Kematian Pramatang Dan Penyakit Berjangkit Al Sultan Abdullah Bimbang Tahap Kesihatan Rakyat Pahang




CAMERON HIGHLANDS: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap tahap kesihatan rakyat di negeri ini, khususnya kematian pramatang dan penyakit tidak berjangkit.
Baginda bertitah, berdasarkan laporan terkini daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pahang merupakan negeri kelima tertinggi dengan kadar kematian pramatang.
"Saya meneliti dengan penuh kebimbangan akan keadaan kesihatan rakyat di negeri ini.
"Kematian pramatang bermaksud sebelum mencapai usia 75 tahun, iaitu purata umur rakyat Malaysia," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan menamakan surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands, pada malam Khamis.
Keberangkatan Al-Sultan Abdullah diiringi, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Dalam pada itu, baginda mendedahkan pada tahun 2022 sahaja, sebanyak 5,206 kes kematian pramatang telah direkodkan di negeri ini.
"Tiga punca utama kematian ini adalah berpunca daripada serangan jantung, radang paru-paru, dan strok," titah baginda.


Al-Sultan Abdullah bertitah, penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, dan kolesterol tinggi juga semakin mengancam kesejahteraan rakyat.
Titah baginda, ia mengakar sebagai musuh dalam selimut yang perlahan-lahan meragut kesejahteraan masyarakat.
Baginda turut mempersoalkan bagaimana kadar penyakit ini semakin meningkat dengan begitu ketara.
"Kadar diabetes di Pahang meningkat daripada 11,976 kes pada tahun 2020 kepada 34,819 kes pada tahun 2024?
"Bagaimana mungkin kita membisu apabila jumlah pesakit tekanan darah tinggi melonjak kepada 72,625 kes dalam tempoh yang sama? Semuanya berpunca daripada faktor pemakanan dan gaya hidup harian," titah baginda lagi.
Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menyeru rakyat agar lebih serius dalam menjaga kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai titik perubahan ke arah kehidupan yang lebih sihat.
Baginda mengingatkan agar berbuka dan bersahur secara sederhana, mengelakkan makanan berlebihan gula dan lemak serta memanfaatkan puasa sebagai proses detoks semula jadi.
"Berwaspada terhadap penyakit yang tidak menunjukkan gejala, lakukan pemeriksaan kesihatan berkala agar kita tidak terlewat dalam mengambil langkah pencegahan.
"Amalkan gaya hidup yang lebih aktif, dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara konsisten, seperti berjalan kaki, berbasikal, atau berjoging," titah baginda lagi. #SINAR
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/03/kematian-pramatang-dan-penyakit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Al Sultan Abdullah Nasihat Rakyat Waspada Pencemaran Udara Di Kuantan

Al Sultan Abdullah Nasihat Rakyat Waspada Pencemaran Udara Di Kuantan

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 129 hits
Keadaan ladang kelapa di belakang Taman Perindustrian Malaysia China Kuantan Gebeng yang terbakar semalam PETALING JAYA Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bimbang dengan pencemaran udara di Balok Baru Kuantan susulan kebakar...
Sultan Pahang Bimbang Pencemaran Udara Di Balok Baru Titahkan Supaya Kegiatan Luar Dihentikan

Sultan Pahang Bimbang Pencemaran Udara Di Balok Baru Titahkan Supaya Kegiatan Luar Dihentikan

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 160 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan dengan pencemaran udara di Balok Baru di sini Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata ...
Hiburan Berhenti Daripada Menjadi Badut Berdialoglah Guna Akal Bukannya Benci Sultan Pahang Tegur Pemimpin Politik

Hiburan Berhenti Daripada Menjadi Badut Berdialoglah Guna Akal Bukannya Benci Sultan Pahang Tegur Pemimpin Politik

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 160 hits
Baru baru ini melalui satu video yang dimuat naik di Kesultanan Pahang Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah meningatkan pemimpin politik untuk bertindak sebagai jambatan perpaduan dan bukann...
Pahang Tapis Secara Teliti Bakal Penerima 16 035 Lot Rumah Permohonan Projek Skim Tanah Rakyat Felda

Pahang Tapis Secara Teliti Bakal Penerima 16 035 Lot Rumah Permohonan Projek Skim Tanah Rakyat Felda

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 165 hits
BERA Kerajaan Negeri Pahang menerusi Sekretariat Muafakat Felda Pahang akan melakukan tapisan secara teliti bagi memilih bakal penerima 16 035 lot rumah di bawah Projek Skim Tanah Rakyat Felda di negeri itu Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal ...
Sultan Pahang Seru Umat Islam Kembali Kepada Al Quran Fahami Makna Dan Amalkan Dalam Kehidupan Seharian

Sultan Pahang Seru Umat Islam Kembali Kepada Al Quran Fahami Makna Dan Amalkan Dalam Kehidupan Seharian

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 203 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyeru umat Islam kembali kepada al Quran dengan memahami makna dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian Baginda tidak mahu melihat umat Islam semakin menjauh ...
Pengunjung Padang Mbk1 Terharu Tengku Ampuan Pahang Sedia Dan Agihkan Bubur Lambuk Kepada Rakyat

Pengunjung Padang Mbk1 Terharu Tengku Ampuan Pahang Sedia Dan Agihkan Bubur Lambuk Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 185 hits
KUANTAN Tengku Ampuan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengagihkan kira kira 2 500 pek bubur lambuk kepada rakyat yang berkunjung di Padang MPK 1 di sini hari ini Baginda berangkat tiba pada pukul 2 20 petang dan be...
Sultan Pahang Berhenti Jadi Badut Polemik Isu 3r

Sultan Pahang Berhenti Jadi Badut Polemik Isu 3r

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 129 hits
Najib Razak Pemimpin bertanggungjawab menjadi pendamai bukan pencetus perbalahan Aku kira ini satu pesanan yang amat baik dan tegas daripada Sultan Pahang Beberapa kali dalam tempoh terdekat pemimpin serta pempengaruh tertentu berulang meni...
Sebanyak 265 Kes Demam Denggi Direkodkan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Antara Januari Mac 2025

Sebanyak 265 Kes Demam Denggi Direkodkan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Antara Januari Mac 2025

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 183 hits
KUANTAN Sebanyak 265 kes demam denggi direkodkan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang antara Januari hingga 1 Mac ini Menurut kenyataan JKNP daerah Kuantan mencatatkan kes tertinggi dengan 113 kes diikuti Temerloh Rompin Raub Pekan Jerantut Mara...
Fahmi Fadzil Jemaah Menteri Menjunjung Kasih Titah Sultan Pahang Semua Pihak Henti Bahas Adendum

Fahmi Fadzil Jemaah Menteri Menjunjung Kasih Titah Sultan Pahang Semua Pihak Henti Bahas Adendum

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 186 hits
KUALA LUMPUR Jemaah Menteri menjunjung kasih titah Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berhubung gesaan supaya semua pihak tidak berterusan membahaskan titah adendum Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil...
Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Ju Haknyeon Didepak Dari The Boyz Oleh Agensi Begini Kronologinya

Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Maxwel Franklin Saran Chelak Jari Tua Chord

Hiburan Pernah Ke Kami Bertindak Kosong Caprice Dakwa Ada Bukti Naim Daniel Terlibat Kes Amang Seks Al

Ranking Universiti Malaysia Terbaik Di Dunia 2026


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Serawa Buah Bachang

Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Ustaz Azhar Idrus Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia Pesan Jangan Letak Harapan Tinggi Tiada Yang Sempurna

Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib