Sultan Pahang Titah Undang Undang Syariah Negeri Disemak Dan Ditambah Baik Secara Berkala




KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah undang-undang syariah di negeri ini perlu disemak dan ditambah baik secara berkala serta dilaksanakan dengan konsisten.
Baginda bertitah setiap pembaharuan perlu selari dengan perkembangan semasa serta berdaya menangani isu-isu terkini yang timbul dalam masyarakat, ini termasuk usaha memperkasakan Mahkamah Syariah di negeri ini sebagai langkah penting untuk keadilan dan kesejahteraan penduduk Islam di Pahang.
“Pada hemat saya, sudah tiba masanya Mahkamah Syariah di negeri ini diperluaskan kepada empat peringkat. Selepas Mahkamah Rayuan Syariah, perlu diwujudkan satu peringkat tambahan yang dinamakan Mahkamah Utama Syariah.
“Mahkamah ini akan berfungsi mendengar rayuan dan semakan kes dari Mahkamah Rayuan Syariah. Langkah ini adalah seperti ‘menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak’ bagi memastikan keadilan ditegakkan dengan teliti dan berhemah,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat mencemar duli Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Ke-193 di Hotel Grand Darul Makmur di Kuantan hari ini. Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah berharap Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri dan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dapat bekerjasama erat ke arah usaha berkenaan.
“Persiapan dari sudut penggubalan dan pindaan undang-undang amat penting agar cadangan ini dapat dibentangkan di Dewan Undangan Negeri pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.
”(Selain itu) Saya ingin memberikan peringatan tegas kepada semua pemegang tauliah mengajar di negeri ini agar tidak menjadikan masjid sebagai pentas politik. Masjid seharusnya menjadi tempat penyatuan dan perpaduan umat Islam, bukan ruang menyebarkan kebencian atau fitnah,” titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah para alim ulama dan penceramah harus menjadi contoh yang baik dan menunjukkan teladan dalam memelihara keharmonian dan ketenteraman masyarakat serta mengingatkan golongan yang telah diberikan tauliah untuk menggunakan peluang itu menyampaikan ilmu bermanfaat dengan penuh kejujuran dan amanah.
Baginda bertitah semua umat Islam bertanggungjawab memastikan masjid kekal sebagai tempat yang aman dan selamat bagi semua tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik dan menegaskan untuk tidak sama sekali menjadikan agama sebagai alat tunggangan dalam menghalalkan niat dan matlamat.
“Ingatlah, penyalahgunaan tauliah akan membawa kesan serius bukan sahaja kepada individu, tetapi juga kepada masyarakat keseluruhannya.
"Tauliah juga boleh ditarik sekiranya disalahgunakan bagi menjaga kesucian tujuan asal pentauliahan ini,” titah baginda.
Berkenaan ajaran sesat di negeri ini, baginda bertitah Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Mufti serta pihak berkuasa yang berkaitan perlu mengambil langkah proaktif, selain pencegahan dan penguatkuasaan perlu diperkasakan untuk melindungi masyarakat daripada fahaman yang menyesatkan.
“Kita perlu memperbanyakkan lagi program kesedaran secara menyeluruh melibatkan semua lapisan masyarakat agar setiap individu dari kanak-kanak sehingga golongan profesional untuk lebih peka terhadap bahana pegangan agama yang menyimpang ini,” titah baginda. #Malaysiakini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/11/sultan-pahang-titah-undang-undang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Al Sultan Abdullah Titah Kajian Terperinci Dapat Dilakukan Untuk Mengatasi Banjir Di Negeri Pahang

Al Sultan Abdullah Titah Kajian Terperinci Dapat Dilakukan Untuk Mengatasi Banjir Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 121 hits
RAUB Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah supaya kajian terperinci dapat dilakukan oleh pihak berkaitan untuk mengatasi masalah banjir di negeri itu Titahnya antara usaha yang boleh dilakukan ialah m...
Sultan Pahang Titah Semua Pemegang Tauliah Mengajar Di Negeri Ini Tak Jadikan Masjid Pentas Politik

Sultan Pahang Titah Semua Pemegang Tauliah Mengajar Di Negeri Ini Tak Jadikan Masjid Pentas Politik

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 155 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengingatkan semua pemegang tauliah mengajar di negeri ini agar tidak menjadikan masjid sebagai pentas politik Titah baginda masjid seharusnya menjadi tempat penya...
Bimbang Terhadap Penyalahgunaan Dadah Sultan Pahang Titah Vape Perlu Diharamkan Secara Total

Bimbang Terhadap Penyalahgunaan Dadah Sultan Pahang Titah Vape Perlu Diharamkan Secara Total

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 132 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka Baginda bertitah men...
Nasihat Baik Negeri Miskin Gaji Mb Kena Kecil

Nasihat Baik Negeri Miskin Gaji Mb Kena Kecil

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 79 hits
10 7 Itu nasihat dari Tunku Mahkota Johor yang juga kini Pemangku Sultan Johor kepada kelab bolasepak di Malaysia Cuma pesan tu sesuai digunakan untuk sesiapa saja walaupun tiada kena mengena dengan sukan tersebut Contohnya macam Kalau dah ...
Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Mencatatkan Pungutan Hasil Lebih Rm1 Bilion Pada Tahun Ini

Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Mencatatkan Pungutan Hasil Lebih Rm1 Bilion Pada Tahun Ini

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 102 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang mencatatkan pungutan hasil lebih RM1 bilion pada tahun ini melepasi sasaran untuk tiga tahun berturut turut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata lebihan kos perbelanjaan negeri akan dimanfaati...
Sultan Pahang Seru Kerajaan Haram Vape Sepenuhnya

Sultan Pahang Seru Kerajaan Haram Vape Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 106 hits
FMT ReportersAl Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah titah kerajaan tidak perlu menimbang bagi haramkan penggunaan vape yang menyumbang ketagihan dadah Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah zahir kebimbangan salah guna dadah makin meningkat did...
Pilihan Raya Umum Ke 16 Perikatan Nasional Pahang Sasar Sg5 Untuk Terajui Negeri Ini

Pilihan Raya Umum Ke 16 Perikatan Nasional Pahang Sasar Sg5 Untuk Terajui Negeri Ini

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 121 hits
TEMERLOH Perikatan Nasional Pahang yakin rakyat negeri ini akan memberi kemenangan kepada parti tersebut menerajui negeri pada Pilihan Raya Umum ke 16 Ini sekali gus akan menjadikan negeri Pahang sebagai negeri kelima menjadi state govermen...
Siap Tadbir Pahang Negeri Ke 5 Pn Ok Nyonya Jom Sama

Siap Tadbir Pahang Negeri Ke 5 Pn Ok Nyonya Jom Sama

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 145 hits
1 PAS siap sedia tadbir Pahang PRU16 Tuan IbrahimJERANTUT PAS menyatakan bahawa parti itu telah bersiap sedia untuk menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang pada PRU16 nanti demikian menurut Timbalan Presiden PAS Dato Sri Ustaz Tuan Ibr...
Isu Jual Tanah Di Gebeng Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang Undang Terhadap Andansura

Isu Jual Tanah Di Gebeng Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang Undang Terhadap Andansura

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 115 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang meneliti untuk mengambil tindakan undang undang terhadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Andansura Rabu yang didakwa cuba menimbulkan persepsi mengenai perjanjian jual beli tanah yang dimeterai antara Pa...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik