Surat Terbuka Buat Perdana Menteri



Assalamu’alaikum warah matullahi wabarakatuh
Pada 1 Oktober tahun lalu, saya hadhir mendengar amanat ikhlas daripada YAB Tan Sri dalam Kongres Ekonomi Bumiputera 1 1965 – 2020 di perkarangan tempat letak kereta Wisma Daulah, di kaki Bukit Parlimen Malaysia. Ia adalah satu detik bersejarah yang amat bermakna.
Sebahagian besar dif kehormat yang mewakili para pemikir, pentadbir dan pemimpin segenap lapisan rakyat Malaysia berhimpun di dalam dewan, masing-masing terlindung daripada tempias hujan lebat yang turun petang hari itu namun cukup bertuah dapat menjadi saksi ikrar keramat yang dilafadzkan oleh diri peribadi YAB Tan Sri Perdana Menteri secara lisan bersaksikan insan-insan sekalian termasuk kami yang di luar perkarangan.
Tiga purnama sudah detik itu berlalu, kini salah satu daripada dua institusi rakyat yang diberi amanah iaitu Majlis Amanah Rakyat dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dilanda cabaran besar. Amanah tadbir urus atau governan. Barisan kepemimpinan MARA Corporation, sebuah anak syarikat milik penuh dibawah kawal selia Majlis Amanah Rakyat, telah digantung tak bertali dalam jeda masa sesingkat ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Badlisyah Abdul Ghani diarah bercuti dan dipersoalkan kredibiliti professional dalam semua keputusan pengurusan yang telah diambil. Walhal beliau dipilih khusus atas rekod cemerlang kerjaya professionalnya sebagai seorang ahli pakar sektor perbankan dan pelaburan Islam yang berpengalaman luas juga masih menerajui sebuah badan professional antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Pelan Induk Sektor Kewangan kelolaan Bank Negara Malaysia (iaitu Chartered Institute of Islamic Finance Professionals).
Malahan rencana pelan hala tuju yang dibina hasil daripada resolusi-resolusi terperinci yang dimuafakati bersama oleh perhimpunan KEB dibatalkan tanpa sebarang sebab. Ahli-ahli professional dan teknokrat yang sukarela meninggalkan jawatan masing-masing di syarikat-syarikat tersohor atas niat untuk menanggung amanah MARA Corporation mendepani cabaran masa depan MARA dan negara mungkin dipecat serta-merta.
Sayang sungguh andai kekuatan tenaga professional muda Bumiputera yang telah menyediakan pelan hala tuju perniagaan dan ekonomi bertaraf global untuk dilaksanakan bermula tahun baru ini digagalkan secara sembrono oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Hilang peluang amanah rakyat untuk dimertabatkan bersama- sama agenda sosioekonomi yang sedemikian utuh dipersetujui sewaktu perakuan Kongres Ekonomi Bumiputera 1 1965-2020 diterima sebulat suara dan akan digunapakai secara berstruktur sepertimana ikrar YAB Tan Sri bagi tindakan sertamerta Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
YAB Tan Sri,
Sayugia diingatkan bahawa sumpah keramat waktu itu didengar dan disaksikan oleh setiap hadhirin dan hadhirat, malah YAB Tan Sri sendiri, menuturkan Kalimah Bismillah – atas nama Allah dan Rasulullah – dalam menetapkan janji abadi untuk memertabatkan Agenda Melayu Dan Bumiputera dan meletakkannya di bawah kawal selia langsung Perdana Menteri Malaysia, bermula dengan kepemimpinan YAB Tan Sri secara rasmi, demi agama, bangsa dan tanahair, selagi ada bulan dan bintang menaungi watan dan nusabangsa.
Tadbir urus MARA Corporation kini menjadi bahan fitnah di media sosial. Tiada siapa membalas jauh sekali tampil menjelaskan kemelut institusi yang baru berusia lima tahun ini, sejak ia dijadikan wahana pelan halatuju berdayamaju MARA yang lebih terjamin dan dilancarkan pada Hari Sambutan ke-50 MARA dahulu. Tahun lepas ada ahli Majlis yang mahu menukar mandat MARA dan menutup MARA Corporation. Mereka semua dibuang kecuali seorang. Ingatkan dah selamat. Belum pun sempat layar berkembang, ribut badai mendatang dan nakhoda terbuang.
MARA Corporation boleh dikatakan keluar mulut harimau, masuk mulut buaya. Bagai kan bahtera bangsa tanpa nakhoda dihanyutkan petualang di arus zaman. Benarlah nasib orang Melayu dan Bumiputera ibarat tak bertuan, ke utara semakin bergelora, ke barat semakin sesat, ke timur semakin kabur dan ke selatan tak ketahuan.
Apakah nasib Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan pasukan pengurusan profesional MARA Corporation yang dicopot mandat penugasannya ini akan sama terkubur seperti batang tubuh Laksamana Hang Tuah yang dibuang negeri dek hasutan fitnah dan tuduhan hasad sekelompok biduanda dan penguasa. Apa hal dengan memanda Menteri berwajib yang awalnya melantik sepenuh percaya pada semua yang asal dan memberi mandat autoriti institusi berintegriti, kini diam seribu bahasa? Rakyat jua kan menanggung akibat buruk.
Salah satu inisiatif terawal Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation adalah mencari dan mendapatkan khidmat nasihat seorang Ketua Pegawai Integriti yang bertauliah daripada syarikat antarabangsa multinasional dan pesara pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Tujuannya mudah tapi besar iaitu bagi mencorakkan budaya kepemimpinan dan penugasan pengurusan yang berasaskan nilai etika murni dan tadbir urus suci yang berlandaskan keimanan dan kebudimanan. Sebelum pun tinta dakwat kering dilembaran, bahana fitnah dan ujian mehnah seburuk ini datang melanda. Apakah salah firasat para pemegang amanah Kongres Bumiputera yang terhimpun lebih lima dasawarsa dahulu dan kemudian kini memperbaharui semula semangat rakyat seluruh pelusuk negara dalam mempercayakan sungguh atas hati sanubari dan ikrar janji YAB Tan Sri sebagai pemimpin pentadbir kerajaan Malaysia bertaraf dunia?
Besarlah harapan agar YAB Tan Sri Perdana Menteri mengambil perhatian dan memutuskan pertelingkahan merugikan yang bergolak di MARA Corporation ini seberapa segera agar terhindar rakyat daripada kesudahan yang merugikan masa dan usaha perhimpunan keramat tiga purnama lalu. Mohon dikembalikan mandat kepercayaan kepada kepemimpinan Badlisyah Abdul Ghani dan pasukan pengurusan professional yang telah sedia untuk mengayuh sampan bangsa di gigi air ini menongkah arus semasa, memecah aral yang tiba dan menarafkan bitara aras dunia menurut peta sosioekonomi global yang telah tersedia. Usah dilayan atau tergoda dengan bisikan-bisikan halus syaitani yang difitnahkan atas alasan bukan-bukan daripada sesiapa jua, bahkan oleh mereka yang hadhir bersalut hasad di perhimpunan kita Bersama.
Mulai lewat petang hari Khamis malam Jumaat 1 Oktober 2020, semua kami – pemegang-pemegang amanah yang menurunkan tandatangan peribadi pada perakuan Kongres Ekonomi Bumiputera 1 1965- 2020 akan turut menanggung tulah dek sumpah keramat rakyat yang dipersaksikan para pemimpin bangsa nan mahu BERSATU seandainya tidak mengingatkan YAB Tan Sri akan hakikat kita ini, hari ini.
Demi ikrar janji YAB Tan Sri sendiri!
Ilahi Rabbi, anta maqsudi wa redhaka matlubi..
Wa’alaikumussalam warah matullahi wabarakatuh.
Mohd Nizam Mohd Ali, PhD Pakarujuk Integriti
Pemegang Amanah KEB1 1965-2020
Kempas, Johor Bahru

The post Surat terbuka buat Perdana Menteri appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/05/surat-terbuka-buat-perdana-menteri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perutusan Khas Perdana Menteri Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 11 01 2021

Perutusan Khas Perdana Menteri Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 11 01 2021

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 390 hits
Perutusan Khas Perdana Menteri Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 11 01 2021 Seperti mana yang kita sedia maklim angka positif covid 19 semakin hari semakin tinggi di Malaysia Dan tidak mustahil untuk angka menaik di luar jangkaan kita...
Teks Perutusan Perdana Menteri

Teks Perutusan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 388 hits
Pada ketika ini fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia sudah tidak mampu untuk menampung peningkatan sehingga 2 000 kes baharu setiap hari Our healthcare system is at breaking point TEKS PERUTUSAN YAB TAN SRI DATO HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI M...
Hishammuddin Akan Dilantik Timbalan Perdana Menteri

Hishammuddin Akan Dilantik Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 305 hits
MENTERI Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dijangka akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin Memetik laporan The Malaysian Insight sumber memberitahu Hishammuddin boleh dilantik ke jawatan itu se...
Bila Nak Umum Sop Syed Saddiq Tegur Dan Beri Cadangan Susulan Pengumuman Pkp Di 6 Buah Negeri Oleh Perdana Menteri

Bila Nak Umum Sop Syed Saddiq Tegur Dan Beri Cadangan Susulan Pengumuman Pkp Di 6 Buah Negeri Oleh Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 294 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari yang akan bermula pada Rabu 13 Januari sehingga 26 Januari di 6 buah negeri iaitu Pulau Pinang Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lum...
Perutusan Khas Perdana Menteri

Perutusan Khas Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 373 hits
1 Perlaksanaan PKP atau MCO untuk tempoh 14 hari bermula jam 12malam Rabu 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021 2 Tiga peringkat PKP kepada Penang Selangor Wilayah Persekutuan Johor Melaka dan Sabah PKP Bersyarat kepada negeri Pahang Perak...
Surat Terbuka Kepada Mat Sabu Dan Kepimpinan Amanah

Surat Terbuka Kepada Mat Sabu Dan Kepimpinan Amanah

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 187 hits
Kepada Ayahnda Abg Mat Kepimpinan AMANAH serta rakan2 dan Sahabat Assalamualaikum Warohmatullah HiwabarokatuhSaya Aqila Umairah Binti Khan sebagai ahli Amanah dan sayap AWAN dalam parti Amanah terpanggil ingin membuat sesikit teguran pandan...
Langkah Muhyiddin Lantik Timbalan Perdana Menteri Dari Umno

Langkah Muhyiddin Lantik Timbalan Perdana Menteri Dari Umno

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 263 hits
Saya mendengar ura ura kelmarin bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin akan melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dari UMNO dalam usahanya untuk menyelamatkan hubungan partinya PPBM dengan UMNO Seperti yang saya nyatakan beberapa bula...
Perdana Menteri Luang Masa Santuni Mangsa Bencana Banjir Di Pps Temerloh Dan Maran

Perdana Menteri Luang Masa Santuni Mangsa Bencana Banjir Di Pps Temerloh Dan Maran

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 276 hits
nbsp TEMERLOH Sebalik musibah banjir yang melanda Pahang mangsa banjir kali ini berkesempatan menyuarakan keluh kesah mereka terus kepada pemimpin tertinggi negara yang menyantuni mereka hari ini Kunjungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri