Surat Terbuka Kepada Yang Di Pertuan Agong


 *SURAT TERBUKA KEPADA YANG DI-PERTUAN AGONG*
*_PATIK MOHON DAN RAYU DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DIBERI PELUANG MEMIMPIN MALAYSIA BAHARU_**09 Januari 2020*Salam Sejahtera,_Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong_ Ampun Tuanku, 1) Dengan segala hormat, patik berdoa agar Tuanku Seri Paduka Baginda sentiasa berada dalam bimbingan dan perlindungan dari Tuhan. 2) Patik dengan penuh takzim menerusi warkah ini ingin memohon dan merafakkan sembah agar Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai sokongan kukuh dan menyakinkan dari kalangan majoriti Ahli Parlimen diberi peluang untuk membentuk kerajaan baharu. 3) Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun, Tuanku merupakan payung kepada negara Malaysia dan patik yakin Tuanku amat adil dalam membuat sesuatu keputusan. 4) Seperti yang diketahui umum, hari ini, Ahli Parlimen Machang iaitu YB Datuk Ahmad Jazlan Yaakub telah menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. 5) Sesebuah kerajaan yang tidak memiliki majoriti sokongan Ahli Parlimen wajar diganti dengan kerajaan yang mempunyai sokongan menyakinkan atau kembalikan semula mandat kepada rakyat menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Patik yakin buat masa ini tidak sesuai PRU diadakan.6) Patik juga hilang keyakinan terhadap kemampuan kerajaan ini yang mempunyai lebih dari 70 Menteri dan Timbalan Menteri untuk menangani pandemik Covid-19 yang setakat ini sudah mencecah jumlah keseluruhan 133,559 kes dengan jumlah kematian 542. Angka-angka ini merisaukan rakyat Malaysia.7) Dalam keadaaan ekonomi baru mula untuk pulih, rakyat Malaysia terutamanya golongan anak muda dalam segmen ekonomi Gig dan peniaga-peniaga kecil sudah mula merungut mengenai desas desus berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mungkin akan dilaksanakan kelak. 8) Dikala krisis ekonomi akibat Pandemik Covid-19, negara memerlukan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi secara berperingkat. Kewibawaan ini dimiliki oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Harapan.9) Berlandaskan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan; _"Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong"._Demi kesejahteraan rakyat dan proses demokrasi berparlimen, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi memberi laluan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.10) Akhir kata, Patik berharap Tuanku Baginda akan menggunakan segala kebijaksanaan untuk mengambil keputusan terbaik demi rakyat Malaysia dan negara tercinta. Patik pohon ampun atas apa jua kekhilafan dalam warkah ini. Semoga rakyat dan negara Malaysia akan selamat daripada pandemik Covid-19 dan bencana banjir.*Daulat Tuanku.*_Patik dengan segala hormat takzimnya;_*PRASANTH KUMAR BRAKASAM**_RAKYAT MALAYSIA_**_KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) NEGERI MELAKA_*https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1116487932127754&id=354599241649964





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/surat-terbuka-kepada-yang-di-pertuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Perlu Jawab Sokong Anwar Dan Utus Surat Sokongan Kepada Yang Di Pertuan Agong Atau Tidak

Umno Perlu Jawab Sokong Anwar Dan Utus Surat Sokongan Kepada Yang Di Pertuan Agong Atau Tidak

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 752 hits
A Kadir Jasin Antara jawapan yang pastinya dinanti nanti oleh ahli Umno bukan ahli Umno rakan Umno dan musuh Umno daripada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini adalah 1 Keluar kerajaan Perikatan Nasional atau tidak 2 Bekerjasama dengan...
Yang Di Pertuan Agong Simpati Mangsa Banjir Seru Pihak Berkuasa Terus Hulurkan Bantuan

Yang Di Pertuan Agong Simpati Mangsa Banjir Seru Pihak Berkuasa Terus Hulurkan Bantuan

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 411 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan simpati kepada mangsa bencana banjir di beberapa negeri khususnya di Pahang Terengganu Kelantan Johor Perak dan Selangor Dalam kenyataan Istana Negara Sultan A...
Perikatan Nasional Muhyiddin Perlu Segera Menghadap Yang Di Pertuan Agong

Perikatan Nasional Muhyiddin Perlu Segera Menghadap Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 327 hits
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menyarankan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin segera menghadap Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berikutan sudah hilang sokongan majoriti SUBSCRIBE now Astro Awani h...
Mangsa Banjir Di Pahang Terus Mendapat Perhatian Daripada Yang Di Pertuan Agong

Mangsa Banjir Di Pahang Terus Mendapat Perhatian Daripada Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 468 hits
KUALA LUMPUR Nasib mangsa banjir di Pahang terus mendapat perhatian Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah apabila baginda berangkat ke pusat pemindahan sementara Kampung Serambi Pekan hari ini Seri Pad...
Surat Terbuka Buat Perdana Menteri

Surat Terbuka Buat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 255 hits
Assalamu alaikum warah matullahi wabarakatuh Pada 1 Oktober tahun lalu saya hadhir mendengar amanat ikhlas daripada YAB Tan Sri dalam Kongres Ekonomi Bumiputera 1 1965 2020 di perkarangan tempat letak kereta Wisma Daulah di kaki Bukit Parli...
Yang Di Pertuan Agong Isytihar Darurat Bagi Membendung Penularan Pandemik Covid 19

Yang Di Pertuan Agong Isytihar Darurat Bagi Membendung Penularan Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID 19 di Malaysia Datuk P...
Anwar Hantar Surat Kepada Semua Ahli Parlimen Rayu Agong Batal Darurat

Anwar Hantar Surat Kepada Semua Ahli Parlimen Rayu Agong Batal Darurat

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 433 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketua pembangkang Anwar Ibrahim sudah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Yang di Pertuan Agong membatalkan pelaksanaan darurat dan Parlimen segera bersidang Bagaimanapun presiden PKR it...
Agong Perkenan Bentuk Jawatankuasa Bebas Kerajaan Pembangkang

Agong Perkenan Bentuk Jawatankuasa Bebas Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 372 hits
MALAYSIAKINI Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah berkenan terhadap pembentukan jawatankuasa bebas melibatkan anggota parlimen kerajaan dan pembangkang semasa tempoh darurat Datuk Pengelola Bijaya Diraja I...
Doa 5 September 2025 12 Rabiulawal 1447h Salam Maulidur Rasul

Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

25 Ucapan Maulid Nabi Muhammad Saw Yang Menyentuh Hati Pembaca

Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Membeli Barang Kemas Secara Ansuran

Inflasi Makan Nilai Duit Tukar Kepada Emas

Sap User Experience Management Malaysia Enhancing Digital Adoption

Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam

Ibu Penat Tapi Ibu Sayang Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang