Surat Ini Adalah Jenaka
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar agar tidak masuk campur dalam isu status Pulau Kukup di negeri itu.
Tunku Ismail berkata isu tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan sebarang kenyataan atau surat daripada kerajaan persekutuan tidak bermakna apa-apa.
"Sebagai orang luar anda tidak payah menyibuk hal neger Johor. Tidak kira apa kenyataan atau surat yang dikeluarkan, anda tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengatasi Perlembagaan Negeri Johor.
"Jangan pergunakan isu ini sebagai helah untuk mengalihkan perhatian kerana anda tidak perform," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Menerusi ciapan di Twitter pula, Tunku Ismail mempersoalkan motif Xavier mengeluarkan kenyataan itu dan menyifatkannya sebagai jenaka.
"Pernah dengan enakmen negeri?...Tanah, agama dan air (bawah) kuasa negeri. Surat itu adalah jenaka," ciapnya, sambil melampirkan salinan kenyataan Xavier.
Pada 8 Disember, Xavier berkata jemaah menteri berpandangan status Pulau Kukup sebagai Taman Negara perlu dikekalkan, dan penukaran statusnya boleh memberi kesan kepada pengiktirafan paya bakau itu sebagai kawasan berkepentingan antarabangsa.
Ia susulan warta bertarikh 24 September lepas berhubung pembatalan statusnya sebagai taman negara yang dilindungi.
Beberapa pihak mempersoalkan keputusan itu sebelum Tunku Ismail memberi penjelasan langkah itu bagi membolehkannya diklasifikasikan sebagai tanah kesultanan.
Bagaimanapun, kata Tunku Ismail, statusnya sebagai taman negara akan terus dikekalkan.
Hari ini Tunku Ismail sekali lagi menegaskan perkara itu - bahawa tiada perubahan terhadap Pulau Kukup.
"Surat yang dikeluarkan negeri Johor jelas bahawa Pulau Kukup akan tetap dilindungi sebagai national park. Apa yang masih tidak faham?" soalnya.
Ever heard of a State Enactment? Mana ada surat or menteri boleh interfere dengan Johor State Constitution. Land, Religion and Water kuasa State. This letter is a Joke. Thank you https://t.co/esFbF8WmLQ— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) December 9, 2018
Malaysiakini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://bankami.blogspot.com/2018/12/surat-ini-adalah-jenaka.html