Sultan Selangor Mahu Pbt Jadikan Turki Model Kendali Haiwan Terbiar


BernamaSultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin melahirkan rasa dukacita dan terkilan kerana masih ada lagi individu serta pihak tertentu sengaja berlaku kejam terhadap haiwan terbiar.SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menitahkan rakyat khususnya di Selangor agar tidak mengabaikan tanggungjawab melindungi haiwan terbiar khususnya kucing dan anjing dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) ini.
Istana Alam Shah dalam satu hantaran di laman sosial Facebook Selangor Royal Office hari ini menyatakan, baginda berdua melahirkan rasa dukacita dan terkilan kerana masih ada lagi individu serta pihak tertentu sengaja berlaku kejam terhadap haiwan berkenaan dan masih tidak tahu kaedah terbaik untuk melindungi mereka.
“Adalah sangat penting untuk kita semua memiliki sifat belas kasihan terhadap haiwan sebegini dan menjadi tanggungjawab bersama memberi makan serta perlindungan, sama ada ketika dalam peliharaan ataupun apabila berada di dalam habitat sendiri,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, baginda berdua kini memelihara beberapa ekor kucing terbiar yang telah dikasi dan diberi perlindungan secukupnya.
Sultan Sharafuddin Idris Shah.“Ini termasuk ‘Snowy’, seekor kucing terbiar yang pada mulanya datang ke kediaman Sultan Sharafuddin, empat tahun lepas untuk mencari makanan, namun diambil sebagai haiwan angkat atas inisiatif baginda sendiri.
“Snowy kini adalah kucing peliharaan kesayangan Sultan Sharafuddin dan menjadi peneman setia baginda,” menurut hantaran itu.
Selain itu, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Penaung Diraja kepada program Stray Free Selangor (SFS) kendalian Society For The Prevention of Cruelty Animals (SPCA) telah menyelamatkan lebih 100 ekor kucing terbiar dengan kira-kira 30 ekor daripadanya dipelihara oleh baginda sendiri manakala selebihnya sebagai haiwan angkat.
Menurut hantaran itu, sejak Mac 2017 hingga Disember lepas, sejumlah 7,117 ekor kucing dan anjing terbiar telah dikasi bawah program SFS yang diselia oleh SPCA Selangor.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin menitahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih proaktif dan bijak menangani isu haiwan terbiar secara holistik dan bukannya memberi gambaran buruk yang akan menyebabkan haiwan itu dikurung atau dibunuh.
Menerusi hantaran itu, baginda mahu PBT menjadikan Turki sebagai model untuk mengendalikan haiwan terbiar yang tidak berdosa daripada dizalimi.
“Baginda berdua amat berharap agar rakyat dan seluruh komuniti di Selangor khususnya untuk terus menyemai sifat belas kasihan dan sayangkan haiwan-haiwan terbiar ini serta mengambil berat tentang hak serta kebajikan haiwan seumpamanya,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin turut mengingatkan rakyat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP, termasuk memakai pelitup muka dan hanya keluar rumah apabila perlu bagi membendung penularan Covid-19.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/sultan-selangor-mahu-pbt-jadikan-turki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Permaisuri Selangor Dukacita Haiwan Terbiar Diperlakukan Secara Kejam

Sultan Permaisuri Selangor Dukacita Haiwan Terbiar Diperlakukan Secara Kejam

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 270 hits
SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan perasaan dukacita apabila ada individu dan pihak tertentu sengaja berlaku kejam terhadap haiwan terbiar khususny...
Sahut Gesaan Sultan Gubal Undang Undang Kecil Tangani Haiwan Terbiar Kata Aktivis

Sahut Gesaan Sultan Gubal Undang Undang Kecil Tangani Haiwan Terbiar Kata Aktivis

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 242 hits
Aktivis haiwan memuji gesaan Sultan Selangor untuk undang undang lebih menunjukkan belas kasihan dalam menangani haiwan terbiar PETALING JAYA Aktivis hak asasi haiwan memuji pesanan Sultan Selangor untuk menunjukkan lebih belas kasihan terh...
Selangor Sultan Calls For Moderate Thaipusam Celebration

Selangor Sultan Calls For Moderate Thaipusam Celebration

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 211 hits
Sultan Sharafuddin also reminded those who were selected to participate in transporting of the chariot to Sri Subramaniar Swamy Temple in Batu Caves to adhere to the strict SOPs set by the National Security Council Picture by Mukhriz HazimS...
Selangor Sultan Maintains Congregation Limit In Mosques During Mco Urges Muslims Not To Be Shortsighted In Pandemic

Selangor Sultan Maintains Congregation Limit In Mosques During Mco Urges Muslims Not To Be Shortsighted In Pandemic

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 225 hits
Muhammad Munir said the Sultan has emphasised that the decision made to limit the number of worshipers in mosques and surau statewide is to ensure the safety of all Muslims Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR Jan 28 Sultan of Selangor Sul...
Roti Terbiar Sampai Nak Expired Gunting Kecil Jadikan Bingka Roti Simple Ni Semudah Abc

Roti Terbiar Sampai Nak Expired Gunting Kecil Jadikan Bingka Roti Simple Ni Semudah Abc

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 301 hits
Sudah menjadi kebiasaan kita di rumah roti yang hampir habis tarikh luputnya pasti terbiar kaku Apa kata usahakan sesuatu untuk juadah minum petang paling awesome daripada roti ini Hanya gunting guntingkan kecil dan satukan dengan bahan lai...
Usah Pertikai Had Jemaah Di Masjid Sultan Selangor

Usah Pertikai Had Jemaah Di Masjid Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 239 hits
Ketetapan dibuat kerana kebimbangan baginda terhadap peningkatan kes SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah keputusan mengehadkan bilangan jemaah di masjid di negeri ini adalah demi menjaga keselamatan seluru...
Jangan Jadikan Darurat Satu Isu

Jangan Jadikan Darurat Satu Isu

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 251 hits
BH ONLINE Gambar hiasan Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Proklamasi darurat yang diisytiharkan oleh Yang di Pertuan Agong bagi menangani pandemik COVID 19 tidak wajar dijadikan isu kerana Malaysia bukan satu satunya negara yang melaksanakan perint...
Fdi Jatuh Salah Kerajaan Henti Jadikan Covid 19 Alasan Kata Anwar

Fdi Jatuh Salah Kerajaan Henti Jadikan Covid 19 Alasan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 242 hits
FDI jatuh salah kerajaan henti jadikan Covid 19 alasan kata Anwar January 27 2021 Anwar Ibrahim berkata ketidakstabilan politik ialah faktor utama pelabur asing memilih negara lain berbanding Malaysia PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar I...
Jangan Jadikan Darurat Satu Isu Bebaskan Malaysia Daripada Covid 19 Dahulu Pakar Undang Undang

Jangan Jadikan Darurat Satu Isu Bebaskan Malaysia Daripada Covid 19 Dahulu Pakar Undang Undang

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 267 hits
Proklamasi darurat yang diisytiharkan oleh Yang di Pertuan Agong untuk menangani pandemik COVID 19 di negara ini tidak seharusnya dijadikan isu kerana Malaysia bukan satu satunya negara yang melaksanakan perintah itu kata pakar undang undan...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran