Hasil Samperit Di Sisi Suami Koma Jadi Rezeki Keluarga


Oleh Mohd Khidir Zakaria 
Jusrina sedang menyiapkan kuih samperit tidak jauh dari katil tempat suaminya yang terlantar koma ketika ditemui di rumahnya dekat Taman Vista Jaya, Lukut, Port Dickson. - NSTP/Mohd Khidir Zakaria
PORT DICKSON: Sejak suaminya koma akibat kemalangan tiga bulan lalu, kehidupan mereka sekeluarga berubah sepenuhnya, terutama dalam mencari rezeki seharian.
Kalau dahulu, tugas mencari rezeki dikongsi bersama suami tetapi kini semuanya perlu diuruskan sendiri oleh seorang wanita di sini dengan bantuan anak-anak.
Sebelum ini, wanita cekal ini, Jusrina Jusoh, 38, mereka mengusahakan jualan nasi lemak ayam berempah di hadapan rumah bersama Baharudin Zainal, 50, sebelum suaminya itu ditimpa kemalangan pada November lalu.
"Sejak itu segala-galanya berubah apabila hilang tempat bergantung harap, anak-anak masih sekolah, semuanya perlukan duit. Dua bulan saya masih mengatur kembali kehidupan kerana suami juga perlu diberi tumpuan.
"Nasib baik empat anak kami rajin membantu, setidak-tidaknya ringan sedikit beban saya kerana mereka tahu hanya mereka yang saya ada.
"Mujur ada ketuhar pembakar kuih hadiah daripada bapa mentua saya dua tahun lalu, dapatlah saya membuat kuih samperit untuk dijual sambil menjaga suami," katanya ketika di temui di rumah sewa keluarga itu dekat di Taman Vista Jaya, Lukut di sini.
Jusrina berkata, setiap hari dia perlu menguruskan suami terlebih dahulu termasuk memandikan dan memberinya susu, sebelum memulakan urusan harian lain.
"Saya selesa menghasilkan kuih samperit tidak jauh dari suami kerana boleh berbuat demikian sambil bersembang dengannya walaupun dia mungkin tidak dengar tetapi saya mahu dia tahu saya setia menjaganya tanpa rasa penat.
"Keyakinan saya tinggi yang suami akan pulih seperti sedia kala dan tidak putus berdoa setiap kali selepas solat dan ini adalah sedikit ujian Allah kepada kami sekeluarga dan saya perlu kuat demi anak-anak.
"Empat anak kami berusia daripada 11 hingga 20 tahun, tiga masih sekolah dan yang sulung sedang mencari kerja sambil melakukan pelbagai kerja rencam bagi mencari belanja tambahan," katanya.
Jusrina yang lebih dikenali sebagai Eena dalam kalangan pelanggannya, menghasilkan pelbagai jenis kuih samperit seperti susu, coklat, redvelvet dan klasik menggunakan jenama 'EenaDina D'house Licious'.
"Biarpun masih bertatih dalam perniagaan ini, saya perlu bersungguh-sungguh kerana inilah punca pendapatan yang mampu diusahakan demi suami dan anak-anak yang semakin meningkat remaja.
"Bagi saya, kualiti, kebersihan, keenakan kuih samperit sentiasa diutamakan. Kebanyakan pelanggan akan berulang membeli, membantu saya mempromosi jualan ini dari mulut ke mulut, cukup membuatkan saya sibuk," katanya yang hanya mampu membuat 20 bekas sehari.
Katanya, apa yang dibimbangi sekarang ialah rumah sewanya bakal dijual pemilik selepas didatangi ejen hartanah baru-baru ini.
"Kalau boleh janganlah dalam masa terdekat ini kerana suami saya belum pulih lagi dan saya belum mampu mencari rumah lain sebagai pengganti.
"Namun ejen hartanah itu hanya mengambil gambar dan memberitahu penjualan rumah ini bukanlah dalam masa terdekat tetapi saya masih tetap melunaskan sewa sebanyak RM400 sebulan," katanya.
LIHAT VIDEO DI SINI



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/hasil-samperit-di-sisi-suami-koma-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Jumpa Keluarga Bahagia Ni Belilah Kek Mereka Memang Sedap Semoga Tuhan Murahkan Rezeki Mereka

Kalau Jumpa Keluarga Bahagia Ni Belilah Kek Mereka Memang Sedap Semoga Tuhan Murahkan Rezeki Mereka

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 373 hits
Berniaga antara salah satu cara yang boleh dilakukan bagi menambah pendapatan keluarga Malah ada yang menjadikan berniaga sebagai kerjaya sepenuh masa Namun disebabkan ekonomi yang tidak menentu ramai yang mengambil peluang untuk menjalanka...
Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Bunga Kantan Hasil Air Tangan Isteri Untuk Suami

Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Bunga Kantan Hasil Air Tangan Isteri Untuk Suami

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 674 hits
Resepi Ikan tenggiri masak lemak bunga kantan hasil air tangan isteri untuk suamiSdap juga dimakan bila ada sambal belacan atau budu
Surah Al Waqiah Untuk Rezeki Keluarga Tak Putus Didiklah Anak Sama Sama Membacanya

Surah Al Waqiah Untuk Rezeki Keluarga Tak Putus Didiklah Anak Sama Sama Membacanya

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 252 hits
Doa adalah senjata setiap mukmin Ajarkan anak anak kita mengamalkan surah ini setiap hari Apabila ia dibaca sebanyak 40 kali selama 40 hari maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru...
Hargai Pengasuh Yang Baik Mereka Insan Yang Memudahkan Urusan Hidup Kita Rezeki Yang Sangat Besar

Hargai Pengasuh Yang Baik Mereka Insan Yang Memudahkan Urusan Hidup Kita Rezeki Yang Sangat Besar

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 322 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul Itulah perasaan bila kita membaca atau mendengar berita anak anak kecil yang menjadi mangsa pengasuh Bagaimana perasaan ibu bapa itu Dan jika anak itu masih hidup bagaimana dia membesar dengan tr...
Hiburan Baru 22 Tahun Dah Pakai Kereta Mewah Idaman Chubb E Luah Rasa Syukur Atas Rezeki

Hiburan Baru 22 Tahun Dah Pakai Kereta Mewah Idaman Chubb E Luah Rasa Syukur Atas Rezeki

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 751 hits
Penyanyi dan komposer Chubb E meluahkan rasa kesyukuran dan gembira kerana telah berjaya membeli sebuah kereta sebagai kenderaan pertamanya Sumber Instagram Chubb E Chubb E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn kereta berjenama BMW be...
Jangan Rampas Punca Rezeki Kami Kata Nelayan Langkawi Kepada Mb

Jangan Rampas Punca Rezeki Kami Kata Nelayan Langkawi Kepada Mb

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 201 hits
Semalam Kedah mengumumkan rancangannya untuk menebus guna hampir 1 900 ekar tanah berhampiran lapangan terbang Langkawi GEORGE TOWN Rancangan kerajaan Kedah untuk menebus guna sebuah pulau seluas 2 000 ekar di perairan Langkawi akan menjeja...
Hiburan Peminat Kata Inspektor Aleza Buat Spot Check Abby Abadi Kongsi Rezeki Dengan Para Petugas Keselamatan

Hiburan Peminat Kata Inspektor Aleza Buat Spot Check Abby Abadi Kongsi Rezeki Dengan Para Petugas Keselamatan

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 266 hits
Susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua di seluruh negara pada ketika ini para petugas keselamatan seperti polis dan tentera telah dikerah untuk memastikan rakyat patuh akan arahan dan segala SOP yang ditetapkan oleh pih...
Tak Ada Rezeki Anak Ke 3 Isteri Nubhan Alami Keguguran Pada Usia Kandungan 7 Minggu

Tak Ada Rezeki Anak Ke 3 Isteri Nubhan Alami Keguguran Pada Usia Kandungan 7 Minggu

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 565 hits
Hasrat penyanyi Nubhan untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaiaan apabila isterinya Dr Afifah Hidayah Tawfek mengalami keguguran kali kedua baru baru ini Nubhan menyampaikan khabar duka itu menerusi instagramnya semalam selepas ist...
Keguguran Ketika Kandungan 7 Minggu Nubhan Dan Isteri Anggap Tak Ada Rezeki Anak Ketiga

Keguguran Ketika Kandungan 7 Minggu Nubhan Dan Isteri Anggap Tak Ada Rezeki Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 440 hits
Menganggap kehamilan untuk kali ke 3 kali ini tiada rezeki penyanyi Nubhan reda apabila isterinya Afifah Hidayah Tawfek dilaporkan mengalami keguguran Sumber Instagram Nubhan Ahamad nbsp Menurut Nubhan isterinya itu mengalami pendarahan
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Kuih Raya Homemade By Nieyl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Growth Mindset In Startups


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jambu Bertih

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Alim Kris Kunjungan Terakhir Chord