Sumbangan Qatar As 50j Untuk Rohingya Dr Wan Azizah Jawab Ahmad Zahid


KHAIRULANUAR YAHAYA      SUMBANGAN AS$50 juta oleh Qatar bagi bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di Malaysia tidak pernah disalurkan kepada kerajaan tetapi diberi terus oleh kerajaan Qatar melalui Qatar Charity (QC) kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO iaitu parti dalam kerajaan Perikatan Nasional sepatutnya boleh medapatkan segala maklumat berkaitan dana tersebut daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Apabila Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya pada Mei 2018, kami dimaklumkan akan hasrat Qatar untuk menyalurkan bantuan ini sejak 2016 lagi, dan kami bersyukur dapat menjadikannya satu kenyataan dalam tempoh tidak sampai 18 bulan selepas kami ke Putrajaya.

“Bantuan kemanusiaan pelarian Rohingya di Malaysia ini menggunakan peruntukan Qatar Fund for Development (QFFD) dalam tiga sektor, iaitu kesihatan, pendidikan dan mandiri kehidupan (“livelihood”),” kata Dr. Wan Azizah.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, bagi pelaksanaan sektor kesihatan satu perjanjian projek telah dimeterai pada 13 September 2019 di antara Yayasan Kebajikan Negara, Qatar Charity dan tiga buah NGO iaitu Mercy Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysia Relief Agency (MRA).

Perjanjian tersebut adalah untuk tempoh setahun sehingga 12 September 2020 dan akan disambung setiap tahun selama tiga tahun dengan peruntukan tahunan sebanyak AS$5 juta atau AS$15 juta untuk tiga tahun.

“Pada ketika berlaku peralihan kuasa di Putrajaya, pelaksanaan sektor pendidikan berada di peringkat penilaian oleh Qatar Fund for Development manakala perbincangan belum bermula bagi sektor mandiri kehidupan.

“Walaupun Kerajaan Qatar memberi komitmen untuk menyalurkan bantuan ini selama tiga tahun, ia juga memberi iltizam akan kelestarian program ini yang memungkinkan ia disambung selepas tiga tahun mengikut keperluan pada waktu tersebut,” jelas Dr. Wan Azizah.

BACA Ahmad Zahid mahu PH perjelaskan sumbangan AS$50 juta Qatar untuk Rohingya

Semalam, Ahmad Zahid menggesa pemimpin Pakatan Harapan memberi penjelasan terperinci perbelanjaan dana berjumlah AS$50 juta (RM198.9 juta) hasil sumbangan Qatar untuk pelarian Rohingya.

Ahmad Zahid berkata, Dr Wan Azizah  dalam Facebook beliau pada 25 November 2018 mengakui menerima sumbangan tersebut daripada kerajaan Qatar.

Bekas Menteri Dalam Negeri menimbulkan isu pemberian dana tersebut selepas beberapa perkongsian di Facebook menuduh beliau telah menerima dana dari Qatar Development Fund dan dimasukkan ke akaun persendirian.

Ahmad Zahid mendakwa, tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau itu adalah fitnah dan bertujuan mengaibkan dirinya.-SM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/sumbangan-qatar-as50j-untuk-rohingya-dr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Azizah Kena Jawab Mana Perginya Rm200 Juta Derma Qatar Untuk Pelarian Rohingya

Wan Azizah Kena Jawab Mana Perginya Rm200 Juta Derma Qatar Untuk Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 478 hits
Terbongkar malah diakui sendiri oleh mantan Timbalan Perdana Menteri DS Wan Azizah Wan Ismail bahawa Pakatan Harapan sewaktu menjadi kerajaan sudah menerima derma USD 50 juta atau lebih RM200 juta dari Kerajaan Qatar untuk membantu Malaysia...
Ph Urus Dengan Baik Bantuan Qatar Kepada Rohingya Dr Wan Azizah

Ph Urus Dengan Baik Bantuan Qatar Kepada Rohingya Dr Wan Azizah

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 290 hits
ULASAN Saya terpanggil membuat kenyataan media berikutan gesaan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya Pakatan Harapan memberi penjelasan berkaitan komitmen sumbangan USD50 juta oleh Qatar bagi bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di M...
Azizah Jawab Zahid Derma As 50 Juta Dari Qatar Salur Terus Ke Ngo

Azizah Jawab Zahid Derma As 50 Juta Dari Qatar Salur Terus Ke Ngo

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 408 hits
Bekas timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari berkata sumbangan AS 50 juta dari Qatar kepada pelarian Rohingya di Malaysia tidak pernah disalurkan kepada Pakatan Harapan Sebaliknya dana itu disalurkan terus kepada beberapa NG...
Bantuan Rohingya Wan Azizah Jawab Mana Pergi As 50 Juta

Bantuan Rohingya Wan Azizah Jawab Mana Pergi As 50 Juta

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 647 hits
KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan wang sumbangan AS 50 juta oleh Qatar bagi bantuan kepada pelarian Rohingya di Malaysia disalurkan terus kepada badan badan bukan kerajaan terlibat Me...
Terbongkar Wan Azizah Dan Ceo Ykn Ikram Salur Dana Qatar Usd50 Juta Kepada 3 Ngo Kroni

Terbongkar Wan Azizah Dan Ceo Ykn Ikram Salur Dana Qatar Usd50 Juta Kepada 3 Ngo Kroni

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 1016 hits
MKN dipengerusikan Wan Azizah mengarahkan CEO YKN bawah kementeriannya menyelaras Dana Qatar USD50 juta CEO orang kuat IKRAM pula memilih 3 NGO kroni pro IKRAM terima dana itu Apa kriteria berapa dapat tidak diperjelaskan Puak PH sebelum in...
Bn Tidak Terima Dana Bantu Pelarian Rohingya Ahmad Zahid

Bn Tidak Terima Dana Bantu Pelarian Rohingya Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 430 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media khas mengenai penjelasan terhadap isu pelarian Rohingya di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Dana dari sebuah negara ...
Berani Betulkan Kesilapan Ahmad Zahid Puji Dr Adham

Berani Betulkan Kesilapan Ahmad Zahid Puji Dr Adham

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 236 hits
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba sebagai individu berjiwa besar Jelas Ahmad Zahid sikap ditonjolkan menteri berkenaan yang berani mengakui kesilapan adalah suatu yang harus d...
In Midst Of Xenophobic Attacks Zahid Recalls Bn S Aid For Rohingya

In Midst Of Xenophobic Attacks Zahid Recalls Bn S Aid For Rohingya

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 378 hits
Ahmad Zahid Hamidi says in addition to helping Rohingya refugees in Bangladesh the BN government allowed them to work in selected sectors in Malaysia PETALING JAYA Following a spate of xenophobic comments about Rohingya refugees former depu...
Dapat Sumbangan Dari Orang Ustaz Mengalir Air Mata Pelakon Wan Maimunah Bila Dapat Sumbangan Tersebut

Dapat Sumbangan Dari Orang Ustaz Mengalir Air Mata Pelakon Wan Maimunah Bila Dapat Sumbangan Tersebut

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 1100 hits
Artis veteran kita Wan Maimunah binti Wan Abdul Aziz adalah salah seorang pelakon yang sangat berbakat Berikan sahaja apa watak kepadanya dan pastinya watak itu akan di bawa dengan baik Dapat sumbangan dari orang ustaz Mengalir air mata pel...
13 Jenis Serunding Premium Pelbagai Perisa

Adakah Minuman Zero Sugar Bermaksud Tiada Gula Dan Bagus Untuk Diet

Resipi Biskut Semperit Coklat Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Raya

Lirik Lagu Purnama Aeydan

Spm Ke Mana Lebihan Makanan Di Bazar Ramadan Berita Rtm 13 03 2025

Europe S Largest Aquarium Installed In London Office Practical Fishkeeping

Kerja Kosong Di Dbp Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun 2025

Pengalaman Berbuka Puasa Di Restoran Bara Stulang Jb


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trash Taxi Tales Real Stories Of How Fast Junk Removal Changes Lives

Bekas Pegawai Teresa Letak Semua Jawatan Dalam Dap

Gyumon Halal Ramen Asakusa Taito City Tokyo

Eh Rindu I Tak

Yb Wong Kah Woh Timbalan Menteri Pendidikan Hadir Program Jaulah Ram

Video Beg Birkin Siti Nurhaliza Curi Perhatian Netizen Wah First Time Tengok Tokti Pakai