Sultan Nazrin Lantang Tegur Pemimpin Yang Menyusahkan Rakyat Jelata



Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah merupakan antara raja yang terkenal dengan kelantangan menegur pemimpin yang tidak amanah, menyeleweng dan cuai dalam tugas hingga menyusahkan rakyat jelata.

Raja yang mempunyai daya intelektual dan budi pekerti yang tinggi ini sentiasa menunjukkan keprihatinan mendalam terhadap nasib dan masa depan rakyat dan negara.

Loading...
Pada 2 Nov lalu, baginda selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong menandatangani pengisytiharan menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong bila penyandang Sultan Muhammad V beristirahat menjalani rawatan.

Beberapa hari selepas itu, ketika berangkat ke sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Putrajaya, baginda 'menjentik' para pemimpin apabila menegur golongan yang tidak amanah dan berintegriti hingga mengakibatkan ummah berada dalam sengsara.

Sultan Nazrin, 62, yang berkelulusan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat tidak pernah jemu memberikan nasihat serta mencetuskan pelbagai idea baru untuk kesejahteraan masyarakat dan negara.

Ketinggian daya intelektual baginda cukup terserlah apabila titah baginda memberi pencerahan terhadap pelbagai kemelut yang dihadapi masyarakat dalam bidang ekonomi, pendidikan dan politik.

Baginda bertitah kemiskinan ummah akan bertambah buruk apabila pemimpin lebih mengutamakan agenda peribadi membina kekayaan material dengan mengambil dan menidakkan hak ummah melalui kaedah yang meragukan.

Teguran baginda terhadap pemimpin tidak terhenti di situ saja, pada 1 Dis lalu Sultan Nazrin dengan lantang bertitah mengingatkan pemimpin agar tidak menjadi dalang melakukan provokasi yang boleh menyalakan bara kebencian dan permusuhan antara rakyat berbilang kaum dan agama.

Baginda turut menzahirkan rasa dukacita kerana suasana harmoni yang menjadi budaya rakyat negara ini sejak sekian lama kini mahu dimusnahkan disebabkan persaingan politik.

"Terdapat sebahagian pemimpin politik yang memilih bersifat riak dengan kemenangan, sementara sebahagian yang kalah bersifat berdendam.

"Pihak yang menang hendaklah mengamalkan budaya terpuji merendah diri, sementara yang tewas mengamalkan budaya menerima penentuan Ilahi secara terhormat," titah Sultan Nazrin pada Istiadat Konvokensyen ke-11 Universiti Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar.

Sebagai seorang yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk bangsanya, baru-baru ini Sultan Nazrin menzahirkan kekecewaan terhadap sikap orang Melayu yang dilihat beransur-ansur lemah, hilang semangat ukhuwah dan jati diri akibat bersaing merebut kuasa.

Titah baginda, orang Melayu telah terperangkap dalam perlumbaan menconteng arang sesama mereka sehingga ma­sing-masing ghairah menepuk air di dulang dan akhirnya terpercik ke muka sendiri.

Bersikap ambil peduli terhadap semua perkara, Sultan Nazrin turut mengikuti perkembangan politik tanah air terutama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan pertukaran tampuk pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH).

Pada istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak 12 Mei lalu, baginda menegur pemimpin dengan bertitah agar semua wakil rakyat yang dipilih pada PRU14 menghormati keputusan dan menghargai kepercayaan rakyat terhadap mereka.

Baginda bertitah wakil rakyat yang dipilih perlu mengabdikan diri untuk berkhidmat kepada orang yang memilih mereka dan ia merupakan amanah baharu.

Keprihatinan baginda terhadap PRU14 menjangkau segenap aspek apabila dalam ucaptama pada Persidangan Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam (WCIT) 2018 Julai lalu baginda bertitah bahawa perubahan itu adalah kerana rakyat membawa perubahan politik besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menerusi peti undi.

Malah, baginda mahu golongan muda sebagai aset negara dan pemacu perubahan diperkasa selain dilibatkan secara aktif dalam proses membuat keputusan hari ini.

Kata-kata, teguran yang dilontarkan oleh Sultan Nazrin memang sering mendapat tempat di muka hadapan akhbar, berita utama di televisyen, malah sering dikongsi oleh netizen di media sosial.

Daulat Tuanku!

-- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/12/sultan-nazrin-lantang-tegur-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Akan Hukum Pemimpin Umno Keluar Parti

Rakyat Akan Hukum Pemimpin Umno Keluar Parti

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 497 hits
Najib RazakKUALA LUMPUR Bekas presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa tidak senang dengan tindakan beberapa pemimpin UMNO yang bertindak keluar parti Beliau menyifatkan mereka yang berbuat demikian sebagai seorang individu yang...
Hasrat Rakyat Dikhianati Jika Terus Terima Bekas Pemimpin Umno

Hasrat Rakyat Dikhianati Jika Terus Terima Bekas Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 340 hits
Pada 14 Disember 2018oleh PentadbirTindakan menerima bekas pemimpin UMNO menyertai komponen Pakatan Harapan akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap komitmen gabungan parti pemerintah itu untuk melaksanakan agenda reformasi dan perubahan ...
2019 Persiapan Rakyat Melawan Ancaman Pemimpin Berminda Penjajah

2019 Persiapan Rakyat Melawan Ancaman Pemimpin Berminda Penjajah

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 254 hits
24 Rabiulakhir 1440H Selasa Persatuan Belia Islam Nasional menyeru golongan muda terutama mahasiswa untuk membina tamadun kuat bagi mengatasi ancaman pihak yang cuba menggelapkan identiti Malaysia sebagai negara Islam Presidennya Azam Asri ...
Sultan Nazrin Menitiskan Air Mata Bertitah Mengenai Kematian Adib

Sultan Nazrin Menitiskan Air Mata Bertitah Mengenai Kematian Adib

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 291 hits
Sultan Nazrin seterusnya bertegas supaya keadilan terhadap Muhammad Adib tidak tercicir dan segala usaha hendaklah dilaksanakan untuk mencari tangan tangan yang melakukan jenayah kejam berkenaan
Sultan Nazrin Takes Dishonest Leaders Inciters To Task

Sultan Nazrin Takes Dishonest Leaders Inciters To Task

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 224 hits
IPOH Forthright and eloquent Perak Ruler Sultan Nazrin Shah s pronouncement on various issues affecting the country region and the world have always won the respect and admiration of many Whether it s on the economy education politics ethni...
Sultan Nazrin Tamat Tugas Memangku Tugas Ydp Agong

Sultan Nazrin Tamat Tugas Memangku Tugas Ydp Agong

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 364 hits
31 Disember 2018 10 24 PM KUALA LUMPUR Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini nbsp berangkat meninggalkan Istana Negara setelah menamatkan tugas nbsp memangku Yang di Pertuan Agong se
Jenayah Terhadap Adib Tidak Boleh Dilindungi Sultan Nazrin

Jenayah Terhadap Adib Tidak Boleh Dilindungi Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 365 hits
Timbalan Yang di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata ketika bertitah mengenai insiden yang menimpa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Muhammad Adib Mohd Kassim yang terkor...
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Five Benefits Of Orange Juice


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Things To Ponder Self Reflection 7

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat

Food Hunting Di Penang 20 Pilihan Tempat Makan Terbaik

Sarapan Pagi Sabtu