Belanjawan 2026 Tumpu Kebajikan Perlindungan Dan Kemahiran Pekerja


Belanjawan 2026 Tumpu Kebajikan, perlindungan Dan Kemahiran Pekerja
KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2025 – Belanjawan 2026 memberi tumpuan kepada perlindungan sosial, peningkatan kemahiran dan kesejahteraan tenaga kerja negara dan sejajar dengan moto 3K KESUMA, iaitu Kebajikan, Kemahiran serta Keberhasilan. Untuk tahun 2026, Kementerian Sumber Manusia, (KESUMA) menerima peruntukan sebanyak RM1.828 bilion bagi melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasa rakyat dan pasaran kerja.
Dari segi kebajikan, kerajaan meneruskan komitmen terhadap perlindungan sosial pekerja. Antaranya, Kerajaan MADANI bersetuju menanggung 70% caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi pekerja gig di sektor yang belum dimandatorikan, memastikan pekerja tanpa majikan tetap dilindungi. Selain itu, PERKESO akan melengkepkan empat Pusat Rehabilitasi di Melaka, Perak, Terengganu dan terbaru di Pulau Pinang dengan pusat berkapasiti 250 katil. Kemudahan ini bakal membantu pekerja yang cedera untuk pulih dan kembali bekerja.
Bagi membantu pencari kerja yang kehilangan pekerjaan termasuk graduan baharu yang perlu berpindah tempat tinggal untuk menerima tawaran kerja, PERKESO akan menyediakan insentif mobiliti sehingga RM1,000 dalam membantu mereka meringankan beban. Kadar maksimum bantuan rawatan hemodialisis turut dinaikkan daripada RM150 kepada RM170, melibatkan tambahan kos RM52 juta setahun bagi memastikan pekerja yang sakit tiadk terbeban. Perlindungan kesihatan diluaskan liputan apabila Program Saringan Kesihatan PERKESO turut melibatkan pemandu pengangkutan awam dan barangan.
BACA: Inti Pati Belanjawan 2026 Melangkah ke aspek kemahiran, kerajaan memperkukuh TVET sebagai teras baharu ekonomi Malaysia dengan peuntukan RM7.9 bilion. Di samping itu, RM3 bilion dari levi HRD Corp akan menawarkan tiga juta peluang latihan dalam sektor teknologi dan tenaga baharu, manakala PTPK mendapat peruntukkan RM650 juta untuk membiayai lebih 25,000 pelatih dalam bidang strategik seperti AI, EV dan semikonduktor. Program Akademi Dalam Industri (ADI) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran 9JPK) turut diberi RM34 juta bagi melatih pekerja tempatan secara langsung dalam operasi sebenar syarikat. Langkah ADI ini dijangka dapat mebgurangkan kebergantunagn kepada pekerja asing berkemahiran rendah.
Infrastruktur latihan turut diperkasa dengan pembinaan hangar baharu di ADTEC Shah Alam bagi latihan penyelenggaraan kapal terbang serta Kompleks Teaching Shipyard TVET Marine di UMT untuk bidang maritim. RM10 juta juga disediakan bagi latihan pemandu teksi untuk membolehkan mereka meningkatkan kemahiran dan mutu perkhidmatan. Pada masa sama, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang melabur dalam latihan AI dan keselamatan siber akan menikmati potongan cukai tambahan 50% untuk mendorong lebih banyak pelaburan dalam kemahiran masa depan.
Sepanjang tahun 2025, hasil keebrhasilan dalam pasaran buruh tempatan di Malaysia semakin jelas apabila kadar pengangguran menurun kepada 3%,iaitu yang terendah dalam tempoh sedekad. Pada masa yang sama, penyertaan tenaga kerja meningkat kepada 70.8%, manakala penyertaan wanita dalam pasaran kerja terus meningkat melebihi 56%, menunjukkan semakin ramai wanita aktif menyumbang kepada ekonomi negara.
Kini, KESUMA, menumpukan usaha untuk mengecilkan jurang gaji antara gender dan wilayah, di samping memastikan produktiviti serta kemahiran pekerja terus meningkat seiring dengan gaji yang lebih bermaruah.
Belanjawan 2026 bukan sekadar angka dan peruntukan, tetapi mencerminkan falsafah KESUMA untuk membina tenaga kerja Malaysia yang sejahtera, berkemahiran tinggi dan berproduktif, seiring aspirasi Kerajaan MADANI demi kemakmuran rakyat dan negara.
The post Belanjawan 2026 Tumpu Kebajikan, Perlindungan Dan Kemahiran Pekerja appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/11/belanjawan-2026-tumpu-kebajikan-perlindungan-dan-kemahiran-pekerja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Tumpu Perancangan Belanjawan Madani 2026

Pm Anwar Tumpu Perancangan Belanjawan Madani 2026

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 200 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Kementerian Kewangan bagi menumpukan perhatian terhadap perancangan Belanjawan MADANI keempat 2026 pada 5 Oktober 2025 Foto X Anwar IbrahimPUTRAJAYA 5 Okt Biarpun hari ini merupakan cuti hu...
Pengecualian Cukai Kenderaan Di Langkawi Labuan Dihadkan Belanjawan 2026

Pengecualian Cukai Kenderaan Di Langkawi Labuan Dihadkan Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 194 hits
Kerajaan bercadang supaya pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan dihadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300 000 berkuat kuasa 1 Januari 2026 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia sebagai langkah tegas me...
Pendidikan Percuma Ptptn Mulai 2026 Belanjawan 2026

Pendidikan Percuma Ptptn Mulai 2026 Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 218 hits
TERKINI Kerajaan umum pendidikan PERCUMA melalui PTPTN Belanjawan 2026 Kerajaan mengumumkan pemberian pendidikan percuma kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional melibatkan 5 800 anak daripada keluarga miskin yang mengik...
Bantuan Penghargaan Sara Rm100 Untuk Semua Belanjawan 2026

Bantuan Penghargaan Sara Rm100 Untuk Semua Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 271 hits
Perdana Menteri mengumumkan bahawa RM100 penghargaan SARA akan diberi kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas pertengahan Februari 2026 Semakan status boleh dibuat melalui laman web rasmi atau laman web MyKasih pada tarikh yang...
Belanjawan 2026 Perkukuh Agenda Integriti Tutup Ruang Ketirisan Hasil Negara Azam

Belanjawan 2026 Perkukuh Agenda Integriti Tutup Ruang Ketirisan Hasil Negara Azam

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 257 hits
Belanjawan 2026 Perkukuh Agenda Integriti Tutup Ruang Ketirisan Hasil Negara Azam KUALA LUMPUR 10 Okt Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyifatkan Belanjawan 2026 yang diumumkan hari ini sebagai cerminan komitmen serius kerajaan dalam...
Str Sara 2026 Belanjawan 2026

Str Sara 2026 Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 264 hits
Kerajaan meningkatkan jumlah keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah kepada RM15 bilion bagi tahun 2026 sebagai langkah meringankan beban kos sara hidup rakyat Semua penerima STR akan menerima SARA bulanan RM100 manakal...
Belanjawan 2026 Malaysia Madani

Belanjawan 2026 Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 298 hits
Petang ini guys Belanjawan 2026 Malaysia Madani Kita dengar sendiri lebih baik daripada dengar dari pihak ketiga 6 Nilai Teras Malaysia MADANIKemampananMutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan...
Eu Asean Komited Perkasa Pendidikan Tinggi Tumpu Pembangunan Bakat Amp Kemahiran

Eu Asean Komited Perkasa Pendidikan Tinggi Tumpu Pembangunan Bakat Amp Kemahiran

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 191 hits
Kesatuan Eropah dan ASEAN terus memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan tinggi dengan fokus kepada pembangunan bakat dan kemahiran Dalam menterjemahkan semangat kesepakatan dan kerjasama erat ini satu program wacana iaitu Dia...
Bahaya Jering Rebus Masalah Kencing

Pengalaman Guna Medical Card

Catatan Hujung Minggu 23 November 2025

Pak Choy Goreng Telur Resipi Simple Tapi Luar Biasa Sedap

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Kempen Beli Barangan Malaysia 2025 Lokal Lagi Gempak Dorong Ekonomi Produk Tempatan

Good Morning


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dinner Dengan Nasi Lemak Atas Bukit Tg Puteri Pasir Gudang

Perbandingan Metal Detector Vlf Vs Pi Mana Lebih Sesuai Untuk Cari Emas

Solat Ketika Musafir Buku Ringkas Tapi Padat

Sakaratul Maut Dan Penyesalan Atas Kesempatan Yang Luput

Jbl Welcomes A Brand New Addition To Its Iconic Portable Speaker Lineup

Gambar Aku 6 Tahun Tadika