Azizah Jawab Zahid Derma As 50 Juta Dari Qatar Salur Terus Ke Ngo



Bekas timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari berkata sumbangan AS$50 juta dari Qatar kepada pelarian Rohingya di Malaysia tidak pernah disalurkan kepada Pakatan Harapan.

Sebaliknya, dana itu disalurkan terus kepada beberapa NGO berkaitan dengan Yayasan Kebajikan Negara cuma menjadi penyelaras.

Penjelasan Wan Azizah yang juga bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dibuat selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam menafikan wang itu masuk ke dalam akaun peribadinya.

Zahid juga menggesa PH untuk tampil dengan penjelasan.

"Zahid sebagai Presiden UMNO, sebuah parti yang sekarang ini bersama kerajaan Perikatan Nasional, seharusnya boleh memperolehi segala maklumat berkaitan hal ini hanya dengan berhubung dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Perkara penting ialah peruntukan ini tidak pernah disalurkan kepada kerajaan tetapi diberi terus oleh Qatar melalui Qatar Charity (QC) kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

"Yayasan Kebajikan Negara (YKN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ialah badan penyelaras bagi bantuan tersebut selaras dengan satu keputusan Kabinet pada 5 April 2019.

"Keputusan kabinet itu juga melantik Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai pengerusi jawatankuasa pemantau bagi program ini dan melapor terus kepada satu jawatankuasa tertinggi yang saya pengerusikan sehingga 23 Februari 2020," kata beliau pada suatu kenyataan hari ini.

Azizah turut menjelaskan kerajaan PH mengatur pentadbiran bantuan pelarian sebegitu rupa sebagai cara untuk memastikan ketelusan dan pengurusan yang baik.
Pada hantaran di media sosial, Zahid mendakwa AS$50 juta (kadar pertukaran semasa RM217.7 juta), yang pada awalnya dijanjikan oleh Qatar kepada pentadbiran BN terdahulu, telah diterima oleh kerajaan PH selepas PRU14.

Zahid pada hantarannya turut berkongsi pautan hantaran Dr Wan Azizah pada Nov 2018 yang mengucapkan terima kasih kepada pemerintah Qatar atas sumbangan itu.

Pada kenyataan hari ini, Wan Azizah menjelaskan bantuan kemanusian daripada Qatar Fund for Development (QFFD) kepada pelarian Rohingya diperuntukkan dalam tiga sektor - kesihatan, pendidikan dan kehidupan berdikari.

"Bagi pelaksanaan sektor kesihatan, satu perjanjian projek telah dimeterai pada 13 September 2019 di antara YKN, QC dan tiga buah NGO yang terlibat dalam sektor ini, iaitu Mercy Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysia Relief Agency (MRA), dengan agensi penyelaras (iaitu YKN) telah melalui proses ketekunan wajar (“due diligence”) yang sewajarnya.

"Perjanjian ini adalah untuk tempoh setahun sehingga 12 September 2020 dan akan disambung setiap tahun selama tiga tahun, dengan peruntukan tahunan sebanyak AS$5 juta atau AS$15 juta untuk tiga tahun.

"Pada ketika berlaku peralihan kuasa di Putrajaya, pelaksanaan sektor pendidikan berada di peringkat penilaian oleh QFFD manakala perbincangan belum bermula bagi sektor mandiri kehidupan.

Walaupun pemerintah Qatar menyatakan komitmen untuk menyalurkan bantuan selama tiga tahun, namun pihak Qatar juga menyebut kemungkinan untuk melanjutkan lagi bantuan tersebut selama tiga tahun lagi, mengikut keperluan pada waktu itu bagi memastikan kemampanan program berkenaan.

Kata Wan Azizah bantuan Qatar telah membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia untuk membantu Rohingya.

Anggota Parlimen Pandan itu, bagaimanapun, mendesak kerajaan Myanmar untuk memikul tanggung jawab terhadap pelarian besar-besaran Rohingya dan bukannya menyerahkan tanggungjawab itu kepada negara-negara jiran.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/04/azizah-jawab-zahid-derma-as50-juta-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terbongkar Wan Azizah Dan Ceo Ykn Ikram Salur Dana Qatar Usd50 Juta Kepada 3 Ngo Kroni

Terbongkar Wan Azizah Dan Ceo Ykn Ikram Salur Dana Qatar Usd50 Juta Kepada 3 Ngo Kroni

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 1011 hits
MKN dipengerusikan Wan Azizah mengarahkan CEO YKN bawah kementeriannya menyelaras Dana Qatar USD50 juta CEO orang kuat IKRAM pula memilih 3 NGO kroni pro IKRAM terima dana itu Apa kriteria berapa dapat tidak diperjelaskan Puak PH sebelum in...
Wan Azizah Kena Jawab Mana Perginya Rm200 Juta Derma Qatar Untuk Pelarian Rohingya

Wan Azizah Kena Jawab Mana Perginya Rm200 Juta Derma Qatar Untuk Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 475 hits
Terbongkar malah diakui sendiri oleh mantan Timbalan Perdana Menteri DS Wan Azizah Wan Ismail bahawa Pakatan Harapan sewaktu menjadi kerajaan sudah menerima derma USD 50 juta atau lebih RM200 juta dari Kerajaan Qatar untuk membantu Malaysia...
Sumbangan Qatar As 50j Untuk Rohingya Dr Wan Azizah Jawab Ahmad Zahid

Sumbangan Qatar As 50j Untuk Rohingya Dr Wan Azizah Jawab Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 719 hits
SUMBANGAN AS 50 juta oleh Qatar bagi bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di Malaysia tidak pernah disalurkan kepada kerajaan tetapi diberi terus oleh kerajaan Qatar melalui Qatar Charity kepada badan badan bukan kerajaan yang terli...
Bantuan Rohingya Wan Azizah Jawab Mana Pergi As 50 Juta

Bantuan Rohingya Wan Azizah Jawab Mana Pergi As 50 Juta

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 643 hits
KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan wang sumbangan AS 50 juta oleh Qatar bagi bantuan kepada pelarian Rohingya di Malaysia disalurkan terus kepada badan badan bukan kerajaan terlibat Me...
Zahid Nafi Dakwaan Dana As 50 Juta Bantu Rohingya Masuk Akaun Peribadi

Zahid Nafi Dakwaan Dana As 50 Juta Bantu Rohingya Masuk Akaun Peribadi

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 389 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan menerima dana berjumlah AS 50 juta daripada Qatar Development Fund yang bertujuan untuk membantu pelarian Rohingya di Malaysia dan dimasukkan ke akaun peribadi Ada beberapa perkongsian di F...
Usd50 Juta Dari Qatar Untuk Rohingya Kemana Sebenarnya Ia Pergi

Usd50 Juta Dari Qatar Untuk Rohingya Kemana Sebenarnya Ia Pergi

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 360 hits
Dana dari sebuah negara Timur Tengah yang dijanjikan untuk diberi kepada Malaysia bagi membantu pelarian etnik Rohingya tidak diterima oleh kerajaan ketika Barisan Nasional memerintah Sebaliknya dana dengan jumlah yang besar itu difahamkan ...
Ph Urus Dengan Baik Bantuan Qatar Kepada Rohingya Dr Wan Azizah

Ph Urus Dengan Baik Bantuan Qatar Kepada Rohingya Dr Wan Azizah

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 287 hits
ULASAN Saya terpanggil membuat kenyataan media berikutan gesaan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya Pakatan Harapan memberi penjelasan berkaitan komitmen sumbangan USD50 juta oleh Qatar bagi bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di M...
Patuh Pendakwah Ebit Lew Henti Salur Bantuan Ketika Pkp Selepas Dipanggil Polis

Patuh Pendakwah Ebit Lew Henti Salur Bantuan Ketika Pkp Selepas Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 631 hits
Ebit Lew sebelum ini giat membantu golongan memerlukan dengan wangnya sendiri sebanyak RM1 juta sejak PKP mula dilaksanakan 18 Mac lalu PETALING JAYA Pendakwah bebas Ebit Lew menghentikan bantuan secara langsung kepada golongan memerlukan k...
Uefa Salur Dana Rm1 12 Bilion Kepada 55 Negara Anggota

Uefa Salur Dana Rm1 12 Bilion Kepada 55 Negara Anggota

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 269 hits
Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah telah menyalurkan dana sebanyak 236 5 juta kepada 55 negara anggota gabungannya yang sedang bergelut dengan impak kewangan disebabkan krisis pandemik COVID 19 Sumber dari Reuters melaporkan bad
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn