Sup Tulang Sedap Dan 8 Pintu Syurga



Saya ingin kongsikan sedikit petikan dari kuliah Zoom oleh Al Fadhil Ustaz Dr. Ashraff Suarin berkenaan pintu syurga. Kita baca blog bukan sekadar untuk ambil resipi sahaja. Tapi kita kena lebih bijak dari itu dengan menggunakan serampang dua mata. Selain dapat ilmu masakan juga dapat ilmu untuk hari akhirat kita. 
Ada 8 pintu syurga yang disediakan untuk kita. Setiap pintu syurga ini ada amalan dan dia akan panggil kita masuk dengan amalan kita. Pintu syurga ini harapkan kita masuk melalui pintunya. Amalan tersebut adalah solat, puasa, berjihad bukan sahaja jihad perang tetapi juga jihad melawan hawa nafsu, tahan mata mengantuk dalam majlis ilmu juga dikira sebagai mujahadah melawan nafsu. 
Keempat, berbakti dan buat baik  pada ibubapa, jaga mak sakit bukan satu bebanan tetapi adalah satu hadiah. Kelima, pintu syurga bagi orang yang melakukan sunnah nabi yang suka dimulakan dengan kanan seperti makan dengan tangan kanan. Keenam, amalan menahan marah. Hidup di zaman ini yang penuh dengan tekanan akan menjadikan seseorang mudah dan cepat marah. Nabi bersabda, jangan marah, jangan marah. 
Ke7 memaafkan orang lain. Hati tak bahagia kerana kita dendam, kita benci dan marah pada orang yang mungkin berbuat salah pada kita. Kisah seorang sahabat yang Nabi sebut dijamin masuk syurga. Bila mendapat tahu, sahabat lain mula mencari apa amalan yang dibuat oleh sahabat berkenaan. Tak ada amalan yang pelik. Minta untuk tidur di rumah untuk mengetahui apa amalan beliau. Lalu sahabat pergi bertanya apa amalan kamu buat sehingga Nabi jamin engkau masuk syurga. Maka dijawab, dia akan memaafkan orang lain dan redha. 
Akhir sekali, amalan sedekah dan yang banyak memberi. Contoh kisah Abdullah ibnu Mubarak yang terlepas kerja Haji kerana sibuk menolong seorang ibu dan anak yang dalam kesusahan. Walaupun dia tak pergi Haji tapi orang nampak dia berada di Arafah sedang bersedekah.
Paling Allah sukai ialah amalan yang istiqamah walaupun sedikit. Nabi bermunajat "Wahai Zat yang Maha membolak balik hati, teguhkan lah hati ku di atas agama Mu dan ketaatan pada Mu". Nabi bersabda pada isteri baginda, yang bermaksud Wahai Ummu Salamah sesungguhnya hati manusia itu ada pada jari jemari Allah iaitu Kekuasaan Allah. Sesiapa dikehendaki Allah akan kebaikan akan diberikan teguh iman, padanya makin dekat dengan Allah. Jika Allah tidak mahu berikan kebaikan, maka dia dibiar hidup dalam kesesatan yang nyata. 
Bila Allah hendak berikan kebaikan dan redhanya, akan dijadikan mudah baginya melakukan kebaikan walaupun tidak berada dalam suasana kebaikan dan ketaatan. Bagaimana dengan diri kita, apakah kita dekat atau jauh dari ketaatan Allah. 
Nabi bersabda, bersikap lurus lah dan tetaplah dalam kebenaran. Tiada seorang pun yang selamat kerana amalannya. Adakah termasuk engkau ya Rasulullah. Baginda menjawab, Ya tapi Allah melimpahi ku dengan rahmat nya. Allah menjaga ku. Sesungguhnya amalan seseorang tidak dapat bawa masuk kita ke syurga. Kita masuk syurga kerana rahmat Allah. Amalan kita yang menjadikan Allah sayang kat kita. Yang paling dicintai Allah ialah amalan istiqamah walaupun sedikit.
Allah sayang kita, itu sebab Allah masih hidupkan kita lagi. Masih beri peluang untuk kita beramal di dalam 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini. Allah sayang kita, Allah nak dengar doa dan rintihan kita. Dosa kita banyak. Dengan waktu yang suntuk tak mampu untuk beribadah dengan sekadar solat sunat taubat dan istighfar. 
Ambil peluang dalam 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini di mana Allah nak delete nama kita dan bebaskan kita dari neraka, Allah hendak ampunkan dosa kita. Ada sebab kenapa  kita masih hidup, pertama kerana Allah nak kita sedar yang kita banyak dosa. Kedua, Allah nak bagi kita peluang bertaubat denganNya lebih lebih lagi kita sekarang sedang berada dalam 10 hari awal bulan Zulhijjah. 
Amalan 10 hari awal Zulhijjah adalah lebih baik dari 10 hari akhir Ramadhan. Ramadhan bulan Terbaik. Ada Lailatul Qadr yang lebih baik dari 1000 bulan di 10 malam terakhir Ramadhan. Namun amalan terbaik dalam setahun ialah 10 hari awal Zulhijjah yang menggabungkan semua amalan kerana adanya puasa, ada solat dan ada Haji. 
Jadi bila berada dalam bulan berkenaan samada Ramadhan atau Zulhijjah, kita buat yang terbaik. Tak perlu buat perbandingan. Di bulan mana pun kita berada, kena hargai amalan yang hebat yang dijanjikan dalam bulan berkenaan. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.

Alhamdulillah sekarang kita berada dalam bulan Zulhijjah, bermakna beberapa hari lagi kita akan menyambut hari raya Korban atau hari raya Aidil Adha. Jadi saya hari ini kongsikan resipi sup tulang yang mudah dan sedap. Kita boleh menggunakan tulang dari korban kita. Pasti lebih sedap kerana daging korban yang baru dan segar. 
Insya Allah saya dan menantu saya, Alain Ilya akan mengerjakan ibadah korban di rumah kakak saya di Kelantan. Walaupun begitu, hanya saya sahaja yang balik kerana Nana akan bertugas pada hari raya. 
Tidak sabar sebenarnya kerana setelah sekian lama, saya tidak balik bersendirian ke kampung. Rasanya sejak saya berkahwin. Kalau balik mesti dengan suami dan anak anak. Kali ini saya balik sendiri, ingin habiskan masa dengan adik beradik seperti mana zaman zaman muda remaja dulu. Saya boleh balik mengikut masa saya kerana tidak lagi terikat dengan kerja dan cuti.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..


Sup TulangOleh: Azie Kitchen
Bahan Bahan A:500 gram tulangRempah 4 sekawan4 sudu besar rempah sup2 ulas bawang putih - tumbuk pecah½ inci halia- tumbuk pecahSerbuk perasaGaram
Bahan kisar:2 biji bawang besar merah4 ulas bawang putih1 inci halia
Bahan lain:Buah tomato - potong daduDaun sup - hirisCili padi - hirisBawang goreng - sekali dengan minyak gorengan
Cara cara:Tumis rempah 3 sekawan dan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah sup dan sedikit air. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
Masukkan daging yang telah direbus sehingga empuk dan kacau. Masukkan air rebusan daging secukupnya.

Masukkan bawang putih dan halia yang dititik/pecah. Masak sehingga mendidih. Masukkan garam dan serbuk perasa.
Sebelum dihidangkan, panaskan sup sekali lagi dan baru dimasukkan hirisan daun sup, cili hiris, bawang goreng, buah tomato dsb. 


Nota:1. Dihidangkan semasa sup masih panas.
2. Goreng bawang goreng dan ceduk keluar minyak. Biarkan sedikit minyak dalam bawang goreng untuk dituangkan ke dalam sup sebelum dihidangkan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/06/sup-tulang-sedap-dan-8-pintu-syurga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sup Tulang Ala Kampung

Sup Tulang Ala Kampung

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 254 hits
Sup tulang memang sedap Paling sedap Sup Tulang Ala Kampung yang selalu kita makan kat kenduri kendara tu atau yang makan kat kampung sewaktu kenduri korban atau aqiqah Supnya agak cair direbus dengan tulang gearbox dicampur rempah tak mele...
3 Resepi Bayam Mudah Dan Sedap

3 Resepi Bayam Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 226 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraAbam ni tak gemar sangat makan sayur tapi ada satu sayur ni abam suka sangat makan bagilah masak apa pun mesti abam makan Sayur Bayam nama sayur tu ok jom abam nak kongsikan resepi mudah yang abam selalu ...
Kerang Masak Tumis Pedas Yang Mudah Dan Sedap

Kerang Masak Tumis Pedas Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 209 hits
Siapa suka makan kerang Kerang ni sapa yang tak kenal adalah sejenis makanan laut bercengkerang yang boleh dimakan Kulit dia bentuk macam bulat lonjong dan mempunyai gegaris tetulang di luarnya Antara kandungan nutrisi yang ada dalam kerang...
Resipi Begedil Daging Sedap Sempoi Baru Puas Hati Nak Makan

Resipi Begedil Daging Sedap Sempoi Baru Puas Hati Nak Makan

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 187 hits
Bukan sekadar makan dengan soto tapi bergedil memang padu dimakan dengan nasi Boleh jadi bertambah Resipi begedil daging homemade yang dikongsikan oleh Pn Liza Idris ni memang senang dan terbaik Daging lebih dan padu Jom cuba Jom buat bedeg...
Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 235 hits
Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap Bihun goreng ni memang favorite kami sekeluarga tak kira untuk sarapan atau makan malam Resepi bihun goreng setiap orang ni berbeza dan bihun yang paling sedap bagi umi adalah bihun yang dimasak sendiri...
Dinner Kuey Teow Goreng Sedap Di Twin Kuey Teow Meru Ipoh Perak

Dinner Kuey Teow Goreng Sedap Di Twin Kuey Teow Meru Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 258 hits
Harini mama nak cerita satu lagi tempat wajib makan kalau mama ke Meru Ipoh Selalu kami dinner di Dinner Kuey Teow Goreng Sedap Di Twin Kuey Teow Meru Ipoh Perak Kadang kadang kami siap tapau untuk buat sarapan pagi esoknya Panaskan guna mi...
Koleksi Resepi Udang Yang Mudah Dan Sedap

Koleksi Resepi Udang Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 550 hits
Koleksi Resepi Udang Yang Mudah Dan Sedap Siapa sini suka makan udang Rasanya ramai yang suka kan Termasuk la Zati hehehe Sebenarnya pelbagai masakan yang kita boleh masak dengan udang ni Jom layan resepi resepi dibawah mana la tau kot bole...
Cara Masak Honey Chicken Wings Sedap Guna Rempah Homemade

Cara Masak Honey Chicken Wings Sedap Guna Rempah Homemade

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 192 hits
Sebijik macam kepak ayam pizza hut Sedap Jom cuba RESIPI HONEY CHICKEN WINGS BAHAN BAHAN Kepak ayam secukupnya Bawang putih halia tumbuk guna lesung Gula perang brown sugar secukupnya Sos tiram Sedikit kicap manis Serbuk cili tambah untuk m...
Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri Paling Sedap

Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri Paling Sedap

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 219 hits
RESEPI ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI PALING SEDAP Kalau sebut Asam Pedas dah tahu dalam pemikiran semua pasti akan terbayang antara Muar dan Melaka Kerana Asam Pedas Tenggiri ni lah suami kita semakin hari semakin sayang Kata orang para isteri w...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun