanya di dalam Bahasa Inggeris. Bagi saya, ini adalah suatu perkara yang amat memalukan dan jijik untuk kita hadapi. Sudahlah bahasa ibunda sendiri hampir tergadai, bahasa lain pula diangkat sebagai perantaraan. Adakah kita menganggap bahawa kerana Bahasa Inggeris itu bahasa utama dunia sehingga menjadikan ia sebagai bahasa pembelajaran. Apa Bahasa Melayu itu tidak internasional kah? Apakah pihak tuan tidak tahu bahawa Bahasa Melayu menjadi bahasa utama di rantau ini berkurun lamanya sebelum penjajah menapak di bumi pertiwi ini? Bagi saya, untuk mengukur kemajuan dan mengembangkan kehidupan di luar zon kita, tidaklah wajar sekiranya Bahasa Inggeris terlalu diangkat dan menyebabkan bahasa ibunda sendiri bak hidup segan mati tak mahu.
Dalam pada memperjuangkan nasib Bahasa Melayu yang kian terancam, saya juga ingin berbincang mengenai nasib anak melayu di tanah sendiri. Umum kita mengetahui bahawa MARA telah ditubuhkan oleh Almarhum Tan Sri Sir Onn ibni Almarhum Dato Jaafar. Tetapi saya lihat dan amati, pada hari ini, wujudnya satu persepsi dan suasana tidak baik dalam membantu golongan bumiputera ini. Saya lebih menekankan mengenai soal pendidikan misalnya. Berdasarkan pemerhatian saya, saya lihat MRSM telah menjadi sekolah elitis berbanding tujuan asalnya.
Apakah tujuan syarat kemasukan MARA yang tertakluk kepada gred hanya sekadar untuk menjaga status MRSM sebagai “salah sebuah institusi pendidikan terbaik” di negara ini? Jika kita fikirkan, bagi anak-anak Melayu yang tidak lah mendapat 3A ke atas, namun mereka datang daripada golongan B40 dan kebawah dan mempunyai bakat untuk ke arah sains. Namun, dek kerana syarat yang tidak masuk akal ini, mereka tidak mampu untuk menyerlahkan kepandaian mereka. Akibatnya?
Mereka akan ditempatkan di kelas belakang dan mereka akan tertekan kerana pemikiran kolot pendidik kita pada hari ini, kelas belakang hanya untuk yang tercicir dan seterusnya akan menyebabkan mereka terdedah dan menjadi penyumbang kepada masalah sosial anak muda pada hari ini. Saya juga turut berfikir mengapa pendidikan kita pada hari ini tidak menitikberatkan Sejarah dan Bahasa Melayu sedangkan perkara tersebut sama penting dan bahkan lebih tinggi darjatnya daripada apa yang difokuskan oleh MRSM iaitu Sains dan Matematik? Anak belia pada hari ini kian lupa pada leluhur kita dan saya merasakan platform ini sesuai untuk berbuat sedemikian.
Oleh itu, saya menggesa dan mencadangkan pihak yang berkenaan untuk meneliti dan berusaha untuk merealisasikan cadangan saya. Pertama, saya mencadangkan bahawa Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya di dalam pendidikan sejajar dengan perlembagaan negara. Kedua, saya cadangkan agar kuota “orang-orang” kaya untuk MRSM ini dihapuskan dan MRSM hanya ditumpukan untuk golongan yang berhak seiring dengan tujuan penubuhan MARA itu sendiri . Orang-orang berkemampuan boleh menghantar anak anak mereka ke sekolah asrama yang lain seperti Sekolah Sains, MCKK dan lain-lain. Ketiga, saya usulkan bahawa Bahasa Melayu dan Sejarah dititikberatkan dan bukan hanya sekadar wajib lulus di dalam kertas peperiksaan sahaja. Sebaliknya, mata pelajaran ini dititik dengan lebih dalam dan  dijadikan sebagai subjek penting di institusi pendidikan. Keempat, saya gesa agar Bahasa Melayu dijulang dan bukan retorik semata-mata.
Sekiranya pihak tuan ingin berbincang dengan saya mengenai soal ini, saya sentiasa terbuka demi membela nasib anak bangsa. Saya juga akan mendedahkan diri saya yang sebenar melalui persendirian. Tujuan saya ini bukanlah untuk mencetuskan permusuhan, tetapi hanya untuk memperjuangkan nasib bangsa dan bahasa di bumi bertuah ini. Sebelum mengakhiri warkah ini, mari kita hayati dan renungkan kata-kata Datuk Laksamana Hang Jebat “AKU JEBAT, RAKYAT BIASA, PANGKAT AKU UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT, BERGERAK AKU UNTUK MEMBUAT JASA KEPADA RAKYAT, DAN AKU RELA MATI AKU UNTUK RAKYAT”.
Sekian, Wassalam.
Megat Seri Rama. .

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2018/12/surat-terbuka-untuk-kerajaan-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Terbuka Ts Shahrir Samad Kepada Adun Dan Mp Umno

Surat Terbuka Ts Shahrir Samad Kepada Adun Dan Mp Umno

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 246 hits
Siapa Kita Kalau Kita Seorang WakilAhli Parlimen dan ADUN UMNO keluar beramai dari UMNO dan riuh pula akan ada lagi AP UMNO di Semenanjung yang akan ikut sama sebelum akhir tahun ini Alasan yang di beri ialah kerana pucuk pimpinan UMNO tida...
Surat Terbuka Mufti Perlis Kpd Pm Bukan Bagus Sangat Apologetic Merugikan Islam

Surat Terbuka Mufti Perlis Kpd Pm Bukan Bagus Sangat Apologetic Merugikan Islam

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 332 hits
http bit ly 2EMGMtYJenis apologethic jugak surat ni salahkan ciri2 Islamic buat orang bukan Islam takut nak masuk SK Apa yg dia merepek ni Apa yg Islamic sgt kat SK Pelajar wanita pakai tudung dan baju kurung Baca doa waktu perhimpunan Pela...
Ulasan Surat Terbuka Mufti Perlis Kepada Perdana Menteri

Ulasan Surat Terbuka Mufti Perlis Kepada Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 339 hits
BERITA MALAYSIAMufti Perlis tulis surat terbuka kepada PM Menteri PendidikanRaja Hisyam Raja Zaid Astro Awani Disember 22 2018 23 28 MYTDr Maza semakin lantang mengkritik selepas kes babitkan Muhammad Adib Mohd KassimKUALA LUMPUR Selepas me...
Surat Terbuka Meminta Pihak Keamanan Klarifikasi Korban Rakyat Sipil Papua

Surat Terbuka Meminta Pihak Keamanan Klarifikasi Korban Rakyat Sipil Papua

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 244 hits
KEPADA YANG TERHORMAT 1 PANGLIMA TNI DI JAKARTA2 KAPOLRI DI JAKARTA3 KAPOLDA PAPUA DI JAYAPURA4 PANGDAM CENDERAWASIH DI JAYAPURAPERIHAL MEMINTA PIHAK KEAMANAN KLARIFIKASI ADANYA INFORMASI KORBANNYA RAKYAT SIPIL PASCA OPERASI PELAKU PENEMBAK...
Kerajaan Singapura Dan Malaysia Raih Penghargaan Di Hut Ke 189 Kota Batam

Kerajaan Singapura Dan Malaysia Raih Penghargaan Di Hut Ke 189 Kota Batam

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 240 hits
Penghargaan diberikan langsung oleh Wali kota Batam Muhammad Rudi di Dataran Engku Putri Kota Batam
Surat Terbuka Rafizi Buat Kj

Surat Terbuka Rafizi Buat Kj

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 465 hits
Saudara KhairySaya pasti Saudara menerima banyak mesej hari ini Saya memilih untuk menghantar mesej yang terbuka kerana kita ada tanggungjawab untuk bercakap secara terus terang Walaupun berita ahli ahli parlimen UMNO keluar parti beramai r...
Surat Terbuka Tpnpb Untuk Pemerintah Indonesia Tuntutan Tawaran Dan Penolakan

Surat Terbuka Tpnpb Untuk Pemerintah Indonesia Tuntutan Tawaran Dan Penolakan

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 209 hits
Surat Terbuka Tentara Pembebasan Nasional Papua Barat ditujukan kepada Pemerintah Republik Indonesia cq presiden Joko Widodo Melalui surat terbuka ini ada beberapa hal yang disampaikan oleh pihak Tentara Pembebasan Nasional terkait perang a...
Dap Keluar Dari Kerajaan Cabaran Terbuka Buat Lim Kit Siang

Dap Keluar Dari Kerajaan Cabaran Terbuka Buat Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 383 hits
Ugutan Lim Kit Siang untuk dari gabungan kerajaan Pakatan Harapan jika objektif Malaysia Baru tak tercapai di lihat sebagai suara terdesak parti untuk untuk mendominasi PH Masyarakat melihat ancaman itu agar parti beliau menjadi ketua suara...
Ph Charity Dinner Rasuah Terbuka Ala Malaysia Baru

Ph Charity Dinner Rasuah Terbuka Ala Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 275 hits
Mohd Puad Zarkashi 12 12 18 Beberapa potret pemimpin PH seperti PM TPM dan Menteri dibida oleh towkey towkey kaya untuk sumbangan politik kepada PH sempena PH Charity Dinner ahad lalu Apakah ini rasuah terbuka atau rasuah halal Beberapa tow...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization