Superfruit Buah Gac


Ada yang kenal buah ini (lihat gambar di bawah)? Inilah BUAH GAC. Sebelum ini saya sekadar tahu nama buah ini (tanpa kenal rupanya), dan ini merupakan kali pertama saya melihatnya sendiri

Buah Gac dikategorikan sebagai superfruit. Superfruit merupakan kelompok buah-buahan yang memiliki nutrisi tinggi yang bermanfaat bagi kesihatan, seperti antioksidan, serat, vitamin dan mineral dan banyak nutrisi lainnya yang tentu bermanfaat bagi kesihatan tubuh.
Superfruit ialah terminologi yang digunakan oleh industri makanan untuk menggambarkan buah-buahan yang mempunyai nilai nutrisi yang melebihi tahap nutrisi asas.
Istilah superfruit ini telah diperkenalkan pada 2005 untuk mempromosi beberapa jenis buah-buahan yang telah dikenalpasti yang lazimnya diaplikasikan dalam makanan kesihatan dan minuman serta berpotensi untuk mencegah atau mengurangkan penyakit. (Sumber info : lamaneksotikperlis.com)
Buah Gac - warna oren kemerahan, kulitnya berduri tetapi tidaklah begitu tajam

INFO BUAH GACBuah Gac atau gac fruit atau dalam bahasa saintifiknya Momordica Cochinchinensis dari famili Cucurbitaceae merupakan buah yang boleh didapati di rantau Asia Tenggara yang berasal dari Selatan China ke Timur Laut Australia, termasuk Thailand, Laos, Myanmar, Kemboja dan Vietnam.
Pokok buah Gac mempunyai musim yang pendek dan hanya mengeluarkan buah sekali setahun sekitar bulan Disember dan Januari, menyebabkan kurangnya kelihatan jika dibanding dengan buah-buahan lain. Buah Gac telah mula popular dan dipasarkan di luar Asia dalam bentuk jus kerana kandungan fitonutrien yang tinggi.
Buah Gac atau melon merah, tumbuh sebagai tumbuhan menjalar pada pagar atau pada trilis. Gac mengeluarkan buah berwarna hijau ketika muda dan bertukar warna oren gelap apabila matang, dan biasanya berbentuk bulat atau bujur dengan saiz antara 13 cm panjang dan 10 cm garis pusat. Kulit bahagian luarnya berduri kecil (bergerigi) manakala pulpa didalam berwarna merah gelap menutupi kelompok biji benih. Rasanya agak pahit seperti peria.
Secara tradisinya, Gac dimakan sebagai buah-buahan manakala daunnya dimasak untuk hidangan di Vietnam, Gac juga digunakan untuk perubatan. Membrane biji benih dikatakan dapat membantu dalam melegakan dan menyejukan mata dan juga untuk menggalakkan kesihatan penglihatan. Begitu juga, dalam perubatan tradisional Cina, biji benih buah Gac, yang dikenali dalam bahasa Mandarin sebagai mù Bie zǐ yang membawa maksud 'kayu penyu benih', digunakan untuk pelbagai tujuan dalaman dan luaran.
Buah Gac mencapai µg 380/gram lycopene jika dibandingkan dengan buah tomato yang hanya mengandung µg 31/gram lycopene. Kandungan beta-karoten dan lycopene memberikan warna oren, jingga dan merah pada buah atau sayur. Pengambilan buah atau sayur yang mengandungi lycopene mampu memperbaiki kerosakan pembuluh darah, menekan pembentukan kolestrol, ketumpatan rendah (LDL – low density lipoprotein) dan mengurangkan risiko serangan jantung. 
Sekumpulan penyelidik dari Universiti Cambridge England yang diketuai oleh Parag Gajendragadkar, mengukur tekanan darah, kelajuan aliran darah, kadar kalestrol baik atau high density lipoprotein (HDL) dan low density lipoprotein (LDL) menggunakan pelbagai parameter. Hasilnya pengambilan lycopene terbukti meningkat keanjalan saluran darah pesakit dan mengurangi serangan jantung sehingga 53%.
Oleh kerana kandungan yang tinggi beta-karotena dan lycopene, ekstrak gac mampu mendapat pasaran yang baik sebagai makanan tambahan dalam bentuk kapsul lembut atau jus minuman. (Sumber info : tamaneksotikperlis.com)
Jom potong buah Gac

Beginilah rupa isi buah Gac setelah dipotong. Yang warna kuning tu lembut, saya tak cuba makan. Saya lihat di Facebook ada yang kisar jadikan jus dan ada yang campur dalam masakan. Biji-biji kecil dengan selaput warna merah gelap tu pula katanya cuma boleh dimakan sebanyak 3 biji sahaja dalam sehari. Kalau berlebihan mungkin akan mendatangkan mudarat disebabkan nilai nutrisinya yang tinggi. Bagaimana rasanya? Tiada rasa. Bagi saya, ianya bukanlah sedap untuk dimakan begitu saja. Tapi sebab dah ada, makan sajalah untuk ambil khasiatnya

Begini rupa biji benih buah Gac. Kecil, leper dan berwarna hitam

Saya tak dapat nyatakan di mana saya dapat buah Gac ini. Tetapi bagi yang berminat nak mendapatkannya, saya lihat ada yang menjual benih, anak pokok dan buah Gac ini di Shopee, Lazada dan Facebook. Hasil carian saya juga mendapati pokok buah Gac ini ada ditanam di Taman Buah-Buahan Eksotik yang terletak di Jalan Batu Pahat, Perlis. Bolehlah datang melawat bagi yang ingin melihat pokok dan buah Gac secara dekat. Saya tak pasti mereka menjualnya atau tidak





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2021/12/superfruit-buah-gac.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buah Ciku Mega Berukuran Besar Tanam Dalam Pasu

Buah Ciku Mega Berukuran Besar Tanam Dalam Pasu

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 593 hits
Sekarang ini tidak sukar untuk menanam pokok buah buahan asalkan ada minat dan keinginan Bagi mereka yang sekadar ingin menjadikan hobi tidak perlu ada kawasan tanah yang luas Sekarang ini banyak jenis pokok buah buahan yang ditut dan pengh...
Coolblog Melancarkan Kempen Pesta Buah Buahan Bagi Meraikan Musim Cuti Penghujung Tahun

Coolblog Melancarkan Kempen Pesta Buah Buahan Bagi Meraikan Musim Cuti Penghujung Tahun

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 222 hits
Coolblog Melancarkan Kempen Pesta Buah Buahan Bagi Meraikan Musim Cuti Penghujung TahunSempena dengan musim cuti dan perayaan penghujung tahun ini jenama pencuci mulut dan minuman halal tempatan terkemuka Coolblog mengambil kesempatan untuk...
Ini 13 Sayur Buah Bahaya Untuk Anak Ekzema Cuba Off Dulu Tengoklah Hasilnya

Ini 13 Sayur Buah Bahaya Untuk Anak Ekzema Cuba Off Dulu Tengoklah Hasilnya

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 241 hits
Sebenarnya ada 13 sayur dan buah yang bahaya untuk ekzema Maknanya jika makan oleh penderita ekzema ekzema boleh flare up Siapa sangka kan ada sayur dan buah yang walaupun sihat dan bagus dimakan orang lain namun tidak untuk penderita ekzem...
Polis Pahang Sudah Kenal Pasti Pelajar Yang Terbabit Kes Buli Dari Tiga Buah Sekolah

Polis Pahang Sudah Kenal Pasti Pelajar Yang Terbabit Kes Buli Dari Tiga Buah Sekolah

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 224 hits
KUANTAN Polis menerima laporan kes buli membabitkan tiga sekolah di negeri ini dalam tempoh empat hari bermula 6 Disember lalu termasuk membabitkan sebuah sekolah berasrama di Muadzam Shah di Rompin Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Mohd Yu...
Isi Nenas Kita Makan Kulit Jangan Buang Jadikan Baja Organik Suburkan Pokok Buah Sayur

Isi Nenas Kita Makan Kulit Jangan Buang Jadikan Baja Organik Suburkan Pokok Buah Sayur

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 205 hits
Selepas mengupas nenas kulit nenas yang terbuang jangan dibiarkan sebegitu sahaja Rupanya dari kulit nenas ini dapat dijadikan baja organik untuk suburkan pokok buah dan juga sayur sayuran Nak tahu macam mana caranya Jom ikuti perkongsian I...
Salad Buah Kudapan Sihat Jom Kita Buat

Salad Buah Kudapan Sihat Jom Kita Buat

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 363 hits
Korang suka makan salad buah tak Ke ramai yang lebih suka makan salad sayur Apapun keduanya mempunyai pelbagai nutrisi dan berupaya meningkatkan kesihatan serta kesegaran tubuh Cuma perlulah diambil secara perpada pada Kalau berlebihan sang...
Pendedahan Tiga Buah Buku Komplot Jatuhkan Najib Kerajaan Perlu Bertindak Segera

Pendedahan Tiga Buah Buku Komplot Jatuhkan Najib Kerajaan Perlu Bertindak Segera

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 368 hits
Seperti yang kita tahu bahawa sebuah buku baru Final Reckoning An Insider s View of the Fall of Malaysia s Barisan Nasional Government Ia ditulis oleh Romen Bose telah mendedahkan banyak perkara yang diluar pengetahuan kita Komplot terbesar...
Cara Membuat Salad Buah Rumahan Yang Kaya Nutrisi Dan Tak Cepat Berair

Cara Membuat Salad Buah Rumahan Yang Kaya Nutrisi Dan Tak Cepat Berair

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 249 hits
Salad buah jadi solusi menu makanan yang menyehatkan tapi nggak membosankan
Kapolri Minta Pimpinan Tak Ragu Tindak Tegas Anak Buah Sampai Sanksi Tertinggi

Kapolri Minta Pimpinan Tak Ragu Tindak Tegas Anak Buah Sampai Sanksi Tertinggi

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 171 hits
Mantan Kabareskrim itu mengatakan pemberian sanksi bagi anggota yang melanggar adalah langkah untuk menjaga nama baik organisasi Korps Bhayangkara Selama pemberian sanksi itu masih bisa dilakukan
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama

Aaliyah Massaid Umumkan Hamil Anak Pertama Tepis Gosip Miring Di Awal Pernikahan

Mihun Goreng Melimpah