Ph Urus Dengan Baik Bantuan Qatar Kepada Rohingya Dr Wan Azizah



ULASAN: Saya terpanggil membuat kenyataan media berikutan gesaan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya Pakatan Harapan memberi penjelasan berkaitan komitmen sumbangan USD50 juta oleh Qatar bagi bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di Malaysia.
Zahid sebagai Presiden UMNO, sebuah parti yang sekarang ini bersama kerajaan Perikatan Nasional, seharusnya boleh memperolehi segala maklumat berkaitan hal ini hanya dengan berhubung dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tetapi saya berterima kasih kerana ini memberi saya peluang untuk memaklumkan berkaitan dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan berkaitan inisiatif ini.
Perkara penting ialah peruntukan ini tidak pernah disalurkan kepada kerajaan tetapi diberi terus oleh Qatar melalui Qatar Charity (QC) kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.
Yayasan Kebajikan Negara (YKN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ialah badan penyelaras bagi bantuan tersebut selaras dengan satu keputusan Kabinet pada 5 April 2019.
Keputusan Kabinet itu juga melantik Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai pengerusi jawatankuasa pemantau bagi program ini dan melapor terus kepada satu jawatankuasa tertinggi yang saya pengerusikan sehingga 23 Februari 2020.
Jemaah Menteri telah mengolah struktur pentadbiran sebegini rupa bagi memastikan ketelusan dalam perlaksanaan dan pengendalian program ini sesuai dengan penekanan kerajaan Pakatan Harapan ke atas akauntabiliti, ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik.
Apabila Pakatan Harapan mengambilalih Putrajaya pada Mei 2018, kami dimaklumkan akan hasrat Qatar untuk menyalurkan bantuan ini sejak 2016 lagi, dan kami bersyukur dapat menjadikannya satu kenyataan dalam tempoh tidak sampai 18 bulan selepas kami ke Putrajaya.
Bantuan kemanusiaan pelarian Rohingya di Malaysia ini menggunakan peruntukan Qatar Fund for Development (QFFD) dalam tiga sektor, iaitu kesihatan, pendidikan dan mandiri kehidupan (“livelihood”).
Bagi pelaksanaan sektor kesihatan, satu perjanjian projek telah dimeterai pada 13 September 2019 di antara YKN, QC dan tiga buah NGO yang terlibat dalam sektor ini, iaitu Mercy Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysia Relief Agency (MRA), dengan agensi penyelaras (iaitu YKN) telah melalui proses ketekunan wajar (“due diligence”) yang sewajarnya.
Perjanjian ini adalah untuk tempoh setahun sehingga 12 September 2020 dan akan disambung setiap tahun selama tiga tahun, dengan peruntukan tahunan sebanyak USD5 juta atau USD15 juta untuk tiga tahun.
Pada ketika berlaku peralihan kuasa di Putrajaya, pelaksanaan sektor pendidikan berada di peringkat penilaian oleh QFFD manakala perbincangan belum bermula bagi sektor mandiri kehidupan.
Walaupun Kerajaan Qatar memberi komitmen untuk menyalurkan bantuan ini selama tiga tahun, ia juga memberi iltizam akan kelestarian program ini yang memungkinkan ia disambung selepas tiga tahun mengikut keperluan pada waktu tersebut.
Ucapan terima kasih kami ucapkan kepada pimpinan Qatar yang telah memberi kepercayaan kepada kerajaan PH bagi memungkinkan perkara ini tercapai termasuk Duta Qatar ke Malaysia, TYT Tuan Fahad Mohammed Kafoud, serta semua kakitangan kerajaan dan NGO yang terlibat.
Pada masa yang sama, kami juga memikirkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan. Kita juga mesti menjaga kebajikan rakyat Malaysia sendiri yang memerlukan terutama dalam situasi semasa.
Bantuan dari Qatar ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan sebahagian daripada beban yang selama ini dipikul pihak kerajaan berkenaan pelarian Rohingya dan dengan itu manfaatnya dapat dialihkan kepada rakyat Malaysia.
Saya juga menyeru kerajaan Myanmar supaya mengambil tanggungjawab ke atas eksodus besar-besaran kaum Rohingya. Tanggungjawab ini tidak sepatutnya diserahkan kepada negara-negara lain terutama negara jiran.
_____________________________________________________________________________
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail merupakan  Ahli Parlimen Pandan dan  Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27348

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sumbangan Qatar As 50j Untuk Rohingya Dr Wan Azizah Jawab Ahmad Zahid

Sumbangan Qatar As 50j Untuk Rohingya Dr Wan Azizah Jawab Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 705 hits
SUMBANGAN AS 50 juta oleh Qatar bagi bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di Malaysia tidak pernah disalurkan kepada kerajaan tetapi diberi terus oleh kerajaan Qatar melalui Qatar Charity kepada badan badan bukan kerajaan yang terli...
Wan Azizah Kena Jawab Mana Perginya Rm200 Juta Derma Qatar Untuk Pelarian Rohingya

Wan Azizah Kena Jawab Mana Perginya Rm200 Juta Derma Qatar Untuk Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 466 hits
Terbongkar malah diakui sendiri oleh mantan Timbalan Perdana Menteri DS Wan Azizah Wan Ismail bahawa Pakatan Harapan sewaktu menjadi kerajaan sudah menerima derma USD 50 juta atau lebih RM200 juta dari Kerajaan Qatar untuk membantu Malaysia...
Bantuan Rohingya Wan Azizah Jawab Mana Pergi As 50 Juta

Bantuan Rohingya Wan Azizah Jawab Mana Pergi As 50 Juta

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 633 hits
KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan wang sumbangan AS 50 juta oleh Qatar bagi bantuan kepada pelarian Rohingya di Malaysia disalurkan terus kepada badan badan bukan kerajaan terlibat Me...
Terbongkar Wan Azizah Dan Ceo Ykn Ikram Salur Dana Qatar Usd50 Juta Kepada 3 Ngo Kroni

Terbongkar Wan Azizah Dan Ceo Ykn Ikram Salur Dana Qatar Usd50 Juta Kepada 3 Ngo Kroni

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 997 hits
MKN dipengerusikan Wan Azizah mengarahkan CEO YKN bawah kementeriannya menyelaras Dana Qatar USD50 juta CEO orang kuat IKRAM pula memilih 3 NGO kroni pro IKRAM terima dana itu Apa kriteria berapa dapat tidak diperjelaskan Puak PH sebelum in...
Lebih Baik Mati Di Laut Rohingya Kongsi Penderitaan Hanyut Selama 2 Bulan

Lebih Baik Mati Di Laut Rohingya Kongsi Penderitaan Hanyut Selama 2 Bulan

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 321 hits
Lebih baik mati di laut Rohingya kongsi penderitaan hanyut selama 2 bulan Ramai pelarian terjun ke dalam laut lebih rela mati di dalam air daripada mati di dalam kapal
Isu Rohingya Lebih Baik Kamu Diam Yb Ustaz Nik Abduh

Isu Rohingya Lebih Baik Kamu Diam Yb Ustaz Nik Abduh

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 517 hits
Rohingya RamadhanJika anda tidak mahu mempertahankan hak saudara semuslim anda bangsa Rohingya maka diam saja Bersuara memburukkan saudara semuslim yang tertindas oleh kezaliman musuh Islam adalah dosa besar DOSA BESAR Ia membunuh nilai Ram...
Usd50 Juta Dari Qatar Untuk Rohingya Kemana Sebenarnya Ia Pergi

Usd50 Juta Dari Qatar Untuk Rohingya Kemana Sebenarnya Ia Pergi

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 345 hits
Dana dari sebuah negara Timur Tengah yang dijanjikan untuk diberi kepada Malaysia bagi membantu pelarian etnik Rohingya tidak diterima oleh kerajaan ketika Barisan Nasional memerintah Sebaliknya dana dengan jumlah yang besar itu difahamkan ...
Azizah Jawab Zahid Derma As 50 Juta Dari Qatar Salur Terus Ke Ngo

Azizah Jawab Zahid Derma As 50 Juta Dari Qatar Salur Terus Ke Ngo

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 389 hits
Bekas timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari berkata sumbangan AS 50 juta dari Qatar kepada pelarian Rohingya di Malaysia tidak pernah disalurkan kepada Pakatan Harapan Sebaliknya dana itu disalurkan terus kepada beberapa NG...
Let Family Planning Clinics Operate During Mco To Help B40 Wan Azizah

Let Family Planning Clinics Operate During Mco To Help B40 Wan Azizah

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 253 hits
CORONAVIRUS The government needs to allow National Population and Family Development Board clinics to resume operations during the movement control order period to help the B40 group said Dr Wan Azizah Wan Ismail In a media statement today ...
Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur

Bossku S Royal Addendum Win Is The End Nigh For The Madani Gov T

Scammers May Hijack Water Supply Barcodes To Steal Your Money Claims Netizen

This Is The Easiest Way To Teach Your Kids Problem Solving Skills

Bagaimana Amalan Puasa Isnin Khamis Jadikan Hidup Anda Lebih Ringkas Mudah Dan Berjaya

Teaming Up With Pas Could See Umno Kicked Out Of Govt Dr M

Benarkah Panglima Awang Orang Pertama Mengelilingi Dunia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Pelesenan Mandatori Media Sosial Komitmen Malaysia Perangi Ancaman Dalam Talian

Melawat Dataran Lang Langkawi

Hukum Tajwid Surat Yunus Ayat 41 Dan Arti Per Kata

Govt Sets Provisional Anti Dumping Duties On Pet Imports From China Indonesia

Mandarin Korean Signage In Sabah Hotel Irks Netizens Who Want To Know What Malaysia Has Come To

Nasi Lemak Wanjo Kampung Bharu Kl