Surah Al Kahfi 4 Kisah Di Dalamnya Dan Fadhilatnya


Surah al Kahfi Dan Fadhilatnya. Salam jumaat dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga semangat dan kekuatan berpuasa masih lagi tersemat di jiwa. Dan, semoga Allah izinkan kita melalui lagi sepanjang ramadhan sehingga ke àkhirnya.
Berbalik pada hari jumaat yang mulia, kita disunnahkan membaca surah al Kahfi terutama ayat 1 - 10 awal dan 10 ayat terakhir. Mari sama-sama kita amalkan. 
Secara ringkasnya, Surah Al Kahfi (سورة الكهف) adalah surat ke-18 dalam al-Quran. Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah. Dinamakan Al-Kahfi (bahasa Arab:Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. 
Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Terdapat juga beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan keutamaan membaca surah ini. 
Kisah Ashabul Kahfi (أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai 7 orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua. Di dalam Al-Quran, dari ayat 9 hingga 26; Surah Al-Kahfi, diceritakan kisah beberapa orang pemuda beriman yang telah melarikan diri ke sebuah gua dan bagaimana Allah سبحانه وتعالى tidurkan mereka selama 309 tahun.

Jika difikir secara logik akal, maka kisah dan cerita tentang Ashabul Kahfi termasuk suatu kejadian pelik, luar biasa dan menakjubkan. Tiada manusia yang dapat menjelaskan bagaimana ada orang yang boleh tidur sehingga ratusan tahun tanpa makan dan minum. Namun bagi orang yang beriman dan meyakini Allah سبحانه وتعالى bahawa tiada yang mustahil jika Allah سبحانه وتعالى mengkehendakinya demikian. {Sumber}


Menurut para ulama’ Ashabul kahfi (penghuni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas, terdiri daripada tujuh orang pemuda bernama;
Tamlikha (تمليخا)Maksalmina (مكسلمينا)Marthunus (مرطونس)Nainunus (نينونس)Saryunus (ساريونس)Zunuwanus (ذونوانس)Falyastathyunus (فليستطيونس)
Surah al Kahfi Dan Fadhilatnya

Kisah Surah al Kahfi. Ada 4 kisah dalam surah al Kahfi, yang mengaitkannya kepada intipati utama surah al Kahfi iaitu mengajak kita berdakwah.


Video Surah al Kahfi dan Terjemahannya 


4 KISAH UTAMA DALAM SURAH AL-KAHFI & KAITANNYA DENGAN FITNAH DAJJAL

Hari Jumaat sangat sinonim dengan surah al-Kahfi. Tahukah anda apa keistimewaan surah al-Kahfi ni?


Fadhilat Surah al Kahfi 
1. Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)
2. Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith)
Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah al-Kahfi ni hingga boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca saja dah boleh terhindar?


ADA 4 KISAH UTAMA DALAM SURAH AL-KAHFI


1. Kisah Pemuda Kahfi (Ayat 9-26)
- Diuji dengan aqidah/iman


2. Kisah Pemilik Dua Kebun (Ayat 32-44)
- Diuji dengan harta kekayaan


3. Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir (Ayat 60-82)
- Diuji dengan ilmu


4. Kisah Zulqarnain (Ayat 83-101)
- Diuji dengan kekuasaan


Setiap satu kisah tersebut mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat.


Empat fitnah itu juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti.
Di sinilah relevannya membaca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ini bukan hanya bercerita, tapi memberi solusinya juga!
Bagaimana?
Fitnah Aqidah - Bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat.
Fitnah Harta - Mengingatkan diri bahawa dunia tidak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat.
Fitnah Ilmu - Kena tawadhu'/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Nabi Khidir.
Fitnah Kekuasaan - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah.
Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ini, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi. 
Tema utama surah ini ialah DAKWAH!
Bagaimana?
Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?
Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?
Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?
Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya?
Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah.
Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini. 
Tadi ada disebutkan di akhir zaman, Dajjal akan datang dengan 4 fitnah iaitu fitnah aqidah, harta, ilmu dan kuasa kan?
Macam mana tu?
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan org mati dan sebagainya. Itu fitnah iman.
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia. Itu fitnah harta.
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ini manusia ingat mustahil. Itu fitnah ilmu.
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya). Itu fitnah kuasa.
Jadi, dah nampak tak macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal?
Jadi selepas ini, bila baca al-Kahfi, janganlah sekadar baca macam tu saja. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan!
Sebab semua fitnah Dajjal tu dah ada pun zaman sekarang ni. Cuma bukan dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.
Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah-fitnah lain.
Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!
Sepertimana kata Prof Hamka, maksud ayat al-Kahfi ini adalah apakah engkau menyangka atau manusia menyangka bahawa manusia yang dicipta Allah tertidur beratus tahun di dalam gua yang sunyi terpencil itu sudah sebahagian daripada kuasa Allah سبحانه وتعالى? Padahal banyak lagi takdir Allah سبحانه وتعالى di dalam alam ini yang lebih menakjubkan dan lebih ganjil.

Nota/ Sumber:


1. Sumber perkongsian ialah dari kuliah Ustaz Nouman Ali Khan dan buku Khowatir Qur'aniyah tulisan Syaikh Amr Khalid.
2. Link Blog:
https://kabilahilmu.blogspot.com/2020/04/4-kisah-utama-dalam-surah-al-kahfi.html?m=1
3. Blog Shafiqolbu 
4. Wikipedia Bahasa
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2021/04/surah-al-kahfi-4-kisah-di-dalamnya-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Mahu Dap Terpalit Dengan Kisah Peribadi Adun Teratai Umum Keluar Parti

Tak Mahu Dap Terpalit Dengan Kisah Peribadi Adun Teratai Umum Keluar Parti

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 252 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Teratai di Selangor Bryan Lai Wai Chong hari ini mengumumkan keluar daripada DAP dan bergerak sebagai wakil rakyat bebas yang menyokong Pakatan Harapan Beliau berkata keputusan itu dibuat untuk menyelesaik...
Umno Tak Kisah Bergabung

Umno Tak Kisah Bergabung

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 336 hits
PETALING JAYA UMNO boleh bergabung dengan mana mana parti politik untuk mencapai majo riti mudah membentuk kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Selain bergabung dengan parti komponen Perikatan Nasional dianggotai Parti Pribumi Bersa...
Kisah Perkahwinan Warga Emas Viral Hasrat Lamar Emak Tapi Dapat Anak Gadis 19 Tahun

Kisah Perkahwinan Warga Emas Viral Hasrat Lamar Emak Tapi Dapat Anak Gadis 19 Tahun

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 457 hits
JAKARTA Kisah perkahwinan membabitkan seorang lelaki warga emas dengan gadis muda di daerah Bone Sulawesi Selatan heboh diperkatakan masyarakat setempat Hal ini kerana lelaki tersebut Bora berusia 58 tahun dan isterinya Ira Fazillah berumur...
Kisah Menaiki Teksi Berhantu Di Singapura

Kisah Menaiki Teksi Berhantu Di Singapura

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 481 hits
Pengalaman seram ini tidah mudah untuk aku lupakan kisah seram ini berlaku pada 12 tahun yang lalu dan sukar untuk dipercayai Aku nak kongsi kisah seram ini supaya kita berhati hati bila dalam keadaan sepi dan sunyi Kejadian ini berlaku sem...
Kisah Dalam Dunia Masyarakat Majmuk

Kisah Dalam Dunia Masyarakat Majmuk

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 221 hits
KISAH MASYARAKAT Kisah pakcik Hisham Rejab yang berusia 87 tahun dan Liang Kok Hua 43 tahun Pakcik Rejab sudah semakin uzur dan sdr Ah Hua lah yg menguruskan segala urusan pakcik Rejab yang dipanggilnya atuk dari menghantar makanan bayar bi...
Kisah Si Cantik Manis Portmeirion

Kisah Si Cantik Manis Portmeirion

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 449 hits
Assalammualaikum Dunia Cikbunga kan suka koleksi yang cantik cantik Back side Bunga tue yang cantik Bunga matahari Tapi tidaklah terlalu obses kan Kira nya ikut mana yang mampu iew Beautiful Cantikkk My happiness Senget lah plak Lovely Si c...
Drama Pendek Kisah Perkahwinan Ikan Kembung Di Laut Dalam Kuali Bertemu Jua

Drama Pendek Kisah Perkahwinan Ikan Kembung Di Laut Dalam Kuali Bertemu Jua

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 435 hits
Dah masuk kuali pun sempat drama lagiDrama pendek ini hanyalah rekaan semata2 Tiada kene mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia Sekiranya ada persamaan ianya hanyalah satu kebetulan Baru baru kahwin dekat dekat nak ber...
Kisah Sukses Pebisnis Prancis Asal Suriah Mohed Altrad Dulu Hidup Susah Kini Jadi Miliarder

Kisah Sukses Pebisnis Prancis Asal Suriah Mohed Altrad Dulu Hidup Susah Kini Jadi Miliarder

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 204 hits
Ceritanya dramatis banget Dulunya untuk makan saja susah bahkan tanggal lahirnya aja nggak jelas kapan
Kamu Freelance Cuba Baca Kisah Saya Di Platform Linkedin

Kamu Freelance Cuba Baca Kisah Saya Di Platform Linkedin

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 274 hits
LINKEDIN Platform Buat Freelance Pendapat saya sendiri platform LinkedIn bukan mudah untuk orang offer sebarang job menulis Betul Seingat saya tahun 2020 bulan puasa saya aktifkan diri di sana Masa tu saya menulis sahaja tanpa fikirkan job ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Fix Harmful Backlinks For Free

Ramai Keliru Bagaimana Pemandu Boleh Rempuh Buaya Di Lebuh Raya

Jom Buat Kek Birthday Sendiri

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan