Sup Petola Dengan Telur



Saya menyediakan Sup Petola Dengan Telur selepas melihat ada sebatang petola yang telah hampir seminggu terperap dalam peti ais. Lagi pulak, minggu lepas berhari hari menu masak lemak sahaja. Sebelum itu, kita masuk dulu bab bab semasa.

Manusia hanya boleh merancang tapi hanya Allah yang Maha Mengetahui dan sebaik baik perancang. Mungkin saya terlepas cakap bab sakit, akhirnya pagi ini saya jatuh terjelepuk di laman depan porch sebelum bertolak ke pejabat. Sebelum naik ke kereta, saya tiba tiba mahu meihat anak pokok pucuk manis yang tumbuh di laman. Ketika mahu melangkah turun, saya tersalah pijak dan hilang imbangan badan menyebabkan saya jatuh terduduk. Kaki saya menjadi bengkak dengan tiba tiba menyebabkan saya memutuskan untuk balik rumah selepas memohon cuti. 

Saya singgah di klinik dan diberi ubat untuk disapu. Balik ke rumah, saya tidur di ruang keluarga sambil melihat cucunda saya. Sebaik terjaga, saya mendapati kaki saya bertambah sakit walaupun bengkak telah surut. Kami terus ke hospital untuk membuat xray dan mendapat rawatan selanjutnya. Sungguh tidak menjangka bila saya tiba tiba ditimpa kemalangan dan terlantar di hospital di saat banyak tugasan yang perlu disiapkan di pejabat. Hanya Allah yang lebih mengetahui hikmahnya. 

Kebelakangan ini fikiran saya memang agak terganggu dengan bayangan nahas yang menimpa pesawat Lion Air selepas berlepas 13 minit dari Jakarta. Sebetulnya setiap kali menaiki pesawat, saya tidak akan berhenti henti membaca doa terutama ketika melangkah masuk dan ketika kapalterbang mulai bergerak. 

Di ketika itu dan saat seperti itu, tiada kuasa apa pun yang dapat menyelamatkan seseorang melainkan Allah jua. Tiada guna lagi pangkat, harta dan wang ringgit. Apa lagi intan berlian. Saya akan mengucapkan syukur Alhamdulillah sebaik sahaja kapalterbang selamat mendarat. Semoga kita semua akan dijauhi dari segala bala bencana dan sentiasa mengingati Allah sepanjang masa dan setiap ketika. Aameen...

Kembali pada lauk sup petola ini, ianya memang sedap terutama jika kita tidak berapa berselera nak makan. Lauk sup sup memang sesuai untuk membangkitkan selera makan. Nak lagi sedap, telur kuning jangan dibiarkan terlalu masak, biar basah basah sedikit, barulah sedap.
Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Sup Petola Dengan TelurOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 batang petola - hiris nipis3-4 biji telur3 ulas bawang merah - hiris3 ulas bawang putih - hirisGaram1/2 sudu lada sulah - tumbukSuhun - rendam dalam air
Cili merah - hirisDaun bawang/daun supBawang gorengMinyak
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi dan kekuningan. Masukkan air secukupnya dan masak sehingga kuah hampir mendidih.
Tuangkan telur yang telah dipecahkan ke dalam mangkuk kecil satu persatu sehingga habis. Nota: Tuang sebelum kuah mendidih kerana setelah mendidih, telur akan jadi kembang merata, tidak bulat.

Bila telur hampir masak, masukkan petola, cili merah, garam dan serbuk lada sulah. Akhir sekali, baru masukkan suhun.


Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api supaya petola masih kekal rangup. Sebelum dihidangkan, boleh tabur daun sup dan bawang goreng.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2018/11/sup-petola-dengan-telur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengambilan Telur Kurangkan Risiko Hidap Diabetis

Pengambilan Telur Kurangkan Risiko Hidap Diabetis

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 291 hits
Sesetengah individu percaya pemgambilan telur ayam mampu mengakhibatkan pertambahan berat badan disebabkan kandungan kolestrol tinggi yang terkandung di dalam makanan tersebut Bagaimanapun penemuan seorang penyelidik di Amerika Syarikat Dr ...
Kenapa Telur Menjadi Pejal Bila Masak

