Tak Ada Rezeki Anak Ke 3 Isteri Nubhan Alami Keguguran Pada Usia Kandungan 7 Minggu
Hasrat penyanyi Nubhan untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaiaan apabila isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek mengalami keguguran kali kedua baru-baru ini.
Nubhan menyampaikan khabar duka itu menerusi instagramnya semalam selepas isterinya mengalami pendarahan pada usia kandungannya 7 minggu.
“Tak ada rezki anak ke 3, gugur buat kali yang ke-2”
“Usia kandungan 7 minggu, so kena berpantang yang ringan-ringan saja,” kongsi Nubhan menerusi instagramnya.
Terdahulu, video yang dikongsikan oleh Nubhan itu turut merakamkan momen ketika perkhabaran gembira isterinya mengandung selepas melakukan pemeriksaan melalui kit ujian kehamilan.
Bagaimana pun beberapa minggu selepas itu, kandungan tidak menunjukkan perkembangan yang baik dan berlakunya pendarahan.
“Tak ada rezeki, baby dah keluar,” kata Nubhan menerusi video berdurasi lebih dua minit itu.
Dalam pada itu, rata-rata seluruh pengikut Nubhan di instagram mengucapkan takziah di atas perkhabaran duka itu.
View this post on Instagram
A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)
“Tak ada rezeki tapi dia tunggu nak tarik parents dia ke syurga bersama”
“Nangis tengok video ni. InsyaAllah lepas ni Allah akan beri lebih lepas ni..huhu”
“Salam takziah..insyaAllah ada rezeki lain menanti..ameen”
Terdahulu, Nubhan mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek pada Ogos 2015. Mereka ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia, 4 tahun dan Ahmad Aaffan yang kini berusia dua tahun.
Artikel menarik: Ngaji Tetap Ngaji, Bekalan Untuk Anak-Anak, Warganet Puji Cara Didikan Ozlynn & Johan
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @nubhan.ahamad
The post ” Tak Ada Rezeki Anak Ke-3, Isteri Nubhan Alami Keguguran Pada Usia Kandungan 7 Minggu! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tak-ada-rezeki-anak-ke-3-isteri-nubhan-alami-keguguran-pada-usia-kandungan-7-minggu/