Sultan Pahang Sedih Istana Nenda Di Batu 16 Jalan Pekan Nenasi Hilang Akibat Hakisan Ditelan Laut




KUALA LUMPUR: "Setiap kali melalui Jalan Pekan-Nenasi, di Pekan, perasaan saya jadi sedih apabila teringat kenangan lama kerana di sini ada Istana Batu 16 milik Almarhum nenda saya, tetapi kini sudah 'hilang' akibat terhakis dan tenggelam dalam laut," titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Titah baginda, pada 1970-an, baginda sering mengunjungi istana itu bagi menunggang kuda, tetapi malangnya 10 tahun kemudian, tanah dan istana yang menjadi tempatnya beriadah itu hilang begitu sahaja akibat hakisan serius yang berlaku di kawasan berkenaan.
"Tanah dan istana Almarhum nenda saya di Batu 16 Jalan Pekan-Nenasi 'hilang' pada tahun 1980-an.
"Memang sedih kerana saya biasa ke sana menunggang kuda. Kini yang tinggal hanya kenangan dan hakisan yang berlaku dulu terus berlaku hingga kini yang menyebabkan jalan utama di situ semakin hampir dengan kawasan laut, malah mungkin akan hilang juga selepas ini," titah baginda kepada BH, semalam.
Media kelmarin melaporkan, Al-Sultan Abdullah bimbang dengan isu hakisan pantai yang semakin kritikal di Pahang khususnya di kawasan Padang Api-Api, di sepanjang jajaran Jalan Pekan-Nenasi, di Pekan.
Baginda bertitah, berdasarkan maklumat dan pemerhatian dilakukannya ketika menaiki helikopter dalam perjalanan ke Rompin, dianggarkan 120 hektar tanah sudah terhakis akibat hakisan laut.
Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menggesa kerajaan memberi perhatian serius dan bertindak segera mengatasi masalah hakisan itu demi keselamatan dan kepentingan rakyat.
Tangani isu hakisan
Mengulas saranan baginda itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Razali Kassim, berkata Kerajaan Pahang melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah memohon peruntukan bagi menangani isu hakisan pantai di Sungai Api-Api itu.
Beliau berkata, permohonan itu diserahkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada Januari lalu dan kini hanya menunggu maklum balas daripada Kementerian Ekonomi berhubung status peruntukan kira-kira RM4 juta dikemukakan bagi kerja membina benteng hakisan pantai di kawasan terbabit.
Katanya, peruntukan itu amat diperlukan memandangkan hakisan yang berlaku di kawasan itu menyebabkan jarak antara kawasan pantai yang terhakis dengan jalan utama hanya kira-kira lima meter.
Sementara itu, mengulas tinjauan udara yang dilakukan, Al-Sultan Abdullah bertitah, usaha Kerajaan Pahang mahu membina benteng hakisan pantai di kawasan terbabit disifatkan hanya penyelesaian sementara dan bukannya mengatasi masalah isu kehilangan tanah ditenggelami laut itu sepenuhnya.
Sebaliknya, baginda bertitah, kerja menambak tanah di lokasi berlaku hakisan teruk itu perlu dilakukan semula kerana kehilangan tanah itu ada kaitan dengan sempadan perairan asal negara.
Susulan itu, titah baginda, kajian perlu dilakukan bagi mengenal pasti jumlah sebenar tanah yang hilang ditenggelami laut itu bagi membolehkan usaha menambun tanah dilakukan dengan lebih tepat.
"Tanah yang terhakis itu perlu ditambun semula kerana ini ada kaitan dengan kawasan sempadan perairan asal negara.
"Ini kerana sempadan asal tanah itu sebenarnya lebih jauh lagi jika dibandingkan sekarang selepas kawasan itu terhakis.
"Bagaimanapun, jika tambakan tanah mahu dibuat, kita kena bina pemecah ombak terlebih dulu bagi memastikan hakisan tidak berulang lagi di kawasan berkenaan yang akhirnya terus merugikan negara," katanya. #BHARIAN
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/03/sultan-pahang-sedih-istana-nenda-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Al Sultan Abdullah Zahir Kebimbangan Isu Hakisan Pantai Di Sepanjang Jajaran Jalan Pekan Nenasi Pekan

Al Sultan Abdullah Zahir Kebimbangan Isu Hakisan Pantai Di Sepanjang Jajaran Jalan Pekan Nenasi Pekan

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 148 hits
PEKAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan berhubung isu hakisan pantai yang semakin kritikal di Pahang Baginda bertitah keadaan itu dikesan khususnya di kawasan padang api api di sepa...
Sultan Pahang Zahir Rasa Bangga Empat Daerah Di Negeri Ini Tersenarai Dalam 20 Bandar Paling Bahagia

Sultan Pahang Zahir Rasa Bangga Empat Daerah Di Negeri Ini Tersenarai Dalam 20 Bandar Paling Bahagia

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 868 hits
LIPIS Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa bangga apabila empat daerah di negeri ini tersenarai dalam 20 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2025 Baginda bertitah pengiktirafan itu a...
Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

papar berkaitan - pada 31/3/2025 - jumlah : 314 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyeru peniaga dan pihak berkuasa tempatan di negeri ini bertanggungjawab dalam menjalankan peranan masing masing Al Sultan Abdullah bertitah peniaga di Pahang pe...
Sultan Pahang Seru Umat Islam Kembali Kepada Al Quran Fahami Makna Dan Amalkan Dalam Kehidupan Seharian

Sultan Pahang Seru Umat Islam Kembali Kepada Al Quran Fahami Makna Dan Amalkan Dalam Kehidupan Seharian

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 209 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyeru umat Islam kembali kepada al Quran dengan memahami makna dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian Baginda tidak mahu melihat umat Islam semakin menjauh ...
Kematian Pramatang Dan Penyakit Berjangkit Al Sultan Abdullah Bimbang Tahap Kesihatan Rakyat Pahang

Kematian Pramatang Dan Penyakit Berjangkit Al Sultan Abdullah Bimbang Tahap Kesihatan Rakyat Pahang

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 182 hits
CAMERON HIGHLANDS Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap tahap kesihatan rakyat di negeri ini khususnya kematian pramatang dan penyakit tidak berjangkit Baginda bertitah berdasa...
Sultan Pahang Titah Seluruh Umat Islam Di Negeri Ini Ambil Berat Tunaikan Kewajipan Bayar Zakat Fitrah

Sultan Pahang Titah Seluruh Umat Islam Di Negeri Ini Ambil Berat Tunaikan Kewajipan Bayar Zakat Fitrah

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 168 hits
PEKAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah kepada seluruh umat Islam di negeri ini agar menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah sebagai satu ibadah yang menyucikan jiwa dan melengkapi amalan Ramad...
Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

papar berkaitan - pada 2/4/2025 - jumlah : 310 hits
Disclaimer Artikel ini mengandungi sebutan tentang bunuh diri yang mungkin mengganggu sesetengah pembaca Pada tengah malam Ahad seorang wanita berusia 29 tahun berjaya diselamatkan oleh orang awam selepas dia dilaporkan terjun ke laut di Sa...
Sultan Pahang Ingatkan Rakyat Agar Sentiasa Berhati Hati Memandu Ketika Pulang Ke Kampung Halaman

Sultan Pahang Ingatkan Rakyat Agar Sentiasa Berhati Hati Memandu Ketika Pulang Ke Kampung Halaman

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 164 hits
KUANTAN nbsp Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengingatkan nbsp rakyat agar nbsp sentiasa mengutamakan keselamatan dan berhati hati ketika memandu pulang ke kampung halaman masing masing sempe
Waspada Akaun Facebook Palsu Yang Menggunakan Identiti Kdpb Sultan Pahang

Waspada Akaun Facebook Palsu Yang Menggunakan Identiti Kdpb Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 153 hits
Menurut Halaman Facebook Rasmi Istana Pahang Istana Pahang mengesan wujudnya akaun Facebook yang menggunakan nama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Template Blogger Responsive Seo Friendly

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Rain Lily Scarlet O Hara

Maszlee Malik Dan Noor Amin Ahmad Dakwa Rafizi Menipu

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them

Msn Sahkan Lee Zii Jia Dalam Keadaan Baik Tiada Isu Depresi Dan Kemurungan Dikesan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Apa Chatgpt Kata Tentang Blog Ruggedmom Com

Element Hentikan Aku Untuk Mencintaimu Chord

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Sambutan Hari Lahir Angah Di The Soru Station Wangsa Maju

Malaysia Airlines A330neo Pesawat Baharu Lebih Canggih Selesa Jimat Bahan Api