Trip Hiking Aku Ke Air Terjun Pelangi Sungai Lembing


Trip Hiking Aku ke Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing | Kalau korang jenis yang suka alam semula jadi, suka rasa sejuk pagi di kaki gunung dan bunyi air jatuh dari tebing tinggi, aku rasa korang patut cuba sekali seumur hidup trip ke Air Terjun Pelangi, yang terletak di Sungai Lembing, Pahang ni. 

Aku sendiri baru berpeluang join trip ni pada 1 November 2025 — dan jujur aku cakap, pengalaman dia bukan biasa-biasa. Bukan sekadar hiking, tapi lebih kepada rasa kagum dengan ciptaan Tuhan bila pelangi betul-betul muncul depan mata

Permulaan Hari – Kejar Jadi yang Pertama Sampai
Hari tu aku join trip berbayar — RM80 untuk dewasa, termasuk transport 4x4, permit hutan, makanan ringan (maggi cup dan minuman panas) serta guide yang berpengalaman lebih 15 tahun. 
Aku pergi berdua dengan kawan aku, dan kami diminta berkumpul di Anjung Selera seawal 5.30 pagi. Masalahnya bukan 5.30 pagi kami sampai tetapi jam 6.30 pagi baru sampai. Nyaris-nyaris kena tinggal mat!! Masa sampai tu, dorang dah gerak.. Nasib baiklah dorang berhenti beli kueh mueh dulu.. So, kitorang parking kereta dekat Balai Polis Sg. Lembing sebabnya kedai kueh tu, berhampiran dengan balai polis tersebut.. Nasib baik guider tak marah.. Haha!


Kami ingat kami dah lambat, ada lagi sekawan yang lambat.. Takde la malu sangatkan.. Kiki.



Sepatutnya dalam itinerari, kami akan singgah dulu di Sunrise Hill untuk tengok matahari terbit. Tapi kitorang semua sepakat untuk skip Sunrise Hill, sebab kami memang nak jadi antara yang pertama sampai ke Air Terjun Pelangi. Bukan sebab tak minat tengok sunrise, tapi guider tu kata kalau lambat sampai, kawasan air terjun tu cepat penuh dengan orang — jadi agak susah nak bergambar atau mandi dengan selesa. Lagi pun, kemunculan pelangi ni cuma sekitar pukul 8.00 hingga 10.30 pagi. Jadi kami fikir, biar rugi sunrise, janji dapat view pelangi yang tak ramai orang kacau

Menuju Lubuk Beruk – Permulaan Trek  

Dalam pukul 6.45 pagi, kami naik 4x4 menuju ke Lubuk Beruk, iaitu starting point trekking ke Air Terjun Pelangi. Perjalanan dengan 4x4 tu memang mencabar — jalan dia sempit, berbukit dan berlumpur. Tapi itu jugalah yang buat trip ni rasa adventure. Angin pagi sejuk, tapi suasana penuh gelak tawa bila kenderaan melambung atas batuan. Jauh bhai nak boleh ke sampai.. Sakit pinggang oii.. hahaha.. Kenderaan kami memuatkan 11 orang.. Nasib baik semua perempuan.. hehe.


Dari Lubuk Beruk, trekking sejauh 1.2 kilometer bermula. Trek dia tak susah sangat, tapi licin dan ada beberapa cerun curam. Guide kami pesan awal-awal, pakai kasut getah atau sandal crocs sebab batu licin dan banyak air bawah tanah. Nasib baik aku beli kasut khas hiking yang sesuai masuk dalam air dan tak licin tapaknya walaupun harganya murah hiks!  

Sepanjang laluan, kami lalu beberapa sungai kecil. Airnya jernih sampai boleh nampak batu di dasar. Udara pagi tu segar betul — bau tanah lembap dan bunyi serangga macam muzik latar alam. Walaupun peluh mencurah, semangat tu tinggi untuk sampai ke destinasi




Air Terjun Pelangi – Nama Pun Dah Indah  
Sampai je di kawasan air terjun sekitar 8.15 pagi, aku terus terpegun. Dari jauh lagi dah dengar bunyi air mencurah-curah. Cuaca agak mendung hari tu dan harapan untuk tengok pelangi tu agak tipis. Frust jugak la mulanya.. Memang anggap pelangi tak akan muncul dah hari tu melihatkan cuaca yang agak mendung tanpa matahari

Tapi siapa sangka, takdir Allah tu benar-benar magik buat kami — sedang kami sibuk ambil gambar, tiba-tiba pelangi muncul perlahan-lahan di hadapan kami. Serius, pelangi tu bukan ilusi — dia betul-betul ada, terbentuk daripada percikan air yang terkena cahaya matahari pagi. Munculnya pelangi, kami bersorak dengan gembiranya meraikan kemunculan sang pelangi itu
 
Masa tu cuma beberapa group kecil je yang ada, jadi suasana tenang dan damai. Kami mandi, bergambar, dan makan maggi panas yang disediakan oleh penganjur. Entah kenapa, maggi dalam cawan tepi air terjun tu rasa jauh lebih nikmat daripada yang biasa. Mungkin sebab letih, mungkin sebab puas hati. Guider kami sempat pesan, pelangi biasanya hilang sekitar 10.30 pagi, jadi memang berbaloi kami datang awal.  






Aku sempat duduk lama di batu besar tepi air terjun, tengok air jatuh dari tebing tinggi sambil pelangi perlahan-lahan pudar. Dalam hati, aku terfikir — macam hidup jugak. Kadang-kadang untuk nampak pelangi, kita kena berani redah jalan yang licin dan sejuk dulu. 
Bonus Trip – Jeram Sungai Jin & Telaga Air Panas  
Dalam 10.00 pagi, kami mula turun semula. Trek menurun lebih mudah, tapi kaki memang terasa lenguh. Nasib baik motivasi kami masih tinggi sebab katanya kami akan singgah ke Jeram Sungai Jin dan Hidden Hot Spring kalau sempat. Perjalanan ambil masa lebih kurang dua jam termasuk berhenti ambil gambar. 
Kami ke kawasan hot spring tersembunyi dahulu, kecil tapi cukup untuk rendam kaki dan hilangkan lenguh lepas trekking.  Lepas tu, kami ke Jeram Sungai Jin ni cantik — airnya jernih, berbatu besar, dan suasananya sunyi. Kemain seronok dorang mandi manda.. Aku ni kurang sikit nak mandi manda ramai-ramai macam tu.. Rasa segan tu masih menebal dan tak ada keinginan untuk bermandi manda juga sebenarnya


Dalam pukul 1.00 tengah hari, kami tiba semula di Pekan Sungai Lembing. Perut pun dah berkeroncong dan kelaparan.. Mana taknya, makan megi je.. Ingat nak singgah kedai mee jawa, tapi semuanya tutup.. So, teruskan je la perjalanan balik.. Sebelum balik kami berhenti makan dulu mengisi perut. Selesai makan terus je balik

Walaupun penat, hati rasa puas sebab dapat lalui semua aktiviti tanpa tergesa-gesa. Cuma masa pergi la ada tergesa-gesa sikit untuk sampai.. haha.

Beberapa Info Berguna untuk Korang 
Kalau korang teringin nak join trip macam aku, ni beberapa info penting:  Harga: RM80 dewasa, RM60 (umur 4–6 tahun), bawah 3 tahun percuma. Termasuk: Transport 4x4, permit, makanan ringan, minuman panas & guider. Waktu terbaik: Pelangi muncul antara 8.00 – 10.30 pagi. Pakaian: Kasut getah atau sandal sesuai, baju kering gantian, tuala kecil. Kemudahan: Tandas awam di Lubuk Beruk (RM0.50) & sewaan kasut getah (RM3). Keselamatan: Trip dikendalikan oleh guide berlesen dengan pengalaman 15 tahun.  
Untuk hari bekerja, peserta minimum 6 orang (atau bayaran minimum RM480). Tapi kalau hujung minggu atau cuti umum, tak perlu risau — boleh join walaupun sorang dua saja. Dan kalau hari hujan lebat berlarutan sampai 8 pagi, trip akan ditunda atau deposit dipulangkan. 
Bila Alam Jadi Terapi
Balik dari trip ni, aku terus rasa segar walaupun kepenatan tapi puashati . Kadang-kadang kita perlukan masa keluar dari rutin harian — bukan semata-mata nak berpeluh, tapi nak tenangkan fikiran dan sambung balik hubungan kita dengan alam. 
Air Terjun Pelangi bagi aku bukan sekadar tempat hiking. Ia satu pengalaman yang buat aku lebih menghargai masa, ketenangan, dan perjalanan hidup sendiri.  

Jadi, kalau korang tengah cari aktiviti hujung minggu yang berbaloi, aku memang sarankan korang cuba Trip Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing ni. Siapa tahu, mungkin korang pun akan jumpa “pelangi” korang sendiri kat sana





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.leaazleeya.com/2025/11/trip-hiking-aku-ke-air-terjun-pelangi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gelandangan Maut Ditolak Ke Dalam Saluran Air Rakan Senegara Ditahan

Gelandangan Maut Ditolak Ke Dalam Saluran Air Rakan Senegara Ditahan

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 136 hits
Gelandangan Maut Ditolak Ke Dalam Saluran Air Rakan Senegara Ditahan KUALA LUMPUR 22 Okt Polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 27 tahun bagi membantu siasatan kematian rakan senegaranya yang juga gelandangan ditemukan mati dengan...
Pelajar Perempuan Terjun Tingkat Satu Akibat Kecewa Putus Cinta

Pelajar Perempuan Terjun Tingkat Satu Akibat Kecewa Putus Cinta

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 106 hits
MOHD YUNUS YAKKUBSHAH ALAM Akibat kecewa selepas putus cinta dengan teman lelakinya seorang pelajar perempuan tingkatan satu dilaporkan terjatuh dari tingkat satu sebuah sekolah menengah di sini semalam Kejadian berlaku kira kira pukul 3 45...
Kisah Pernah Tular Isteri Peniaga Air Balang Meninggal Dunia

Kisah Pernah Tular Isteri Peniaga Air Balang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 180 hits
Kisah Pernah Tular Isteri Peniaga Air Balang Meninggal Dunia Isteri kepada peniaga air balang Ahyauddin yang pernah tular sebelum ini telah menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat Berita duka itu dimaklumkan oleh anaknya kepada stesen radi...
Penjenayah Sempat Minta Air Sebelum Serang Dan Samun Warga Emas Sedang Jaga Cucu Di Taman Temerloh Jaya

Penjenayah Sempat Minta Air Sebelum Serang Dan Samun Warga Emas Sedang Jaga Cucu Di Taman Temerloh Jaya

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 146 hits
TEMERLOH Niat baik seorang nenek membenarkan lelaki tidak dikenali masuk ke rumahnya konon untuk meminta air bertukar mimpi ngeri apabila dia diserang dan disamun di Taman Temerloh Jaya di sini semalam Dalam kejadian kira kira jam 5 petang ...
Fifa Arena Malaysia Menandakan Era Baru Untuk Sepak Bola Tanah Air

Fifa Arena Malaysia Menandakan Era Baru Untuk Sepak Bola Tanah Air

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 159 hits
Presiden FIFA Merasmikan FIFA Arena Pertama di Malaysia Hari ini Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa Gianni Infantino telah merasmikan FIFA Arena yang pertama di Malaysia di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana Kelana Jaya Selangor Majlis ...
Hiburan Inkues Zara Qairina Dia Terjun Dari Aras Dua Banyak Dar H Dia Dekat Lantai Aras Paling Bawah Saksi

Hiburan Inkues Zara Qairina Dia Terjun Dari Aras Dua Banyak Dar H Dia Dekat Lantai Aras Paling Bawah Saksi

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 141 hits
Zara terjun dari aras dua banyak darah dia dekat lantai aras paling bawah Itu kata seorang rakan sebilik yang didengari oleh saksi ke 20 dalam prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir seperti yang diberitahu di Mahkamah K...
Insiden Sungai Golok Suspek Serah Diri Kepada Polis Thailand Ketua Polis Kelantan

Insiden Sungai Golok Suspek Serah Diri Kepada Polis Thailand Ketua Polis Kelantan

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 128 hits
Insiden Sungai Golok Suspek Serah Diri Kepada Polis Thailand Ketua Polis Kelantan KOTA BHARU 3 Nov Suspek kes tembak maut seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok Narathiwat pada Sabtu lepas yang juga bekas pemain import pasukan bola s...
Enam Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya Malam Ini

Enam Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya Malam Ini

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 188 hits
Enam Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya Malam Ini ALOR SETAR Enam sungai di Kedah merekodkan bacaan melepasi paras bahaya setakat jam 8 malam ini Menurut laman rasmi Public Info Banjir di Kedah Sungai Laka di Kampung Padang Pasir Kubang Pa...
200 000 Accounts Affected As Sungai Johor Contamination Halts Water Supply

200 000 Accounts Affected As Sungai Johor Contamination Halts Water Supply

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 209 hits
Around 200 000 consumer accounts are facing unscheduled water supply disruptions following pollution in Sungai Johor since yesterday Bernama picJOHOR BARU Around 200 000 consumer accounts are facing unscheduled water supply disruptions foll...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays

Lirik Lagu Ku Siapa Eabidak And Rith Parker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tasik Blausee Yang Menggamit Kenangan Day 7

Mailbox Quota 97 Full Clear Your Cache

Sekadar Celoteh Petronas Buang Pekerja

Sarapan Pagi Best Di Shah Alam Restoran Azira Pilihan Ramai

Trip Hiking Aku Ke Air Terjun Pelangi Sungai Lembing

Aktiviti Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor Ppim 05 11 2025