Kenapa Telur Menjadi Pejal Bila Masak

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 283 hits
Oy vey Memandangkan hari tu dah bercerita pasal daging mana yang boleh dimakan mentah hari ni tiba tiba gatal tangan nak sambung lagi pasal sains protein Kenapa ais bila dipanaskan menjadi cecair tapi telur menjadi pejal Protein ni kalau na...
Faktor Penyebab Telur Kacer Tidak Menetas Dan Cara Mengatasinya

Faktor Penyebab Telur Kacer Tidak Menetas Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 445 hits
Menetasnya telur Kacer adalah salah satu hal yang paling ditunggu oleh semua peternak Kacer Pasalnya saat telur ini menetas seorang peternak haruslah mulai untuk merawat dan memperhatikan piyik Kacer yang masih rapuh tersebut Tapi di luar i...
Jokowi Harga Telur Naik Konsumen Teriak Tapi Kalau Turun Peternak Yang Teriak

Jokowi Harga Telur Naik Konsumen Teriak Tapi Kalau Turun Peternak Yang Teriak

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 373 hits
Presiden Joko Widodo menyambangi Pondok Pesantren Darul Hikmah Pamulang Tangeran Selatan Banten Minggu malam Jokowi menyinggung tentang dilema yang saat ini dihadapi pemerintah tentang terkait harga bahan pangan
Wrap Telur Sardin

Wrap Telur Sardin

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 465 hits
Ehhem selepas viral satu Malaya ni y tu abuya improvisasi la siket skill dia tu haaOleh kerana bancuhan sardin telur masih berbaki yang di simpan dalam peti roti pulak dah habis perut pulak tengah lapar abuya tukar je bahan utama roti tu de...
Burger Telur Rm1 80 Je

Burger Telur Rm1 80 Je

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 461 hits
Assalamu alaikum Burger Telur RM1 80 Je Itulah harga burger telur di kampung Fiza Murah ke Mahal Mahal ke murah Malam ni semua pakat tak nak makan nasi Semua nak makan burger yang jiran depan rumah jual Tapi untuk Alia Ain dan makayah Fiza ...
Fakta Menarik Tentang Telur Ayam Tiruan

Fakta Menarik Tentang Telur Ayam Tiruan

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 613 hits
Heboh satu negara pasal telur tiruan Jika tidak kerana satu kes di mana telur tiruan berjaya dirampas dan didedahkan kepada
Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir

Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 3062 hits
Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir Assalamualaikum Hai semua harap semuanya berada dalam keadaan sihat ya Hari ini Cik Ash berkongsi resepi daripada dapurcikash iaitu Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir Pucuk Paku Goreng Telur Dan ...
Dongkrak Stamina Pleci Dengan Ramuan Telur Dan Madu

Dongkrak Stamina Pleci Dengan Ramuan Telur Dan Madu

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 382 hits
Mendongkrak stamina Pleci pada dasarnya bisa dilakukan dengan berbagai cara Hanya saja dari sekian banyak cara hanya ada beberapa cara saja yang lumrah dan sering digunakan oleh Kicaumania Karena selain ampuh dan manjur cara tersebut juga s...
Buku Taubatku Untuk Siapa Renungan Mendalam Tentang Taubat Karya Ibnu Jauzi

Leona Sakat Rees Tentang Ciri Ciri Kekasih Hati Ramai Wanita Tak Keruan Asslamualaikum Adik Ipar

Another Knock For Zii Jia In Opener Defeat To Jun Hao

Over 190 People Evacuated From Flooding In Beaufort

Dia Yang Curang Lepastu Acah Tersakiti Pantun Nafiz Muaz Curi Perhatian Ramai

Terengganu Pelajar Tingkatan Empat Pecut Kereta Rempuh Polis Tular Di Kuala Nerus

Iuc Buka Laluan Kerjaya Global Mahasiswa Di Jepun

Is Cooking With Ghee Healthy Or Unhealthy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Inkues Arwah Zara Qairina Kali Terakhir Dilihat Di Tandas Tingkat 3 Saksi

Dalang Di Sebalik Dakwaan Sd Gesa Muhyiddin Undur Telah Dikenal Pasti

Kenyataan Dr Zambry Berkait Isu Pelajar Cemerlang Stpm Tidak Dapat Tempat Ke Ipt Pilihan

Pelajar Hafizah Raih 10a Spm Tokoh Sahsiah Terpuji Beri Ucapan Dalam Bahasa Jepun

Malaysians Think They Can Outsmart Scammers But 73 Still Fall Victim

Honor Confirms The Mystery Smartphone Introducing Honor X9d 5g