Pemuda Umno Nak Pastikan Parti Tak Berpecah



 
Pemuda Umno tidak akan menyebelahi mana-mana pihak dalam parti yang kini didakwa terbahagi kepada dua kem, kata ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki.
Sebaliknya, kata Asyraf Wajdi mereka akan memastikan parti politik utama di Malaysia itu tidak berpecah.
“Kita tidak berada di mana-mana kluster (kem) tetapi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia membuat penetapan kita sentiasa memastikan institusi parti tidak boleh berpecah dan dilihat berpecah,” katanya ringkas pada program bual bicara Minda Profesor Negara: Bicara Anak Muda mengenai Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita menerusi laman Facebook rasmi Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini.
Asyraf Wajdi berkata demikian ketika menjawab soalan moderator program itu, Dr Muhammad Asri Mohd Ali yang mendakwa wujud dua kem dalam Umno iaitu “Mahkamah” dan “Kabinet”, serta sayap pemuda itu berpihak kepada siapa.
Beberapa pemimpin Umno telah didakwa di mahkamah. Antaranya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan setiausaha agung parti itu, Ahmad Maslan.
Sementara sebahagian daripada pemimpin parti itu yang tidak mempunyai kes di mahkamah menganggotai kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Terdahulu, Asyraf Wajdi menjelaskan dalam konteks Pemuda Umno sejak awal lagi sayap itu mengambil pendekatan dan berperanan sebagai semak dan imbang dalam kerajaan hari ini.
“Apabila kita berada dalam kerajaan, sudah tentulah suasananya berbeza dan bagi Pemuda (Umno), bagi saya sendiri, saya mengambil pendekatan dan pendirian untuk tidak menerima apa juga jawatan kerana pada saya penting dalam tempoh yang ada sebagai mewakili suara anak muda dan suara rakyat.
“Pemuda Umno mesti sentiasa memainkan peranan sebagai kumpulan pengimbang terutamanya apabila isu-isu yang membabitkan kepentingan rakyat, itu perlu disuarakan,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang mahu didaftarkan sebagai sebuah parti politik masih belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana gabungan besar parti politik sekiranya ia berjaya didaftarkan.
“Sejujurnya saya rasa terlalu awal untuk kita tentukan (pilihan gabungan) kerana politik berubah pada bila-bila masa. Tidak pernah kita jangkakan Sheraton (Langkah Sheraton) berlaku, ia berlaku.
Sekarang ada perbincangan tentang penjajaran politik baru, tiada siapa tahu tetapi sejujurnya bagi diri saya, saya nak fokus kepada isu-isu rakyat. Kalau nak tukar kerajaan, nak fokus tukar PN, itu bukan fokus saya,” kata Syed Saddiq.
Syed Saddiq berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Muhammad Asri berhubung kecenderungan Muda kepada mana-mana gabungan besar parti politik sekiranya mereka berjaya didaftarkan sebagai sebuah parti politik.
Jabatan Peguam Negara pada 25 Jan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan Syed Saddiq serta 12 individu bagi mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang menolak permohonan mereka untuk didaftarkan sebagai parti politik.
– Bernama
The post Pemuda Umno nak pastikan parti tak berpecah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/27/pemuda-umno-nak-pastikan-parti-tak-berpecah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pemuda-umno-nak-pastikan-parti-tak-berpecah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teguh Di Belakang Presiden Bukan Masa Cipta Gelora Dalam Parti Kata Exco Pemuda Umno

Teguh Di Belakang Presiden Bukan Masa Cipta Gelora Dalam Parti Kata Exco Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 257 hits
January 15 2021 6 17 PMBeberapa portal hari ini melaporkan Pemuda Umno Pontian menggesa Ahmad Zahid Hamidi berundur sebagai presiden parti secara terhormat ketika parti Melayu itu dilihat tidak mempunyai hala tuju yang jelas bawah kepimpina...
Nak Bagi Ayam Percuma Pun Gunalah Otak Kata Netizen Polis Kompaun Pemuda Umno Putrajaya

Nak Bagi Ayam Percuma Pun Gunalah Otak Kata Netizen Polis Kompaun Pemuda Umno Putrajaya

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 339 hits
Pihak polis sudah mengeluarkan kompaun kepada penganjur program pengedaran ayam beku percuma secara pandu lalu kerana menganjurkan program itu tanpa kelulusan pihak berkuasa Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali be...
Surat Ahmad Maslan Kehendak Parti Jangan Mana Mana Mp Umno Pandai Sangat Nak Argue

Surat Ahmad Maslan Kehendak Parti Jangan Mana Mana Mp Umno Pandai Sangat Nak Argue

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 241 hits
Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan surat dihantar Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan yang menggesa sidang Parlimen diadakan dalam masa terdekat adalah atas kehendak parti bukan individu Bel...
Ketua Pemuda Umno Cabang Gesa Zahid Hamidi Berehat Daripada Memimpin Parti Itu Dan Kelompoknya

Ketua Pemuda Umno Cabang Gesa Zahid Hamidi Berehat Daripada Memimpin Parti Itu Dan Kelompoknya

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 294 hits
JOHOR BAHRU Konflik politik yang berlaku hari ini bukan disebabkan pertembungan antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia tetapi berpunca daripada kuasa dan kluster besar iaitu beberapa pemimpin lama dalam UMNO yang enggan berundur
Zahid Boleh Berehat Serahkan Kepimpinan Parti Kepada Mohamad Hasan Kata Pemuda Umno

Zahid Boleh Berehat Serahkan Kepimpinan Parti Kepada Mohamad Hasan Kata Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 255 hits
Pemimpin akar umbi Pemuda Umno dikatakan terus mendesak presiden parti berundur secara terhormat pada saat Ahmad Zahid masih belum dapat memutuskan secara mutlak hala tuju politik Umno menjelang pilihan raya umum akan datang Ia juga dibuat ...
Tok Mat Saya Tak Nak Tambah Duka Yang Penting Parti Diperkasa

Tok Mat Saya Tak Nak Tambah Duka Yang Penting Parti Diperkasa

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 265 hits
PETALING JAYA Menerusi sebuah puisi tajam Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menyeru akar umbi parti memperkasakan Umno supaya muncul juara pada pilihan raya umum 15 Menerusi puisi itu Hasan berkata ramai akan seronok dan gembira jika Umn...
Agih Ayam Langgar Sop Pkp Pemuda Umno Putrajaya Dikompaun

Agih Ayam Langgar Sop Pkp Pemuda Umno Putrajaya Dikompaun

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 300 hits
PUTRAJAYA 3 Jamadilakhir 1442H Sabtu Penganjur program pengedaran ayam beku di Presint 9 pada Khamis lalu Pemuda UMNO Putrajaya dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Perkara terse
Ahli Umno Jangan Layan Oportunis Dalam Parti

Ahli Umno Jangan Layan Oportunis Dalam Parti

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 270 hits
SUSUPAN PAGINajib Zahid apakah setiakawanmereka akan disingkir bersama KEKALAHAN dan kehilangan kerajaan BN dalam Piraum ke 14 sesungguhnya menjadikan Umno menanggung risiko dan implikasi besar Bagaimana pun ia tidak memberi pengajaran baik...
Zahid Akan Dipuji Oleh Ahli Umno Jika Berundur Dan Memberi Ruang Ketua Penerangan Pemuda Umno Selangor

Zahid Akan Dipuji Oleh Ahli Umno Jika Berundur Dan Memberi Ruang Ketua Penerangan Pemuda Umno Selangor

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 254 hits
Pemimpin akar umbi Pemuda Umno dikatakan terus mendesak presiden parti berundur secara terhormat pada saat Ahmad Zahid masih belum dapat memutuskan secara mutlak hala tuju politik Umno menjelang pilihan raya umum akan datang Ia juga dibuat ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms