Surah Al Waqiah Untuk Rezeki Keluarga Tak Putus Didiklah Anak Sama Sama Membacanya


Doa adalah senjata setiap mukmin. Ajarkan anak-anak kita mengamalkan surah ini setiap hari. Apabila ia dibaca sebanyak 40 kali, selama 40 hari, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke-56 di dalam al-Quran, terletak pada juzuk ke-27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

Al-Waqiah Surah Kekayaan
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Khasiat Surah Al-Waqiah
Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:
1. Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
2. Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
3. Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
4. Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
5. Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
6. Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
8. Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.
1. Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).
2. Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
3. Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.
Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezeki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.
Sumber: himpunandoaharian.com

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Surah Al-Waqiah Untuk Rezeki Keluarga Tak Putus. Didiklah Anak Sama-Sama Membacanya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/surah-al-waqiah-untuk-rezeki-keluarga-tak-putus-didiklah-anak-sama-sama-membacanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sama Macam Pejabat Ibu Ni Kongsi Idea Guna Partition Di Meja Makan Bantu Anak Fokus Belajar Kreatif

Sama Macam Pejabat Ibu Ni Kongsi Idea Guna Partition Di Meja Makan Bantu Anak Fokus Belajar Kreatif

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 622 hits
Sesi pembelajaran dari rumah atau PdPR yang dilaksanakan anak anak kita di rumah kini menuntut lebih banyak fokus bukan hanya dari anak itu sendiri bahkan ibu bapa Bagi memantau pembelajaran anak di rumah seorang ibu tampil berkongsi cara m...
Tanggapi Penangkapan Sang Anak Atas Kasus Yang Sama Rhoma Irama Papa Angkat Tangan

Tanggapi Penangkapan Sang Anak Atas Kasus Yang Sama Rhoma Irama Papa Angkat Tangan

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 196 hits
Menangis meminta maaf karena mengulangi kesalahan yang sama Rhoma meminta Ridho mengatasi masalahnya sendiri
Telefon Percuma Yes 4g Untuk Anak Anak Keluarga B40

Telefon Percuma Yes 4g Untuk Anak Anak Keluarga B40

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 335 hits
Macam mana nak dapatkan TELEFON PERCUMA YES 4G Learn From Home Program Alhamdulillah ada yang dah dapat TQ YES Pada yang belum mohon boleh cuba mohon macm cara di bawah
Bila Anak Beranak Selera Tak Sama

Bila Anak Beranak Selera Tak Sama

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 192 hits
Assalamualaikum HARI ini sepatutnya Sk BDR tapi disebabkan ada urgent matter terpaksalah Sk datang ke kolej Lepas tu cakap dengan bos esok saya tak mahu masuk office ganti hari ini BDR kahhhh Amboi berkira beno ko ya Sk Tang kau jadi anacon...
Hasil Samperit Di Sisi Suami Koma Jadi Rezeki Keluarga

Hasil Samperit Di Sisi Suami Koma Jadi Rezeki Keluarga

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 172 hits
Oleh Jusrina sedang menyiapkan kuih samperit tidak jauh dari katil tempat suaminya yang terlantar koma ketika ditemui di rumahnya dekat Taman Vista Jaya Lukut Port Dickson NSTP Mohd Khidir Zakaria PORT DICKSON Sejak suaminya koma akibat kem...
Keguguran Ketika Kandungan 7 Minggu Nubhan Dan Isteri Anggap Tak Ada Rezeki Anak Ketiga

Keguguran Ketika Kandungan 7 Minggu Nubhan Dan Isteri Anggap Tak Ada Rezeki Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 414 hits
Menganggap kehamilan untuk kali ke 3 kali ini tiada rezeki penyanyi Nubhan reda apabila isterinya Afifah Hidayah Tawfek dilaporkan mengalami keguguran Sumber Instagram Nubhan Ahamad nbsp Menurut Nubhan isterinya itu mengalami pendarahan
Tak Ada Rezeki Anak Ke 3 Isteri Nubhan Alami Keguguran Pada Usia Kandungan 7 Minggu

Tak Ada Rezeki Anak Ke 3 Isteri Nubhan Alami Keguguran Pada Usia Kandungan 7 Minggu

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 543 hits
Hasrat penyanyi Nubhan untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaiaan apabila isterinya Dr Afifah Hidayah Tawfek mengalami keguguran kali kedua baru baru ini Nubhan menyampaikan khabar duka itu menerusi instagramnya semalam selepas ist...
Hiburan Satu Keluarga Penyanyi Suhaimi Saad Dan Ina Naim Tubuh Kumpulan Nasyid Dengan Anak Anak

Hiburan Satu Keluarga Penyanyi Suhaimi Saad Dan Ina Naim Tubuh Kumpulan Nasyid Dengan Anak Anak

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 338 hits
Rasanya semua sedia maklum bahawa pasangan Suhaimi Saad dan Ina Naim lebih senang mengajar anak anak mereka sendiri di rumah daripada menghantar mereka ke sekolah Nampak gayanya lelaki itu mahu empat orang anaknya iaitu Ehmad Hadie El Fardi...
Berang Dituduh Bercerai Keluarga Pengantin Remaja Viral Tertekan Anak Didakwa Bercerai

Berang Dituduh Bercerai Keluarga Pengantin Remaja Viral Tertekan Anak Didakwa Bercerai

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 224 hits
TANAH MERAH Siapa yang tidak tertekan apabila rumah tangga yang baru dibina dikatakan sudah bercerai sedangkan anak dan menantu saya sedang bahagia kata Zalaha Hassan ibu kepada pasangan pengantin remaja yang berkahwin hujung tahun lalu
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever