Sup Tulang Sambal Kicap Power


 Assalamualaikum WBT
DAH cuti sekolah ni, laju aje nak sampai pejabat sehingga nak menghabiskan kopi pun tak sempat. Walaupun keluar macam biasa, setengah jam sebelum pukul 8, Sk dah sampai ke pejabat. Memang seronok pergi kerja waktu cuti sekolah tapi yang tak seronoknya bila nak jalan-jalan. Yang pelik, dah tak ada anak sekolah pun, bila nak pergi bercuti, baru sedar masa tu tengah cuti sekolah. Rasa nak tampar diri sendiri, hahahaha.

Semalam, masakkan Sup Tulang untuk Pak Inche. Mujurlah dah tanya awal-awal malam sebelumnya, jadi, sebelum pergi kerja, Sk rendam dahulu tulang rusuk yang Pak Inche beli saing dengan tulang yang masak Kari Tulang Lembu yang dimakan bersama Roti Jala Cik Ani masa hari mengundi tu. Semua bahan ada kat rumah cuma daun sup dan daun bawang je yang tak ada. Balik kerja singgah kedai, terkejut Sk, daun sup tu adalah lima pokok halus-halus, bila ditimbang harganya RM1.40. Daun bawang pulak baru 60 sen. Mahei sungguh laaa, nasib baik dapat diskaun 20 sen sebab Sk ada beli cuka jugak, jumlah RM4.20, 20 sen dia kata, tak payah. 
Sampai rumah, tengok tulang tu dah lembut. Bukan tulang yang lembut tapi daging pada tulang tu, hehehe. Sk terus bersihkan dan bilas, rebus 15 minit dalam kuali. Air rebusan tu Sk buang, dan bilas semula tulang tu, barulah masukkan dalam periuk noxxa dan set HP60. Sementara tu, buat kerja lain dulu iaitu buat Sambal Kicap Power


Kalau selalunya, Sk buat sambal kicap mentah dan tiada sukatan, kali ini, Sk ikut resepi Sambal Kicap Mak Cella. Bahan-bahannya sama, cuma ada penggunaan cuka. Sk juga tak letak garam seperti resepi asal. Memang sedap rasanya, jujur lebih sedap dari sambal kicap yang biasa Sk buat, silakan tiruuuu

Resepi Sambal KicapSumber : Mak Cella
Bahan-bahan :
1 cawan cili padi hijau (Sk campur)3 ulas bawang putih1 st garam (Sk tak letak)1 cawan kicap manis1/4 cawan cuka4 tbs gula pasir3 tbs minyak masak
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak

2. Patahkan cili, goreng cili dan bawang putih hingga kulit cili jadi putih

3. Angkat, masukkan dalam lesung batu, tumbuk bersama garam hingga halus

4. Masukkan gula, cuka dan kicap manis, gaul hingga sebati. 
(Cara Sk : masukkan cili, gula dan cuka dalam chopper, kisar hingga halus. Kemudian baru masukkan kicap dan gaul hingga mesra


Memang power ya sambal kicapnya, nak-nak pulak, Sk gunakan cili padi jenis pedas campur cili padi centil yang montel-montel tu. Dan tekstur sambal agak berbeza, pekat, kental dan sebati serta ada rasa masam cuka tu tapi taklah pulak terlalu masam. Katanya, sambal ni tak perlu masuk peti sejuk sebab ia tahan lama kerana ada penggunaan cuka, tapi Sk simpan dalam peti sejuk jugaklah, jadi, boleh simpan lagi lama, banyak tuuu. Terus berangan nak masak soto pulak nanti, hahaha

        
Disebabkan tulang tu ada sekilo jugak, cuma separuh aje yang Sk masakkan sup, yang lain tu, Sk sejuk bekukan, rasanya tu nanti mesti Pak Inche suruh masak kari. Makan dengan nasi minyak pun sedap jugak tu kan. Aishhhh.. dah terasa-rasa la pulak kat anak tekak ni, hahahaha


Untuk sup tulang ni, Sk buat cara mudah aje. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bawang merah yang dimayang, kemudian masukkan sup bunjut, kentang dan air secukupnya hingga tenggelam kentang. Bila kentang dah hampir empuk, baru Sk masukkan tulang yang dah direbus tadi bersama dua cawan air rebusan. Campakkanlah bahagian bawah pokok sup dan daun bawang, nak makan baru taburkan daunnya. Makan dengan nasi putih aje pun dah cukup menyelerakan. Dah wassalam supnya tu, tak ada simpan-simpan, syukur Alhamdulillah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/12/sup-tulang-sambal-kicap-power.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Sup Tulang Lagi Sedap Tumis Daun Saderi Lobak Merah Yang Dikisar

Nak Sup Tulang Lagi Sedap Tumis Daun Saderi Lobak Merah Yang Dikisar

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 298 hits
Sup tulang enak kalau dihirup panas panas tambah pula dapat nikmati dengan daging yang lembut Teringin nak masak sup tulang lembu boleh lah try resepi ni Sup ni dimasak secara manual Kalau yang ada pressure cooker lagi memudahkan masa untuk...
Sambal Tempe Goreng

Sambal Tempe Goreng

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 204 hits
Saya sungguh tak faham berpuluh tahun saya menulis bab ilmu yang saya pelajari di blog facebook page atau Instagram saya Tak perlu jadi agamawan untuk berpesan pada jalan kebaikan asal jangan pesan ajaran sesat Bab bohong saya diajar dari k...
Ikan Selar Sambal Yang Pasti Makan Menambah Nambah

Ikan Selar Sambal Yang Pasti Makan Menambah Nambah

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 346 hits
Saya ingin kongsikan petikan dari video Ustaz Jafri berkenaan solat tahajjud Solat sunat tahajjud minimum 2 rakaat Wajah seseorang yang menunaikan solat tahajjud akan diberi nur Ada seri pada wajah Ianya adah amalan para nabi dan soleh Nak ...
Resipi Sambal Belacan Kuini Jadi Bertambah Selera Walau Lauk Cuma Ikan Goreng

Resipi Sambal Belacan Kuini Jadi Bertambah Selera Walau Lauk Cuma Ikan Goreng

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 214 hits
Kalau anda hanya larat masak ikan goreng sahaja disebabkan ingin berehat atau keletihan hendak memasak cuba buat sambal belacan Itupun sudah cukup menambah selera makan Apatah lagi kalau ada buah kuini Kuini adalah sejenis buah yang bentukn...
Ayam Kicap Mayonis Sedap Hingga Menjilat Jari

Ayam Kicap Mayonis Sedap Hingga Menjilat Jari

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 182 hits
Anak anak kalau dihidangkan dengan ayam masak kicap pasti berebut makan Resipi yang dikongsikan ini ada penambahan mayonis lagi menyedapkan rasa Selain makan dengan nasi panas sesuai juga makan dengan roti nasi impit mahupun ketupat Bahan b...
Resipi Taco Berkeju Daging Dendeng Cheesy Mini Prata Sambal Udang Yang Wajib Dicuba

Resipi Taco Berkeju Daging Dendeng Cheesy Mini Prata Sambal Udang Yang Wajib Dicuba

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 240 hits
Jika anda suka makan Daging Dendeng dan Sambal Udang anda wajib cuba resipi ini Mungkin nampak pelik tetapi rasanya memang sedap Resipi dari Mexico dan Itali ini memang tidak mengecewakan apabila dioleh mengikut tekak orang Malaysia Masak p...
Without Power Bersatu Stares Into The Abyss

Without Power Bersatu Stares Into The Abyss

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 146 hits
Bersatu was formed in a rush and rotated constantly in its six years of existence Those rotations are driven by power not principles which is why turbulence accompanies it Praba Ganesan MMO Bersatu faces the spectre of a lengthy spell out o...
Kadir Jasin Anwar S Executive Power A Terrifying Prospect

Kadir Jasin Anwar S Executive Power A Terrifying Prospect

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 152 hits
Veteran journalist Abdul Kadir Jasin said he views the idea of Prime Minister Anwar Ibrahim wielding significant executive power to be a terrifying prospect Commenting on the formation of the current government he said Anwar justified appoi...
Great Power Competition Anwar S Delicate Balancing Act

Great Power Competition Anwar S Delicate Balancing Act

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 213 hits
The ECRL is one of the most high profile projects under China s grand Belt and Road Initiative The last time a Pakatan Harapan led government was in power it quickly put a stop to three mega infrastructure projects initiated under China s B...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin