Sungai Muda Tiada Asas Bagi Kedah Tuntut Caj Air Mentah Dari Pulau Pinang





* PBAPP mengabstrak air mentah dari Sungai Muda di wilayah Pulau Pinang.


* Sungai Muda merupakan sungai yang mengalir secara semula jadi melalui Pulau Pinang. Kedah tidak mengepam air mentah ke Pulau Pinang.


* Pulau Pinang telah mengabstrak air mentah tanpa caj dari Sungai Muda selama 44 tahun kerana tiada perjanjian, kontrak atau caj yang disebut.
.
.
8 SEBAB KENAPA PULAU PINANG DIMINTA UNTUK TIDAK BAYAR.


1. Skim Air Sungai Muda telah dibuka secara rasminya oleh Tun Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia, pada 9/11/1973. 


Semasa upacara pembukaan tahun 1973, tidak ada menyebut mengenai caj air mentah. Juga, tiada apa-apa caj disebut dalam MoU 1985, Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985 (Akta 325), dan Enakmen Negeri 4/7/1985.
Ini menunjukkan bahawa tiada niat untuk apa-apa caj air mentah yang akan dikenakan, dan oleh itu, tiada caj dikenakan pada hari ini.


2. Pulau Pinang mengabstrak air mentah dari Sungai Muda di wilayahnya sendiri. Ia tidak mengabstrak air mentah di wilayah Kedah. Oleh itu, Pulau Pinang tetap dengan “hak ripariannya” (hak air) untuk mengabstrak air dari Sungai Muda tanpa caj.


3. Pulau Pinang mengabstrak air mentah dari Sungai Muda dengan sumber dan kos sendiri. Abstraksi oleh Pulau Pinang tidak menjejaskan Kedah satu “sen” pun. Oleh kerana tiada kos yang terlibat, maka tiada sebarang caj dikenakan.


4. Sungai Muda adalah sungai yang mengalir secara semula jadi ke laut. Johor mengenakan caj kepada Melaka untuk mengepam air mentah ke Melaka, tetapi Kedah tidak mengepam air mentah ke Pulau Pinang. Dengan sendirinya, secara semula jadi air mentah dari Sungai Muda sampai ke Pulau Pinang.


5. Pulau Pinang mengabstrak air “di hilir” loji rawatan air Kedah dan muka sauk pengairan. Kedah telah membina empangan untuk melepaskan air ke Sungai Muda semasa musim kemarau tetapi tujuan utama rizab Empangan Beris dan Empangan Muda adalah untuk abstraksi oleh Kedah.


Dengan kata lain, Pulau Pinang mengambil “air lebihan” yang jika tidak, ia hanya mengalir ke Selat Melaka.


6. Pengambilan air mentah Pulau Pinang dari Sungai Muda ketika musim hujan membantu mengelak atau mengurangkan banjir di wilayah selatan Kedah.


7. Sejak tahun 1973, Pulau Pinang telah mengabstrak air mentah dari Sungai Muda selama kira-kira 44 tahun tanpa caj. Tiada alasan untuk dikenakan caj “tiba-tiba” hari ini kerana pengambilan Pulau Pinang tidak:


- menjejaskan abstraksi Kedah sendiri di hulu sungai;
- tiada sebarang kos ditanggung oleh Kedah; atau
- Melanggar, atau menjejaskan, hak Kedah untuk mengabstrak air dari Sungai Muda.


8. Kedah terus memberi lesen pembalakan di kawasan tadahan Ulu Muda yang mengumpul air hujan bagi Sungai Muda dan sistem air mentah lain di Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER).


Pembalakan menjejaskan kuantiti dan kualiti air di Sungai Muda, dan harus diharamkan sepenuhnya di kawasan tadahan air yang merangkumi 163,000 ha kawasan hutan. Sepatutnya, Ulu Muda perlu dipulihara dan diwartakan sebagai Tadahan Air NCER.


Kedah perlu mendapatkan pampasan persekutuan (sebagai ganti premium hutan) daripada Kerajaan Persekutuan kerana Ulu Muda berfungsi sebagai tadahan air untuk tiga negeri NCER: Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.


Perlu diingat bahawa jaminan bekalan air adalah elemen penting untuk kehidupan dan kemajuan NCER, kini dan pada masa akan datang.


Perlu juga diingatkan bahawa menurut Jabatan Perangkaan (statistics.gov.my), Perlis, Pulau Pinang dan Kedah menyumbang kira-kira 10.4% daripada KDNK Malaysia pada tahun 2014. Pada tahun 2016, diramal KDNK Malaysia bernilai RM1.106 trilion oleh Perbendaharaan Malaysia (treasury.gov.my).


Dipetik dari kenyataan media :


Dato‟ Ir. Jaseni Maidinsa,
Ketua Pegawai Eksekutif,
PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/12/sungai-muda-tiada-asas-bagi-kedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerita Sebalik Berita Caj Air Mentah Babitkan Kedah Dan Pulau Pinang

Cerita Sebalik Berita Caj Air Mentah Babitkan Kedah Dan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 286 hits
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK ...
Apakah Halal Pulau Pinang Dapat Air Tanpa Membayar Pas Kedah

Apakah Halal Pulau Pinang Dapat Air Tanpa Membayar Pas Kedah

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 261 hits
PAS Kedah mempersoalkan apakah halal bagi Pulau Pinang mendapat manfaat bekalan air dari Kedah tanpa memberi sebarang bayaran Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya berkata saban tahun Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menanggung kos bagi pemuliha...
Mb Kedah Jawab Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berkenaan Isu Air

Mb Kedah Jawab Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berkenaan Isu Air

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 392 hits
Jawapan Kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 1 Tiada sesiapapun yang dapat menafikan bahawa sumber air yang mengalir dalam Sungai Muda bermula di hulu Sungai Muda iaitu di dalam kawasan Hutan Simpan Ul...
Bayaran Air Mentah Pulau Pinang Jangan Lepas Tangan

Bayaran Air Mentah Pulau Pinang Jangan Lepas Tangan

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 337 hits
NOORULHUDA MOHAMMED ALI LEMBAGA Sumber Air Negeri Kedah menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah berkaitan tuntutan harga air mentah daripada Sungai Muda kepada Pulau Pinang Walaupun PBAPP meny...
Video Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sila Bayar Rm50 Juta Setahun Sebelum Komen Mb Kedah

Video Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sila Bayar Rm50 Juta Setahun Sebelum Komen Mb Kedah

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 333 hits
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dituntut membayar RM50 juta setahun kepada kerajaan Kedah bagi caj air mentah dari negeri ini sebelum mengeluarkan sebarang maklum balas tentang bekalan air di Kawasan Ulu Muda Menteri Besar Kedah Muhamma...
Penerokaan Ree Ancam Keselamatan Bekalan Air Perlis Kedah Dan Pulau Pinang

Penerokaan Ree Ancam Keselamatan Bekalan Air Perlis Kedah Dan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 292 hits
REE berskala besar di kawasan tadahan Ulu Muda termasuk Sik dan Baling di Kedah yang permitnya diluluskan oleh Kerajaan Kedah akan menjejaskan bekalan air untuk 4 2 juta penduduk di Perlis Kedah dan Pulau Pinang Foto internet GEORGE TOWN 7 ...
Akibat Mengalirkan Air Sungai Muda Ke Kedah Semula

Akibat Mengalirkan Air Sungai Muda Ke Kedah Semula

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 281 hits
Untung la MB Kedah tak payah buat kolam renang Dah mendapat dah kah
Isu Air Menteri Saran Pulau Pinang Sumbang Wang Atas Pengorbanan Kedah

Isu Air Menteri Saran Pulau Pinang Sumbang Wang Atas Pengorbanan Kedah

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 303 hits
Kementerian Alam Sekitar dan Air menyarankan Pulau Pinang untuk menyumbang dalam bentuk kewangan kepada Kedah selepas kerajaan negeri itu berkorban untuk tidak meneroka kawasan tadahan air Ulu Muda kata menterinya Tuan Ibrahim Tuan Man Di a...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Akademik Etiqa

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga

Arti Ar Raqib Dan Cara Mengamalkan Asmaul Husna Ini

Salam Aidil Fitri Kami Team Raya Kl Kurangkan Jem Kat Lebuhraya

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam