Al Sultan Abdullah Titah Kajian Terperinci Dapat Dilakukan Untuk Mengatasi Banjir Di Negeri Pahang




RAUB: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya kajian terperinci dapat dilakukan oleh pihak berkaitan untuk mengatasi masalah banjir di negeri itu.
Titahnya, antara usaha yang boleh dilakukan ialah mendalamkan sungai-sungai di perkampungan yang terlibat dengan banjir.
"Usaha ini diharap dapat mengurangkan kesan daripada banjir khususnya kawasan di tepi sungai.
"Kita perlu usahakan dengan cara kita untuk terus kaji dan kalau tidak kita akan berada dalam keadaan ini buat selama-lamanya," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berangkat bercemar duli melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Machang di sini pada Isnin.
Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Titahnya lagi, pihak yang berkaitan juga diharap dapat membina rumah lebih tinggi untuk mereka yang tinggal di tepi sungai dan berisiko banjir.
"Ini fenomena yang biasa di Pahang iaitu mereka yang tinggal di tepi sungai berdepan risiko sebegini.
"Namun saya berharap kalau ada kesampaian, rezeki, bantuan daripada pihak kerajaan dan swasta kalau bina rumah biarla ditinggikan sikit," titahnya.
Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah juga meminta petugas terlibat dapat menjalankan tugas membantu mangsa sebaik mungkin.
"Nasihat saya supaya petugas bertugas dengan amanah, ikhlas membantus ketika menyediakan tempat, makanan keselesaan yang baik untuk mangsa.
"Saya juga harap mangsa pun tidak minta berlebihan..terima yang disediakan dan tidak cepat melenting," titah baginda yang juga berharap tiada banjir besar berlaku di Pahang.
Mengulas keadaan banjir di Lipis, baginda akan melihat keadaan terkini di daerah itu.
"Saya tidak tahu lumpur atau air sebab saya tidak tengok sendiri, tengok esok macam mana kalau keadaan bertambah teruk saya akan ke sana," titahnya.


Sementara itu, bagi Saweah@Noraziah Musnih,56 dari Kampung Tok Machang memberitahu, rumahnya dinaiki air kira-kira jam 4.30 pagi selepas hujan beberapa jam sebelum itu.
"Kami segera selamatkan dokumen penting dan segera berpindah ke PPS demi keselamatan keluarga.
"Keadaan air sudah surut tapi risau jika keadaan hujan lebat berlaku lagi," katanya banjir itu merupakan kejadian kali pertama pada tahun ini.
Berdasarkan portal Info Bencana sehingga jam 4.53 petang, seramai 223 mangsa membabitkan 65 keluarga ditempatkan di enam PPS di daerah Raub yang dilanda banjir pada Ahad.
Di Lipis pula, seramai 230 mangsa melibatkan 64 keluarga berpindah ke dua PPS yang dibuka pada Isnin. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/11/al-sultan-abdullah-titah-kajian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Pahang Titah Undang Undang Syariah Negeri Disemak Dan Ditambah Baik Secara Berkala

Sultan Pahang Titah Undang Undang Syariah Negeri Disemak Dan Ditambah Baik Secara Berkala

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 269 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah undang undang syariah di negeri ini perlu disemak dan ditambah baik secara berkala serta dilaksanakan dengan konsisten Baginda bertitah setiap pembaharuan...
Sultan Pahang Titah Semua Pemegang Tauliah Mengajar Di Negeri Ini Tak Jadikan Masjid Pentas Politik

Sultan Pahang Titah Semua Pemegang Tauliah Mengajar Di Negeri Ini Tak Jadikan Masjid Pentas Politik

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 258 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengingatkan semua pemegang tauliah mengajar di negeri ini agar tidak menjadikan masjid sebagai pentas politik Titah baginda masjid seharusnya menjadi tempat penya...
Bimbang Terhadap Penyalahgunaan Dadah Sultan Pahang Titah Vape Perlu Diharamkan Secara Total

Bimbang Terhadap Penyalahgunaan Dadah Sultan Pahang Titah Vape Perlu Diharamkan Secara Total

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 246 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka Baginda bertitah men...
Pas Pahang Terus Tunjuk Komitmen Tinggi Membantu Rakyat Tanpa Peruntukan Kerajaan Negeri

Pas Pahang Terus Tunjuk Komitmen Tinggi Membantu Rakyat Tanpa Peruntukan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 192 hits
ROMPIN PAS Pahang menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu rakyat menerusi pembinaan Rumah Budi 3 0 walaupun tanpa sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS negeri Rohaya Razali ke...
Sultan Pahang Seru Kerajaan Haram Vape Sepenuhnya

Sultan Pahang Seru Kerajaan Haram Vape Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 180 hits
FMT ReportersAl Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah titah kerajaan tidak perlu menimbang bagi haramkan penggunaan vape yang menyumbang ketagihan dadah Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah zahir kebimbangan salah guna dadah makin meningkat did...
Seramai 460 Penduduk Dari 132 Kampung Terjejas Banjir Di Pahang Setakat Jam 11 00 Pagi Tadi

Seramai 460 Penduduk Dari 132 Kampung Terjejas Banjir Di Pahang Setakat Jam 11 00 Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 198 hits
LIPIS Seramai 460 penduduk dari 132 keluarga di Pahang terjejas akibat banjir menurut laporan terkini Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat pada pukul 11 00 pagi tadi Dua Pusat Pemindahan Sementara dibuka di daerah Lipis hari ini menemp...
Banjir Lipis Lapan Pps Dibuka Di Pahang

Banjir Lipis Lapan Pps Dibuka Di Pahang

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 170 hits
KUANTAN Bilangan mangsa banjir di Pahang semakin meningkat dengan Lipis baru baru ini menjadi daerah yang terjejas Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat 9 pagi ini situasinya semakin membimbangkan Di Lipis dua pu...
Jumlah Mangsa Meningakat Daerah Lipis Pula Dilanda Banjir Lapan Pps Telah Dibuka Di Pahang

Jumlah Mangsa Meningakat Daerah Lipis Pula Dilanda Banjir Lapan Pps Telah Dibuka Di Pahang

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 209 hits
KUANTAN Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat susulan Lipis menjadi daerah terbaharu dilanda bencana itu menurut Laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat jam 9 pagi ini Laporan itu memaklumkan sebanyak dua pusat pe...
Program Alam Ria Pasti Negeri Pahang 2024 Pasti Bentong Juara Pertandingan Pidato Dan Azan

Program Alam Ria Pasti Negeri Pahang 2024 Pasti Bentong Juara Pertandingan Pidato Dan Azan

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 232 hits
BENTONG Pusat Asuhan Tunas Islam Kawasan Bentong menggondol gelaran juara pidato dan azan dalam program Alam Ria PASTI Negeri Pahang berlangsung di Kompleks Al Makmur Kerdau pada Sabtu Kedua dua pemenang adalah pelajar PASTI A l Ikhwan Memp...
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Kitaran Batuan Nadi Dinamik Bumi

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela

Curi Masa Keluar Lunch Sama