Coolblog Melancarkan Kempen Pesta Buah Buahan Bagi Meraikan Musim Cuti Penghujung Tahun


Coolblog Melancarkan Kempen Pesta Buah-Buahan Bagi Meraikan Musim Cuti Penghujung TahunSempena dengan musim cuti dan perayaan penghujung tahun ini, jenama pencuci mulut dan minuman halal tempatan terkemuka, Coolblog, mengambil kesempatan untuk menambahkan lagi kemeriahan hujung tahun ini dengan menganjurkan Kempen Pesta Buah-Buahan. 
Kempen ini berlangsung dari 16 Disember 2021 hingga 10 Februari 2022, orang ramai boleh memilih dan menikmati aneka minuman berasaskan buah yang enak dan berkualiti daripada pemilihan perisa buah kempen tersebut – Fruitti Series.
Bagi mereka yang sudah mencuba pasti akan kembali dengan keinginan untuk merasai minuman yang lain kerana terdapat beberapa tema yang berbeza dan akan diperkenalkan setiap dua minggu sepanjang tempoh kempen. 
Berdasarkan empat tema – Happy Honeydew, Magic Mango, Breezy Blue Coral dan Sassy Strawberry – para pelanggan boleh membuat pesanan dengan mudah dan memilih salah satu daripada tiga resepi terpilih, atau mencipta sendiri minuman buah mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing dengan pilihan 14 jenis perisa yang terdapat dalam menu.




Tawaran Percuma Minuman Fruitti Dengan Pembelian Party PackKesemua minuman tersebut ditetapkan pada harga berpatutan RM8 setiap satu bagi saiz 700ml. Para pelanggan juga berkesempatan menikmati tawaran istimewa percuma satu minuman siri Fruitti dengan pembelian Party Pack yang mengandungi tiga minuman daripada pilihan Happy Honey Dew dari 23 hingga 26 Disember 2021. 
Minuman untuk kempen kali ini serta produk yang ada di dalam menu boleh didapati di kesemua kedai Coolblog atau boleh membuat pesanan melalui aplikasi GrabFood dan FoodPanda.
Ketua Perhubungan Korporat dan Komunikasi Coolblog, Win Zaidi Zakaria, berkata, “Musim cuti dan perayaan ini tentunya memberi kesempatan terbaik buat diri anda dan orang tersayang untuk sama-sama menikmati sesuatu yang enak, terutamanya sekarang semakin banyak sektor telah dibenarkan beroperasi semula berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan. 
Di Coolblog, kami komited untuk menyajikan pencuci mulut dan minuman yang enak, berkualiti dan harga berpatutan. 
Singgahlah di kedai Coolblog untuk hilangkan dahaga dengan pilihan minuman perisa buah yang sedap dan menyegarkan melalui Siri Fruitti. 
Para pelanggan dapat menikmati pilihan kegemaran mereka bersempena dengan kempen Pesta Buah-Buahan dan mencuba sesuatu yang baharu kerana tema berbeza akan dilancarkan setiap dua minggu. 
Ini adalah cara terbaik untuk menarik pelanggan baharu ke Coolblog sama ada untuk mencuba menu sedia ada ataupun mencipta minuman mengikut cita rasa sendiri berdasarkan gandingan perisa yang disediakan.”
Sejak kedai pertamanya dibuka pada 2008, Coolblog telah pun menawarkan kepada rakyat Malaysia pelbagai pilihan pencuci mulut dan minuman tempatan dan antarabangsa yang dihasilkan daripada bahan-bahan bermutu tinggi. 
Dengan aneka pilihan yang tertera pada menu, para pelanggan Coolblog pasti akan dapat menemui minuman kegemaran mereka dan pada masa sama tidak keberatan untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Coolblog kini memiliki sebanyak 270 cawangan di seluruh negara. Angka itu dijangka bertambah dengan pembukaan beberapa lagi cawangan di kawasan kejiranan baharu menjelang akhir tahun. Untuk perkembangan terkini, sila layari platform media sosial Coolblog @CoolblogMalaysia di Facebook dan Instagram.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2021/12/coolblog-melancarkan-kempen-pesta-buah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Road Trip Yang Menarik Elak Kesesakan Musim Cuti Panjang

Pengalaman Road Trip Yang Menarik Elak Kesesakan Musim Cuti Panjang

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 212 hits
Cuti sekolah kini kembali ramai yang pastinya sedang merancang untuk travel menuju ke utara tanahair dari Lembah Klang atau ingin bercuti ke Kuala Lumpur dari negeri Perlis Kedah Pulau Pinang atau Perak Untuk tips perjalanan yang mudah saya...
Sempena Ulang Tahun Young K Day6 Umum Musim Ke 3 Projek Young One

Sempena Ulang Tahun Young K Day6 Umum Musim Ke 3 Projek Young One

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 240 hits
Young K DAY6 kembali dengan musim ke 3 projek lagu cover YOUNG ONE Dalam teaser penuh emosi yang mengumumkan musim baharu ini Young K bercakap tentang cita citanya dan alasannya untuk memulakan projek ini Terdapat banyak lagu di dunia ini y...
Skb 3 Menteri Tentang Daftar Hari Libur Nasional Dan Cuti Bersama Tahun 2022

Skb 3 Menteri Tentang Daftar Hari Libur Nasional Dan Cuti Bersama Tahun 2022

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 183 hits
Mau bikin Progaram Semester Berikut ini SKB 3 Menteri Tentang Daftar Hari Libur Nasional dan Cuti Bersama Tahun 2022 SKB Tentang Hari Libur Nasional dan Cuti Bersama Tahun 2022 ini tertuang dalam Keputusan Bersama Menteri Agama Menteri Kete...
Cuti Sekolah 2021 Cuti Akhir Tahun 2021

Cuti Sekolah 2021 Cuti Akhir Tahun 2021

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 325 hits
Cuti Sekolah 2021 Cuti Akhir Tahun 2021 Cuti sekolah telah bermula Selamat bercuti kepada semua murid sekolah Manfaatkan cuti anda dengan aktiviti yang berfaedah terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography photoblog SJCAM ...
Jom Try Sarapan Pagi Dengan Jus Buah Buahan Serius Nikmat Sangat

Jom Try Sarapan Pagi Dengan Jus Buah Buahan Serius Nikmat Sangat

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 228 hits
Ada tak yang anggap sarapan pagi tu tak penting Kalau ada baik ubah persepsi tersebut Sebabnya kalau tak ambil makanan pagi ia turut meninggalkan efek yang tak baik untuk kesihatan termasuklah menjasa sistem imun badan kita Dulu dulu time m...
Nama Buah Buahan Macam Buah Lengkap

Nama Buah Buahan Macam Buah Lengkap

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 414 hits
Daftar Nama Buah Buahan Macam Buah Lengkap Buah merupakan salah satu bahan makanan yang memiliki banyak gizi di dalamnya dan bagus untuk kesehatan Biasanya memiliki rasa manis dan asam atau kecut serta beberapa diantaranya memiliki bau yang...
Penghujung Tahun 2021

Penghujung Tahun 2021

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 232 hits
Assalammualaikum Dunia Huhuuu lama giler tak ketuk keyboard korang semua ok tak Kami kat Melaka ok jew La nie hujan jew dan cuaca plak mendung selalu Can you find me Sawah padi masih menghijau lagi Always love Tuk tuk dah masuk bulan 12 Huj...
Mouse Di Pad Baru Penghujung Tahun 2020

Mouse Di Pad Baru Penghujung Tahun 2020

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 151 hits
AssalamualaikumMouse Pad Baru Di Penghujung Tahun 2020 Banyak kenangan di tahun 2020 ni kan Lebih lebih mengenai Covid yang ntah bila akan tamat Bayangkan Covid ni dari penghujung 2019 dan hari ni sudah pun hari terakhir 2020 Kes di Johor n...
Musim Cuti Sekolah Dah Bermula Buat Pencinta Seni Sejarah Dan Warisan Muzium Ini Wajib Dilawati

Musim Cuti Sekolah Dah Bermula Buat Pencinta Seni Sejarah Dan Warisan Muzium Ini Wajib Dilawati

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 149 hits
Musim Cuti Sekolah Dah Bermula Buat Pencinta Seni Sejarah dan Warisan Muzium Ini Wajib Dilawati WALAUPUN sempadan negara masih ditutup untuk pelancongan antarabangsa rakyat Malaysia tetap merancang percutian singkat seperti perjalanan balik...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Titah Addendum Kenyataan Dan Pendirian Anwar Didorong Pemegang Saham Terbesar Pakatan Harapan

Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams