Sup Lobak Putih Yang Simple
Sup Lobak Putih Yang Simple | Assalamualaikum... Hai, Terima kasih kepada korang yang sudi membaca entri Alhamdulilah Dapat Makan Asyura Kelantan. Hari ini Cik Ash nak kongsi resepi baru. Pertama kali beli lobak putih untuk bagi mak mentua cuba makan. Cik Ash cuba buat sup lobak putih. Ingat ke beliau makan la ke, tapi sayang dia agak tidak suka hahaha, susah juga nak bagi mak mentua makan sesuatu yang dia tak pernah makan ni. Pening dah nak masak apa dekat beliau. Takkan nak buat ayam goreng ala KFC jer sebab bila buat ayam goreng dia suka makan hihihi.
Sup Lobak Putih Yang Simple
Suami pun lebih kurang sama bab sayur pelik-pelik ni dia tidak makan, hihihi, Cik Ash juga yang tolong habiskan mujur habis, pening juga fikir nak buat macam mana nak bagi suami makan lobak putih ni, akhirnya dapat idea Cik Ash goreng celup tepung bestari buat macam kita goreng celup tepung sedap juga. Jom la kita tengok resepi cara nak buat sup lobak putih di bawah ini.
Sup Lobak Putih Oleh : Cik Ash
Bahan-bahanLobak putihtulang ayam sedikitbawang putihbawang besar4 beradik (cengkih,bunga lawang,buah pala,kulit kayu manis)haliacarrotsawisedikit lada hitamsedikit garam dan secukup rasadaun supbawang goreng
Cara Membuatnya :-
1. Mula-mula sekali kita buang dulu kulit lobak putih. Selepas itu lobak putih dibelah dua sebelum dihirs nipis-nipis.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis kakas 4 beradik, bawang putih dan halia sehingga garing.
3. Selepas itu masukkan air secukupnya,masukkan lobak putih dan lobak merah.
4. Masak la sehingga mendidih dan lobak menjadi lembut. Suaikan rasa ,lada hitam ,garam dan secukup rasa .
5. Taburkan daun sup dan bawang goreng dan sedia untuk dihidang dengan nasi yang panas.
Itu jer cara Sup Lobak Putih cara Cik Ash buat, maybe cara orang lain tak sama dengan Cik Ash kan. Kalau korang teringin nak memcuba resepi ini dipersilakan ya. Kalau rasa nak tengok koleksi resepi lain Cik Ash kongsikan dekat koleksi #dapurcikash. Jumpa lagi nanti ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cikash.com/2019/10/sup-lobak-putih-yang-simple.html