Sumber Najib Cadangkan Bn Beri Sokongan Pada Anwar


Haspaizi Zain & Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan Hari ini 7:55 pm

Pertemuan ahli-hali parlimen BN di Kuala Lumpur petang tadi dikejutkan dengan cadangan bekas perdana menteri, Najib Razak, agar parti itu menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri

Cadangan itu dibuat Najib dengan alasan perlunya keseimbangan dalam jawatan dalam kerajaan kini.

Bagaimanapun menurut sumber cadangan dibawa ahli parlimen Pekan itu tidak dapat diterima sebahagian besar tokoh yang hadir.

Seorang ahli parlimen BN yang enggan didedahkan identitinya berkata, cadangan Najib itu tidak dapat diterima akal kerana mereka berpendapat, menyokong Anwar bermakna menerima DAP sebagai kerajaan.

"Masakan cadangan yang seperti tidak masuk akal mampu untuk diterima oleh akar umbi Umno kerana ahli-ahli Umno diberitahu sebelum ini bahawa Umno menyokong penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu DAP menjadi sebahagian kerajaan.

"Takkanlah BN - terutama Umno - mahu untuk bersama dengan DAP dalam kerajaan, kerana bukan saja ideologi perjuangan kedua-dua parti berbeza, malah ahli-ahli antara kedua-dua parti akan bercelaru," katanya kepada Malaysiakini.

Jelas sumber itu lagi, pertemuan petang tadi hampir tergendala ekoran cadangan yang dikemukakan bekas pengerusi BN itu.

Mesyuarat ahli parlimen BN yang berlangsung hampir tiga jam bermula jam 1 petang tidak membuat sebarang keputusan sama ada Muhyiddin Yassin perlu mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong agar Dewan parlimen dibubarkan atau tidak.

Sebaliknya, kata Najib, mesyuarat itu mendengar pelbagai pandangan daripada mereka yang hadir.

“Tak ada keputusan, macam-macam pandangan tapi pandangan ini tak boleh ambil kira, yang penting sekali keputusan.

“Kita cuma mendapatkan pandangan-pandangan daripada wakil rakyat BN tentang pendirian kita dan halatuju yang patut dijadikan ketetapan parti," kata Najib.

Sementara itu seorang lagi sumber BN berkata, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, kelihatan lebih tenang dan berpegang teguh atas keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini yang menolak sebarang kerjasama dengan Anwar mahupun DAP.

"Zahid mendengar pelbagai pandangan dan cadangan termasuk daripada Najib dengan tenang kerana pastinya beliau mahu masa depan BN terutama Umno terus cerah dan lebih menyinar di mata rakyat," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, drama politik negara belum berakhir dan sebarang tindakan sama ada Muhyiddin mahu meletak jawatan atau membubarkan Dewan Rakyat, pastinya akan didorong oleh keputusan yang diambil oleh BN dan Umno selepas ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/sumber-najib-cadangkan-bn-beri-sokongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Masa Anwar Minta Sokongan Najib

Bila Masa Anwar Minta Sokongan Najib

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 313 hits
WFAUZDIN NS Siapa pernah dengar Anwar kata mahu dapatkan sokongan Najib atau Zahid Takde kan Tiba2 Najib menyatakan di antara tiga option yg beliau cadangkan kpd Umno salah satunya adalah menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM Kalau Anwar tidak...
Najib Cadang Ahli Parlimen Barisan Nasional Beri Sokongan Kepada Anwar Ibrahim

Najib Cadang Ahli Parlimen Barisan Nasional Beri Sokongan Kepada Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Pertemuan ahli hali parlimen BN petang tadi dikejutkan dengan cadangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Cadangan itu dibuat Najib dengan alas...
Mp Pkr Gesa Anwar Tolak Sokongan Najib

Mp Pkr Gesa Anwar Tolak Sokongan Najib

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 350 hits
MalaysiakiniAhli Parlimen Pasir Gudang PKR Hassan Karim menggesa Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menolak sokongan bekas perdana menteri Najib Razak Sementara seorang bekas pemimpin PKR juga mempersoalkan tawaran yang dibuat kepada Najib un...
Anwar Serahkan Dokumen Sokongan Majoriti Kepada Agong Dan Anggap Kerajaan Pn Sudah Jatuh

Anwar Serahkan Dokumen Sokongan Majoriti Kepada Agong Dan Anggap Kerajaan Pn Sudah Jatuh

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 310 hits
Anwar Ibrahim mengesahkan telah menyerahkan dokumen sahih sebagai bukti sokongan majoriti sokongan kepadanya Anwar menyatakan dia ada lebih 120 ahli parlimen bersamanya Menurutnya lagi Agong akan memanggil ketua ketua parti selepas ini Anwa...
Dakwa Kerajaan Tsmy Sudah Jatuh Anwar Ibrahim Yakin Terima Sokongan Lebih 120 Ahli Parlimen

Dakwa Kerajaan Tsmy Sudah Jatuh Anwar Ibrahim Yakin Terima Sokongan Lebih 120 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 339 hits
Hari yang penuh dengan kontroversi buat rakyat Malaysia serta ahli politik apabila Dato Seri Anwar bin Ibrahim selaku ahli politik daripada pihak pembangkang menghadap Yang di Pertuan Agong bagi menunjukkan jumlah serta sokongan ahli parlim...
Najib Sokong Anwar Ini Jawapannya

Najib Sokong Anwar Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 367 hits
Oleh Najib Razak Ada media portal yang laporkan seolah olah saya mendesak semua ahli parlimen UMNO untuk sokong Anwar jadi PM Ini kurang tepat Mesyuarat hari ini adalah untuk semua ahli parlimen membincang halatuju parti dalam krisis Covid ...
Polis Panggil Anwar Atas Senarai Didakwa Sokongan 121 Ahli Parlimen

Polis Panggil Anwar Atas Senarai Didakwa Sokongan 121 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 399 hits
Polis memanggil Anwar Ibrahim untuk memberi keterangan berhubung penyebaran senarai 121 ahli Parlimen didakwa menyokong ketua pembangkang itu bagi membentuk kerajaan baru Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata po...
Najib Support For Anwar Only If It Doesn T Involve Dap

Najib Support For Anwar Only If It Doesn T Involve Dap

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 305 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak admitted that he floated the idea that Umno should consider cooperation with PKR president Anwar Ibrahim However he stressed that this is on condition that DAP is not involved The proposal was made at...
Najib Defends Call To Work With Anwar Notes Umno Now Partners With Ex Foes Pas And Bersatu

Najib Defends Call To Work With Anwar Notes Umno Now Partners With Ex Foes Pas And Bersatu

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 321 hits
Datuk Seri Najib Razak today defended his proposal for ruling party Umno to partner with PKR president and Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim pointing out that Umno is now in federal power because of its readiness to work with forme...
Pondok Abuya

How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine