Surat Ahmad Maslan Kehendak Parti Jangan Mana Mana Mp Umno Pandai Sangat Nak Argue


 

January 21, 2021 Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan surat dihantar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menggesa sidang Parlimen diadakan dalam masa terdekat adalah atas kehendak parti, bukan individu.
Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) turut mengesahkan surat yang dihantar kepada semua 41 ahli Parlimen UMNO dan BN itu diutuskan Ahmad selepas mesyuarat Biro Politik UMNO diadakan baru-baru ini.
Menurutnya, sebagai ahli UMNO yang setia, beliau menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Pontian itu sebagai langkah tepat dan wajar.
“Saya cuma tahu surat itu diutuskan selepas satu mesyuarat Biro Politik UMNO diadakan baru-baru ini. Surat itu kehendak parti, bukan individu.
Surat pekeliling tersebar, usaha jelas UMNO tolak darurat
“Saya secara peribadi menyokong langkah Ahmad dan parti menggesa sidang Parlimen khas diadakan pada saat darurat kerana tindakan itu tepat dan wajar,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi dalang kepada usaha UMNO mahukan ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.
Sebuah portal berita melaporkan sumber terdekat UMNO mendakwa usaha Najib itu gagal selepas hanya tujuh ahli Parlimen parti itu sahaja yang bersetuju, manakala lebihan 35 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak bersetuju kerana langkah itu dilihat menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri turut menyifatkan langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) melaksanakan darurat atas alasan mendepani pandemik Covid-19 sebagai satu usaha ‘menghukum’ amalan demokrasi.
Beliau turut menempelak beberapa ahli Parlimen UMNO yang cuba mempertikaikan tuntutan terkini parti berkenaan dan seolah-olah mahu mengelirukan rakyat.
“Kita sekarang duduk di bawah kerajaan minoriti, maknanya segala keputusan dibuat parti, semua ahli Parlimen UMNO dan BN kena akur.
“Surat itu dikeluarkan di bawah mesyuarat Biro Politik, jadi tak usah mana-mana ahli Parlimen (UMNO dan BN) pandai sangat hendak ‘argue’. Jangan pandai-pandai keluarkan kenyataan untuk kelirukan rakyat,” katanya.
Terdahulu, Ahmad dilapor menghantar surat kepada ahli Parlimen parti itu untuk menyatakan persetujuan untuk mengadakan satu sidang Parlimen khas berhubung Proklamasi Darurat.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menempelak tindakan Ahmad dan menafsirkannya percubaan menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang berkenan mengisytiharkan darurat pada 12 Januari lepas.

Sementara itu, Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil membidas Annuar susulan dakwaan baharu Menteri Wilayah Persekutuan itu menyatakan pemimpin UMNO kononnya ingin menjadikan parti itu sebagai parti ‘sendirian berhad’.
Menurutnya, selaku salah seorang menteri Kabinet dalam kerajaan PN, Annuar sepatutnya lebih gigih mencari jalan membantu kerajaan menurunkan penularan pandemik Covid-19.
Beliau turut menggesa Annuar supaya tidak sibuk berpolitik menyerang rakan-rakan sendiri dalam parti.
“Nampak jelas bahawa Annuar Musa begitu terasa terhadap sentimen akar umbi yang tidak bersetuju dengan beliau dan sudah boleh baca akan niat beliau sedang cuba untuk menjual UMNO kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
“Sebagai sahabat, saya sarankan Annuar usah sibuk berpolitik menyerang rakan-rakan sendiri dalam parti seumpama cuba untuk memecahbelahkan UMNO dan memberi kelebihan kepada Bersatu pula. UMNO bukan untuk dijual,” katanya. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/surat-ahmad-maslan-kehendak-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rujuk Undang Setakat Mana Diterima Dibolehkan Dan Jangan Mudah Sangat Nak Cap Derhaka

Rujuk Undang Setakat Mana Diterima Dibolehkan Dan Jangan Mudah Sangat Nak Cap Derhaka

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 337 hits
Menuding derhaka atas kepentingan politik Jika MERASA benar tunggu sahajalah KEPUTUSAN dan pandangan mahkamah pihak yang layak membuat KEPUTUSAN Ahli Parlimen mempunyai Parlimen untuk menyatakan pandangan dalam Parlimen dan bukan suka menud...
Terkini Sebahagian Besar Mp Umno Tolak Cadangan Mat Maslan Jejas Nama Parti

Terkini Sebahagian Besar Mp Umno Tolak Cadangan Mat Maslan Jejas Nama Parti

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 776 hits
themalaysialife comSebahagian besar ahli parlimen Umno menolak cadangan yang diutarakan setiausaha agung parti itu Ahmad Maslan agar mereka menyokong gesaan supaya Yang di Pertuan Agong mengarahkan sidang khas parlimen diadakan Menurut sumb...
Macam Mana Nak Jadi Orang Yang Tenang Tak Suka Ma Rah2 Dan Pandai Urus Masa Dengan Baik

Macam Mana Nak Jadi Orang Yang Tenang Tak Suka Ma Rah2 Dan Pandai Urus Masa Dengan Baik

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 337 hits
Satu petua yang kuat yang saya pelajari dari ustaz kegemaran saya Sheikh Hussain Yee Apabila anda Berikan masa untuk Allah Allah akan memberi kamu waktu yang kamu perlukan Apabila anda mengamalkan ketenangan dan kedamaian di solat Allah aka...
Pemuda Umno Nak Pastikan Parti Tak Berpecah

Pemuda Umno Nak Pastikan Parti Tak Berpecah

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 184 hits
Pemuda Umno tidak akan menyebelahi mana mana pihak dalam parti yang kini didakwa terbahagi kepada dua kem kata ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki Sebaliknya kata Asyraf Wajdi mereka akan memastikan parti politik utama di Malaysia itu tidak berpec...
Ahli Umno Jangan Layan Oportunis Dalam Parti

Ahli Umno Jangan Layan Oportunis Dalam Parti

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 290 hits
SUSUPAN PAGINajib Zahid apakah setiakawanmereka akan disingkir bersama KEKALAHAN dan kehilangan kerajaan BN dalam Piraum ke 14 sesungguhnya menjadikan Umno menanggung risiko dan implikasi besar Bagaimana pun ia tidak memberi pengajaran baik...
Jangan Putarbelitkan Kenyataan Ahmad Maslan Najib Razak

Jangan Putarbelitkan Kenyataan Ahmad Maslan Najib Razak

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 478 hits
AHLI Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kenyataan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berkaitan kes mahkamah yang melibatkan beberapa pemimpin UMNO tidak diputarbelitkan Najib berkata apa yang sebut oleh Setiausaha...
Annuar Bidas Ahmad Maslan Gesa Mp Umno Minta Agong Adakah Sidang Parlimen

Annuar Bidas Ahmad Maslan Gesa Mp Umno Minta Agong Adakah Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 267 hits
AHLI Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa membidas surat yang dikirimkan oleh Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan kepada semua Ahli Parlimen UMNO Surat yang dihantar semalam itu bagi meminta ahli Parlimen UMNO untuk menyatakan persetujuan me...
Ahmad Maslan Ketuai Sukarelawan Ibu Pejabat Umno Turun Padang Bantu Pasca Banjir

Ahmad Maslan Ketuai Sukarelawan Ibu Pejabat Umno Turun Padang Bantu Pasca Banjir

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 277 hits
KUALA KRAU 13 Jan Hampir 100 kakitangan ibu Pejabat UMNO dan NGO Srikandi Malaysia yang diketuai Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan turun padang membantu mangsa mangsa banjir di Maran Temerloh dan Kuala Krau Bantuan pasca banjir ...
Ph Jangan Harap Sokongan Umno Umno Hadap Pilihanraya Kita Tengok Pulak Pas Umno Berebut Kawasan Mana

Ph Jangan Harap Sokongan Umno Umno Hadap Pilihanraya Kita Tengok Pulak Pas Umno Berebut Kawasan Mana

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 264 hits
Nazri dedah rundingan dengan Pas dah selesai Umno dapat 96 kerusi parlimenJanuary 10 2021 UMNO sudah selesai mengadakan rundingan kerusi bersama Pas dan akan bertanding sekurang kurangnya 96 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke 15 aka...
Anwar Convenes Urgent Cabinet Meeting To Tackle Us Tariff Fallout

Tragedi Letupan Challenger Milik Nasa

Kebakaran Putra Heights Polis Sahkan Terdapat Aktiviti Korek Tanah

Mesyuarat Khas Menteri Ekonomi Asean Bincang Implikasi Tarif As

Kes Culik Polis Lepas Tembakan Untuk Selamatkan Mangsa

Lagoon Villa Abidjan By Saota Where Modernism Embraces Nature

Berpesak Berkekek

Putrajaya Nafikan Tuduhan Tarif 47 Ke Atas Import Dari As


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Buat Gambar Raya Ghibli Style Guna Chatgpt Plus Senang Je

Open House Raya 2025

Buruh Mengaku Salah Culik Kanak Kanak Lelaki Curi Kereta Bapa Mangsa

Tarian Penguin Dari Finland Ke Seluruh Dunia

Sambal Udang Padu Bahan Bahan 700g Udang Segar 3 Biji Bawang Besar

Hiburan Terkini Jofliam Amp Dewi Sah Bergelar Suami Isteri