Siap Tadbir Pahang Negeri Ke 5 Pn Ok Nyonya Jom Sama


 


1(a). PAS siap sedia tadbir Pahang PRU16 – Tuan Ibrahim
JERANTUT: PAS menyatakan bahawa parti itu telah bersiap sedia untuk menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang pada PRU16 nanti, demikian menurut Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.
ADUN Cheka tersebut memberitahu, kerana itulah PAS Pusat membuat keputusan untuk mengadakan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 di negeri ini […] (Sila rujuk Harakah Daily)
(b). PRU16: PN Pahang sasar SG5, terajui negeri.

TEMERLOH: Perikatan Nasional (PN) Pahang yakin rakyat negeri ini akan memberi kemenangan kepada parti tersebut menerajui negeri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Ini sekali gus akan menjadikan negeri Pahang sebagai negeri kelima menjadi ‘state goverment 5’ (SG5) bersama negeri-negeri di bawah kepimpinan PN selepas Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Keyakinan […] (Sila rujuk HarakahDaily)
(c) Kerana ini kena tolak PH.. 
Apa di sebalik 30% saham MAHB kepada BlackRock? 
Wan Ahmad Fayhsal berucap ketika Ceramah Perdana 1 Tahun Taufan Al-Aqsa di KUIZM malam tadi (Foto: HARAKAHDAILY/ZHARIF ZULKIFLEE)

KUALA LUMPUR: Penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bukan semata-mata isu ekonomi, tetapi juga isu strategik jangka panjang melibatkan percaturan geopolitik termasuk peperangan yang boleh meletus di rantau ini.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengingatkan bahawa kedudukan Malaysia menyebabkan kuasa-kuasa besar yang bertembung memerlukan kawalan […]  (Sila rujuk HarakahDaily)


2. PAS Pahang bermula di sini! Muktamar PAS di Kerdau yang bersejarah


PAS Pahang bermula di Kerdau pada tahun 1954 di mana ranting pertama PAS Pahang ditubuhkan ialah di Kuala Kerdau. Aroma perjuangan Islam seperti angin semilir Sungai Pahang yang menyimpan sejuta rasa duka dan luka bumi pahlawan Melayu ini.
Minggu ini berdesakan amilin dan penyokong PAS memadati Kompleks Al Makmur Kerdau dalam euforia ceria dengan membuncah semangat untuk menggerakkan gelombang kemenangan PRU16.
Pahang bumi nan indah nian, lahan tanahnya subur sehingga didatangi rakyat luar Pahang untuk membuka tanah mencurah keringat. Mercu tandanya, sungai terpanjang dan banjaran terbesar ada di negara ini. Penjajah Barat mengintai jelira bumi Pahang yang berdaulat kerana kekayaan hasil buminya, terutama emas dan besi. 
Negeri pahlawan terbilang tanah leluhur menentang penjajah Pax Britannica, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Imam Peramu dan ramai lagi anak Melayu pemberani. Negeri yang paling luas di Semenanjung emas ini juga sarat dengan rangkaian FELDA serta tempat buangan penjawat awam dalam dekad 80-an dan 90-an.
Jarang-jarang Pahang berpeluang menjadi tuan rumah Muktamar PAS Pusat kecuali pada tahun 2019 kerana negeri ini bukanlah lubuk PAS, juga faktor kemudahan pengangkutan, akses dan pelbagai pertimbangan yang lain. Negeri Pahang juga merupakan kubu UMNO BN yang berpengkalan di FELDA sebelum 2022, juga sering menjadi tempat buangan aktivis PAS dalam dekad 80-an. 
Di antara sesepuh perjuangan PAS yang pernah dibuang ke sini ialah Cikgu Abdul Wahab Abdul Rahman, Almarhum Ustaz Ismail Dagang dan beberapa orang yang lain. Lipis, Jerantut, Rompin dan Raub merupakan di antara daerah buangan popular bagi penjawat awam yang menentang kerajaan, terutamanya kaum pendidik.
Kawasan pedalaman ini akhirnya mula subur meranum dengan pengaruh PAS, terutama dengan bercambahnya pusat pendidikan Islam yang digerakkan oleh tokoh-tokoh PAS. PAS tidak mampu dipisahkan dengan agamawan dan pusat pengajian Islam sama ada yang formal atau pun yang tidak formal.
(Ikutilah selanjutnya 'PAS Pahang bermula di sini! Muktamar PAS di Kerdau yang bersejarah'  DR RIDUAN MOHAMAD NOR Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Pengerusi LESTARI – HARAKAHDAILY 14/9/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sesama Kerajaan Perpaduan itu sendiri pun tidak ada perpaduan. Apa cerita ni?  
Afnan Hamimi dalam sidang media sidang media Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Kali Ke-65 di Kompleks Al-Makmur,Temerloh, Pahang pada malam ini, 11 September 2024.
Di Temerloh, “Pemimpin kerajaan pada hari ini tidak mempedulikan soal perpaduan, sebab itu mereka menganggap kenyataan Teresa Kok itu kenyataan peribadi.”

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, kenyataan tersebut sebaliknya adalah kenyataan yang amat menyinggung hal orang Islam.  
“Jadi, apabila mereka tidak mempedulikan perpaduan, macam mana mereka nak membentuk dan menyemai budaya ataupun perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Sesama kerajaan perpaduan itu sendiri pun tidak ada perpaduan. Hari ini (11 September) Teresa Kok mengemukakan surat menyaman Ketua Pemuda Umno (Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh).
“Sedangkan mereka dalam satu kerajaan yang sama. Sepatutnya tidak dibuat begitu,” katanya dalam sidang media Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Kali Ke-65, di sini, malam ini.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Ketua DPPM, Ustaz Mohd Hafez Sabri; dan Naib Ketua DPPM, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin.
Menurut Afnan yang juga merupakan Ahli Parlimen Alor Setar, perkara berkenaan menunjukkan sikap ‘abang besar’ DAP dalam kerajaan, di mana mereka lah sebenarnya yang mengatur di sebalik semua masalah yang berlaku.
“Jadi sebab itu, Pemuda PAS meletakkan tema kita memimpin. 
“Kita kena terus memimpin kebangkitan rakyat, kebangkitan anak muda untuk menyelamatkan Malaysia daripada orang-orang yang tidak tahu mentadbir, yang hanya menggunakan kuasa untuk membalas dendam untuk kepentingan politik peribadi mereka,” katanya
Terdahulu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dilaporkan pada hari ini telah mengeluarkan surat tuntutan (LOD) ganti rugi RM25 juta kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu pensijilan halal.
Dalam notis yang dihantar oleh peguamnya, Sankara Nair and Partners, Naib Pengerusi DAP itu juga menuntut Muhamad Akmal agar membayar semua kos guaman dan perbelanjaan berkaitan saman tersebut
Dalam dakwaannya, Teresa menyatakan bahawa Muhamad Akmal telah memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.
Kandungan notis berkenaan antaranya berbunyi, “Kami menunggu jawapan anda tanpa berlengah-lengah. Jika pelanggan kami tidak menerima sebarang maklum balas yang memuaskan daripada anda dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh penerimaan notis ini, arahan kami adalah untuk memulakan tindakan undang-undang tanpa merujuk kepada anda lagi.”
Bertindak balas segera terhadap notis yang dikemukakan Teresa itu, Muhamad Akmal melalui media sosialnya berkata, “Ok nyonya. Kita jumpa di mahkamah. No fear no surrender.” HARAKAHDAILY 11/9/2024
Jom sama-sama..

PERPADUAN umat Islam adalah satu perkara yang diimpikan oleh setiap Muslim, namun tidak pernah berjaya dilakukan. 
Perbezaan aliran pemikiran, firqah, mazhab, strategi dakwah serta siyasah telah menjadi asbab kepada perpecahan demi perpecahan umat Islam.Ingatan oleh Shaykh Dr Taha Jabir al-‘Alwani dalam kitabnya, Adabul Ikhtilaf tentang pentingnya perbezaan dan dialog […] (Sila rujuk HarakahDialy)
Demi perpaduan, jom sama-sama. Sekian untuk kali ini.. Salam sejahtera & as-salamu 'alaikum.
....


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/11/siap-tadbir-pahang-negeri-ke-5-pn-ok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Pahang Titah Semua Pemegang Tauliah Mengajar Di Negeri Ini Tak Jadikan Masjid Pentas Politik

Sultan Pahang Titah Semua Pemegang Tauliah Mengajar Di Negeri Ini Tak Jadikan Masjid Pentas Politik

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 155 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengingatkan semua pemegang tauliah mengajar di negeri ini agar tidak menjadikan masjid sebagai pentas politik Titah baginda masjid seharusnya menjadi tempat penya...
Genting Malaysia Berhad Terima Anugerah Halal Champion Negeri Pahang Bagi Tahun 2024

Genting Malaysia Berhad Terima Anugerah Halal Champion Negeri Pahang Bagi Tahun 2024

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 227 hits
SHAH ALAM Syarikat terkemuka dalam bidang rekreasi dan hospitaliti Genting Malaysia Berhad mendapat pengiktirafan sebagai Halal Champion Negeri Pahang di majlis pelancaran Halal on Track Pahang 2024 Penyerahan anugerah yang berlangsung di D...
Al Sultan Abdullah Terima Menghadap Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional Pahang

Al Sultan Abdullah Terima Menghadap Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional Pahang

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 98 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional Pahang di Istana Abdulaziz di sini Delegasi diketuai Ketua Pembangkang Dewan Negeri Pahang Dato Sr...
Pilihan Raya Umum Ke 16 Perikatan Nasional Pahang Sasar Sg5 Untuk Terajui Negeri Ini

Pilihan Raya Umum Ke 16 Perikatan Nasional Pahang Sasar Sg5 Untuk Terajui Negeri Ini

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 120 hits
TEMERLOH Perikatan Nasional Pahang yakin rakyat negeri ini akan memberi kemenangan kepada parti tersebut menerajui negeri pada Pilihan Raya Umum ke 16 Ini sekali gus akan menjadikan negeri Pahang sebagai negeri kelima menjadi state govermen...
Sultan Pahang Titah Undang Undang Syariah Negeri Disemak Dan Ditambah Baik Secara Berkala

Sultan Pahang Titah Undang Undang Syariah Negeri Disemak Dan Ditambah Baik Secara Berkala

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 147 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah undang undang syariah di negeri ini perlu disemak dan ditambah baik secara berkala serta dilaksanakan dengan konsisten Baginda bertitah setiap pembaharuan...
Pas Pahang Terus Tunjuk Komitmen Tinggi Membantu Rakyat Tanpa Peruntukan Kerajaan Negeri

Pas Pahang Terus Tunjuk Komitmen Tinggi Membantu Rakyat Tanpa Peruntukan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 117 hits
ROMPIN PAS Pahang menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu rakyat menerusi pembinaan Rumah Budi 3 0 walaupun tanpa sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS negeri Rohaya Razali ke...
Program Alam Ria Pasti Negeri Pahang 2024 Pasti Bentong Juara Pertandingan Pidato Dan Azan

Program Alam Ria Pasti Negeri Pahang 2024 Pasti Bentong Juara Pertandingan Pidato Dan Azan

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 128 hits
BENTONG Pusat Asuhan Tunas Islam Kawasan Bentong menggondol gelaran juara pidato dan azan dalam program Alam Ria PASTI Negeri Pahang berlangsung di Kompleks Al Makmur Kerdau pada Sabtu Kedua dua pemenang adalah pelajar PASTI A l Ikhwan Memp...
Al Sultan Abdullah Titah Kajian Terperinci Dapat Dilakukan Untuk Mengatasi Banjir Di Negeri Pahang

Al Sultan Abdullah Titah Kajian Terperinci Dapat Dilakukan Untuk Mengatasi Banjir Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 120 hits
RAUB Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah supaya kajian terperinci dapat dilakukan oleh pihak berkaitan untuk mengatasi masalah banjir di negeri itu Titahnya antara usaha yang boleh dilakukan ialah m...
Patut Tak Ketahuan 30 Tahun Kita Tadbir Negeri Kelantan 1tan Pil Kuda Dirampas Di Kelantan Kementerian Dalam Negeri

Patut Tak Ketahuan 30 Tahun Kita Tadbir Negeri Kelantan 1tan Pil Kuda Dirampas Di Kelantan Kementerian Dalam Negeri

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 98 hits
1Tan Pil Kuda Dirampas di Kelantan Kementerian Dalam NegeriKDN akan mengerahkan seluruh jentera dan agensi untuk basmi najis dadah dengan mengenepikan semua sentimen politik agama dan kaum demi kesalamatan rakyat Kelantan dan Malaysia Tonto...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat