Sultan Pahang Seru Umat Islam Kembali Kepada Al Quran Fahami Makna Dan Amalkan Dalam Kehidupan Seharian




KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru umat Islam kembali kepada al-Quran dengan memahami makna dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Baginda tidak mahu melihat umat Islam semakin menjauh al-Quran ketika dihidangkan budaya asing yang melampau dan songsang.
"Janganlah kita terikut-ikut, janganlah kita menjadi bangsa yang buta terhadap sejarah dan pengajaran. Kembalilah kepada al-Quran.
"Sebagai ketua dan pelindung agama Islam di negeri ini, saya bukan sahaja menggalakkan, bahkan meraikan setiap usaha dalam membudayakan al-Quran di seluruh pelusuk negeri Pahang.
"Saya ingin melihat setiap keluarga di negeri ini menjadikan al-Quran sebagai keutamaan dalam pendidikan anak-anak mereka," titah baginda pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, perasmian masjid baharu Kampung Sungai Puteri dan berbuka puasa di Rompin, hari ini.
Turut berangkat, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Al-Sultan Abdullah bertitah, umat Islam kini di ambang era mencabar, menghadapi pelbagai bentuk ancaman sama ada dalam bentuk pemikiran, akidah, mahupun budaya.
"Jika generasi kita tidak berpaut teguh pada ajaran al-Quran dan sunnah, kita akan hanyut dalam arus globalisasi yang menggugat jati diri umat Islam.
"Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghayati satu hakikat yang tidak boleh kita persiakan bahawa generasi Islam yang unggul hanya akan lahir apabila mereka dididik dan diasuh dengan roh al-Quran.
"Generasi inilah yang kita dambakan, `jilul Quran' generasi pewaris al-Quran yang akrab dengan wahyu Ilahi, menjadikan kalamullah sebagai pegangan dan pedoman dalam setiap langkah kehidupan mereka," titah baginda.
Pada masa sama, baginda ingin melihat sekolah, institusi pendidikan dan jabatan kerajaan di Pahang mempelopori usaha memperkasa penghayatan al-Quran.
"Tidak hanya bergantung kepada madrasah, pusat tahfiz dan masjid semata-mata. Kita harus melahirkan lebih ramai huffaz, lebih ramai pemikir islam yang berpandukan wahyu, lebih ramai insan yang mengangkat al-Quran sebagai pedoman kehidupan.
"Biarlah syiar islam bersinar gemilang, menyuluh setiap sanubari agar setiap generasi mewarisi kecintaan terhadap al-Quran dan teguh berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar," titah baginda.#BHARIAN

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/03/sultan-pahang-seru-umat-islam-kembali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Jadi Badut Sultan Pahang Tegur Pemimpin Politik

Jangan Jadi Badut Sultan Pahang Tegur Pemimpin Politik

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 114 hits
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ingatkan semua rakyat agar tidak mudah melatah PETALING JAYA Sultan Pahang menempelak pihak yang sengaja menimbulkan perbalahan sekaligus membawa kepada perpecahan Al Sultan Abdullah Sultan...
Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 268 hits
Dalam usaha untuk menarik lebih ramai penyokong dari kalangan penduduk muslim di India pemimpin parti Tamilaga Vettri Kazhagam dan pelakon popular Vijay menghadiri majlis Iftar anjuran partinya di perkarangan YMCA di Royapettah Chennai pada...
Pulak Kuasa Islam Mana Pulak Ko Asyik Keluar Fatwa Saja Macamana Nak Bangunkan Umat Tak Ada

Pulak Kuasa Islam Mana Pulak Ko Asyik Keluar Fatwa Saja Macamana Nak Bangunkan Umat Tak Ada

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 136 hits
Pas anggap strategi politik untuk rampas kuasa IslamHarapandailyMarch 17 2025Walaupun di bulan Ramadan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini mengeluarkan pelbagai dakwaan termasuk kononnya ekonomi dikuasai bukan Islam Menerusi Mind...
Umat Islam Disaran Jangan Datang Ke Kota Al Ula Arab Saudi Ini

Umat Islam Disaran Jangan Datang Ke Kota Al Ula Arab Saudi Ini

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 122 hits
Arab Saudi berhabis USD15 bilion bina semula Kota Al Ula pemuda ini saran umat Islam jangan datangOleh KIM SYAZIEPada 2023 Kerajaan Arab saudi dilaporkan berbelanja hampir AS 15 bilion untuk membina semula Kota Al Ula Buat yang tidak tahu k...
Hiburan Berhenti Daripada Menjadi Badut Berdialoglah Guna Akal Bukannya Benci Sultan Pahang Tegur Pemimpin Politik

Hiburan Berhenti Daripada Menjadi Badut Berdialoglah Guna Akal Bukannya Benci Sultan Pahang Tegur Pemimpin Politik

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 134 hits
Baru baru ini melalui satu video yang dimuat naik di Kesultanan Pahang Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah meningatkan pemimpin politik untuk bertindak sebagai jambatan perpaduan dan bukann...
Sultan Pahang Berhenti Jadi Badut Polemik Isu 3r

Sultan Pahang Berhenti Jadi Badut Polemik Isu 3r

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 95 hits
Najib Razak Pemimpin bertanggungjawab menjadi pendamai bukan pencetus perbalahan Aku kira ini satu pesanan yang amat baik dan tegas daripada Sultan Pahang Beberapa kali dalam tempoh terdekat pemimpin serta pempengaruh tertentu berulang meni...
Sultan Pahang Zahir Rasa Bangga Empat Daerah Di Negeri Ini Tersenarai Dalam 20 Bandar Paling Bahagia

Sultan Pahang Zahir Rasa Bangga Empat Daerah Di Negeri Ini Tersenarai Dalam 20 Bandar Paling Bahagia

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 798 hits
LIPIS Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa bangga apabila empat daerah di negeri ini tersenarai dalam 20 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2025 Baginda bertitah pengiktirafan itu a...
Tenaga Pengajar Al Quran Braille Di Pahang Masih Belum Mencukupi Usaha Atasi Isu Ini Perlulah Disegerakan

Tenaga Pengajar Al Quran Braille Di Pahang Masih Belum Mencukupi Usaha Atasi Isu Ini Perlulah Disegerakan

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 167 hits
KUANTAN Pahang merekodkan golongan Orang Kurang Upaya penglihatan mencecah hampir 3 000 orang namun tenaga pengajar al Quran Braille di negeri ini masih belum mencukupi dan usaha mengatasi isu berkenaan wajar dilaksanakan dengan kadar seger...
Kematian Pramatang Dan Penyakit Berjangkit Al Sultan Abdullah Bimbang Tahap Kesihatan Rakyat Pahang

Kematian Pramatang Dan Penyakit Berjangkit Al Sultan Abdullah Bimbang Tahap Kesihatan Rakyat Pahang

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 141 hits
CAMERON HIGHLANDS Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap tahap kesihatan rakyat di negeri ini khususnya kematian pramatang dan penyakit tidak berjangkit Baginda bertitah berdasa...
Drama Pabila Dia Tersenyum

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Gambar Mahal Ds Bersalaman Yiddin Min Keluarga Pak Lah Tersentuh Kemu

Dua Lelaki Masing Masing Didenda Rm100 000 Ceroboh Tanah Pahang

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Rugi Invest Ini Sebab Kenapa Mak Ayah Kena Ambil Gambar Bayi

Isteri Di Rumah Kena Cantik Cantik Salima Habibi Pikat Suami Dengan Solekan Minyak Wangi

Kad Kredit Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya

Upgrade Diri Senyap Senyap Hasilnya Baru Tunjuk

Trump Sedang Memasak Dua Gajah Beseteru Rumput Hancur Terinjak

Akhirnya Saya Memutuskan Menjadi Seorang Blogger Trader