Sumbangan Asas Rahmah 2026
Bantuan SARA 2026 bernilai RM100 (one-off) akan diagihkan pada pertengahan Februari 2026 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, dan disalurkan terus ke MyKad penerima (bukan ke akaun bank).
Semak kelayakan SARA 2026 sekarang melalui portal MyKasih (https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus) atau portal MySTR (https://bantuantunai.hasil.gov.my).
Pengenalan Sumbangan Asas Rahmah 2026, SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif bantuan kerajaan yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia berpendapatan rendah.
Ia merupakan bantuan tanpa tunai (cashless) yang disalurkan terus ke MyKad penerima, membolehkan mereka membeli barangan keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara tanpa perlu menerima wang tunai secara fizikal.
Bermula tahun 2025, pengagihan SARA dijalankan melalui program MyKasih, yang memudahkan penerima membeli barangan harian seperti beras, minyak masak, telur, tepung, sayur, ayam, ikan, dan pelbagai lagi.
Bantuan ini boleh digunakan di lebih 4,100 kedai rakan niaga MyKasih di seluruh Malaysia termasuk pasar raya besar seperti Giant, Mydin, dan HeroMarket, serta kedai runcit tempatan seperti kedai Pak Mat di hujung jalan.
Secara keseluruhan, penerima SARA boleh membeli daripada 90,000 jenis barangan dalam 14 kategori asas, termasuk roti, susu, lampin pakai buang, sabun mandi, ubat seperti Panadol, alat tulis, dan pelbagai lagi keperluan isi rumah.
Bantuan SARA 2026 One-Off untuk Semua
Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri telah mengumumkan satu berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia RM100 Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberikan kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira status penerima STR.
Ini bermaksud semua individu dewasa layak menerima bantuan ini, bukan hanya golongan B40 semata-mata.
Bayaran RM100 ini akan disalurkan secara one-off pada pertengahan Februari 2026 sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap rakyat yang terus menyokong usaha pemulihan ekonomi negara.
Berbeza dengan bantuan tunai biasa, SARA diberikan dalam bentuk bantuan tanpa tunai (cashless) yang dimuatkan terus ke dalam MyKad penerima.
Kredit tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai berdaftar bawah program MyKasih di seluruh negara termasuk pasar raya besar seperti Mydin, Giant, HeroMarket, serta kedai runcit tempatan.
Antara barangan yang boleh dibeli termasuk beras, minyak masak, telur, tepung, sayur, ayam, ikan, susu, lampin pakai buang, sabun mandi, roti, dan ubat-ubatan asas seperti Panadol — meliputi 90,000 jenis barangan daripada 14 kategori utama.
Untuk memudahkan rakyat, semakan status kelayakan SARA 2026 boleh dibuat menerusi laman rasmi:
https://sara.gov.my/
https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus

Kadar Bantuan SARA 2026
Bagi tahun 2026, kerajaan mengekalkan komitmen untuk membantu rakyat melalui penstrukturan semula kadar SARA dengan bayaran yang lebih tersasar dan adil mengikut kategori penerima.
1. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Semua penerima STR akan menerima RM100 sebulan dalam bentuk kredit SARA, menjadikan jumlah tahunan sebanyak RM1,200.
2. Golongan Miskin Tegar (e-Kasih)
Penerima yang tersenarai di bawah pangkalan data e-Kasih layak menerima RM200 sebulan, atau RM2,400 setahun, melalui bantuan SARA. Ini merupakan peningkatan RM1,200 setahun berbanding tahun sebelumnya.
3. Individu Bujang (tidak menerima STR)
Bagi individu bujang yang tidak lagi layak menerima STR, mereka akan menerima RM50 sebulan dalam bentuk SARA, bersamaan RM600 setahun.
4. Isi Rumah Berpendapatan Rendah (RM2,500 ke bawah)
Isi rumah dengan pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan serta mempunyai lima anak atau lebih boleh menerima jumlah bantuan keseluruhan sehingga RM4,600 setahun, hasil gabungan STR dan SARA.
5. Warga Emas Bujang (60 tahun ke atas)
Kadar STR untuk warga emas bujang berpendapatan bawah RM5,000 sebulan dikekalkan pada RM600 setahun, manakala bantuan SARA mereka dinaikkan daripada RM450 kepada RM600 setahun.
6. Bujang bawah 60 tahun
Bagi golongan ini, STR akan digantikan dengan SARA bernilai RM600 setahun (RM50 sebulan).
7. Bantuan Penghargaan SARA (One-Off)
Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, termasuk bukan penerima STR, akan menerima RM100 secara one-off sebagai penghargaan khas SARA 2026.

Kadar SARA 2026
Tarikh Bayaran SARA 2026
Tarikh bayaran SARA 2026 untuk penerima STR dan e-Kasih masih belum diumumkan, dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui portal rasmi.
Namun, bayaran khas RM100 one-off Penghargaan SARA akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas pada pertengahan Februari 2026.
Cara Semak SARA 2026
Anda boleh buat semakan kelayakan SARA 2026 melalui dua kaedah iaitu:
1. Portal Rasmi STR
Layari laman semakan rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang.
Klik “Semak Status” untuk melihat kelayakan, baki bantuan dan senarai kedai berdaftar
2. Portal Rasmi MyKasih
Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
Klik menu “Semakan Permohonan”
Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
Cara Menggunakan SARA 2026
Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 yang dikreditkan ke MyKad penerima:
1. Pilih Barangan Keperluan
Pilih barangan asas yang ingin dibeli berdasarkan 14 kategori yang diluluskan SARA, seperti beras, minyak masak, telur, tepung, roti, makanan dalam tin, minuman, produk penjagaan diri, keperluan sekolah, ubat-ubatan, bahan perasa, biskut, mi segera, dan barangan kebersihan rumah. Pastikan barangan tersebut mempunyai label SARA di rak tanda harga.
2. Tunjukkan MyKad di Kaunter
Semasa pembayaran, serahkan MyKad anda kepada juruwang untuk pengesahan status penerima SARA.
3. Imbas Kod Barangan
Juruwang akan imbas setiap item yang anda pilih untuk memastikan ia termasuk dalam kategori barangan yang dibenarkan di bawah program SARA.
4. Bayar Menggunakan MyKad
Selepas semua barangan diimbas, pembayaran dibuat menggunakan MyKad jumlah pembelian akan ditolak secara automatik daripada kredit SARA yang tersedia.
5. Simpan Resit Pembelian
Pastikan anda menyimpan resit bagi tujuan semakan atau rujukan transaksi pembelian di kemudian hari.

PANDUAN TUTORIAL VIDEO BELI BARANG SARA MENGGUNAKAN MYKAD
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkenaan SARA bagi penerima dari negeri Semenanjung Malaysia boleh didapati di:
Portal Rasmi MyKasih, www.my kasih.com; atau
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Talian Bantuan MyKasih: 03-7720 1800 (Isnin–Jumaat, 8.30 pagi–5.30 petang).
Anda boleh rujuk senarai kedai yang berdaftar di bawah Program SARA di setiap negeri melalui senarai berikut: Kedai MyKasih Setiap Negeri 2025 (Senarai Lengkap)
Soalan Lazim Sumbangan Asas Rahmah 2026
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di bawah:
1. Apa itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026? Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
2. Siapa yang layak menarima SARA 2026? Penerima STR 2026 – RM100 sebulan
Penerima e-Kasih (miskin tegar) – RM200 sebulan
Individu bujang tidak menerima STR – RM50 sebulan
Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas – RM100 one-off (penghargaan khas SARA 2026)
3. Bila tarikh bayaran SARA 2026? Tarikh rasmi bagi penerima STR dan e-Kasih belum diumumkan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui portal rasmi.
Untuk RM100 one-off Penghargaan SARA, bayaran dijangka dibuat pertengahan Februari 2026.
4. Bagaimana cara menggunakan SARA? 1. Pilih barangan asas dalam 14 kategori dibenarkan (beras, minyak masak, telur, tepung, sayur, susu, dan lain-lain).
2. Tunjukkan MyKad di kaunter pembayaran.
3. Juruwang akan imbas barangan yang dibenarkan di bawah SARA.
4. Bayaran ditolak terus daripada kredit MyKad penerima.
5. Simpan resit pembelian sebagai rujukan.
5. Di mana boleh guna kredit SARA? Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai rakan niaga MyKasih di seluruh negara seperti Mydin, Giant, HeroMarket, serta kedai runcit tempatan berdaftar.
6. Apakah barangan yang boleh dibeli? Terdapat 14 kategori barangan asas termasuk:
beras, minyak masak, tepung, gula, susu, telur, ayam, ikan, sayur, roti, lampin, ubat asas (seperti Panadol), sabun mandi, dan alat tulis.
7. Adakah baki kredit SARA akan luput setiap bulan? Tidak. Baki kredit tidak akan luput dalam bulan yang sama dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026.
8. Bagaimana nak semak status SARA 2026? Semakan boleh dibuat di laman rasmi:
🔗 https://sara.gov.my atau
🔗 https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
9. Bagaimana jika MyKad hilang atau rosak? Penerima perlu buat penggantian MyKad di JPN dan maklumkan kepada MyKasih Foundation untuk kemas kini akaun sebelum kredit diagihkan semula.
10. Adakah perlu bayar lebih jika pembelian melebihi baki SARA? Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.
Baca juga:
Semakan SARA 2026, Kadar Bantuan & Tarikh Bayaran
STR Fasa 4 – Semakan Status / Bayaran Mulai 18 Oktober 2025
Semakan STR – Status Sumbangan Tunai Rahmah 2025/2026
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/sara-2026/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sara-2026