Hasrat Rakyat Dikhianati Jika Terus Terima Bekas Pemimpin Umno



Pada 14 Disember 2018











oleh PentadbirTindakan menerima bekas pemimpin UMNO menyertai komponen Pakatan Harapan (PH) akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap komitmen gabungan parti pemerintah itu untuk melaksanakan agenda reformasi dan perubahan.
Menurut Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Ramkarpal Singh, tindakan itu juga membelakangi hasrat rakyat yang mengundi PH bagi menghantar UMNO-Barisan Nasional (BN) ke bangku pembangkang.
“Lagi PH layan pihak-pihak yang melompat ini, lagi bertambah kecewa rakyat terhadap PH.
“Perubahan tidak hanya bermaksud mendakwa bekas perdana menteri dan timbalannya dengan pelbagai tuduhan, namun apa yang lebih penting adalah menghapuskan dasar dan membanteras rasuah yang sejak sekian lama menular di bawah pentadbiran UMNO sedekad lalu.
“PH tidak memerlukan bekas wakil rakyat UMNO. Ia perlukan lebih ramai lelaki dan wanita yang berpegang kepada prinsip bagi meneruskan agenda murni reformasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas laporan media mengenai pemimpin UMNO keluar parti bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semalam, media melaporkan hampir semua pemimpin UMNO Sabah bertindak keluar parti sementara hari ini, bekas Ketua Puteri Wanita UMNO, Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan menyertai Bersatu selepas hampir enam bulan menjadi wakil rakyat bebas.
Mengulas lanjut, Ramkarpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata Dr Mahathir harus menangani rasa tidak puas hati rakyat terhadap tindakan PH menerima penyertaan bekas wakil rakyat UMNO.
“Untuk menerima mereka menyertai PH sekarang merupakan satu pengkhianatan terhadap rakyat yang mahukan perubahan sebenar.
“Saya tertanya-tanya jika PH ditakdirkan kalah pada pilihan raya seterusnya, adakah wakil rakyat kita akan melakukan perkara serupa dan dengan mudah melompat ke pihak lawan?” soalnya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Ronnie Liu merujuk kenyataan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu yang mengelar pemimpin UMNO sebagai ‘tidak berguna’ dan ‘sampah’ pada mesyuarat sebelum PRU14.
“Jika mereka sampah yang tidak berguna, saya sangat berharap yang anda tidak jadi pengutip sampah dan terima mereka masuk Bersatu,” kata Ronnie yang juga Adun Sungai Pelek seperti dilapor media.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2018/12/hasrat-rakyat-dikhianati-jika-terus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Sabu Amanah Sedia Terima Bekas Pemimpin Umno Sabah

Mat Sabu Amanah Sedia Terima Bekas Pemimpin Umno Sabah

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 423 hits
DENYUT REFORMASIIPOH Parti Amanah Negara sedia menerima mana mana ahli parlimen Sabah yang keluar Umno baru baru ini walau ada desas desus mereka akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PKR Presiden Mohamad Sabu berkata parti itu...
Terima Bekas Umno Satu Pengkhianatan Kepada Rakyat Nurul Izzah

Terima Bekas Umno Satu Pengkhianatan Kepada Rakyat Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 256 hits
Kasthuri Jeevendran Nurul Izzah AnwarKUALA LUMPUR Pemimpin pemimpin Pakatan Harapan terus tampil mengkritik serta melahirkan rasa tidak senang berhubung penerimaan pemimpin bekas UMNO dalam Pakatan Harapan Terbaharu dalam entri Ahli Parlime...
Rakyat Akan Hukum Pemimpin Umno Keluar Parti

Rakyat Akan Hukum Pemimpin Umno Keluar Parti

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 459 hits
Najib RazakKUALA LUMPUR Bekas presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa tidak senang dengan tindakan beberapa pemimpin UMNO yang bertindak keluar parti Beliau menyifatkan mereka yang berbuat demikian sebagai seorang individu yang...
Tun M Terima Yang Baik Saja Saya Dulu Pun Bekas Ahli Umno Ph Terima Juga

Tun M Terima Yang Baik Saja Saya Dulu Pun Bekas Ahli Umno Ph Terima Juga

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan parti itu hanya menerima bekas ahli UMNO yang baik dan menolak mereka yang jahat Jelas Pengerusi Bersatu itu beliau sendiri dulunya merupakan ahli Umno namun PH menerimanya mal...
Bekas Wakil Rakyat Umno Boleh Pegang Jawatan Selepas Setahun

Bekas Wakil Rakyat Umno Boleh Pegang Jawatan Selepas Setahun

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 261 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad bercakap pada sidang media pada Majlis Penyerahan Operasi GoKL dan Pelancaran Penggunaan B10 BioDiesel di Menara DBKL Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Mana mana wakil rakyat UMNO boleh meny...
Ambil Kira Persepsi Rakyat Jika Terima Bekas Ahli Bn

Ambil Kira Persepsi Rakyat Jika Terima Bekas Ahli Bn

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 284 hits
Diterbitkan 16 Dis 2018 9 54 pagiPakatan Harapan diingatkan supaya berhati hati menguruskan isu pemimpin dan wakil rakyat Umno yang melompat keluar dari parti mereka Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin berkata buat mas...
Berbanggakah Terima Pemimpin Umno Pemakan Rasuah Masuk Ph

Berbanggakah Terima Pemimpin Umno Pemakan Rasuah Masuk Ph

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 447 hits
KOTA KINABALU Hari ini Umno Sabah menyaksikan kepimpinannya bertindak keluar parti beramai ramai apabila sembilan daripada 10 Ahli Dewan Undangan Negeri Umno Sabah meninggalkan Umno Lima daripada enam ahli Parlimen dan dua senator juga meru...
Bekas Mp Pemimpin Umno Boleh Sertai Ph Termasuk Dap

Bekas Mp Pemimpin Umno Boleh Sertai Ph Termasuk Dap

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 480 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ahli Parlimen dan pemimpin UMNO boleh menyertai mana mana parti dalam Pakatan Harapan termasuk DAP Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata penerimaan itu bagaimanapun tidak bermakna mereka bebas daripada tindakan undang undan...
Mohamad Hasan Antara Pemimpin Umno Suara Hasrat Keluar Parti

Mohamad Hasan Antara Pemimpin Umno Suara Hasrat Keluar Parti

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 299 hits
14 Disember 2018 7 52 PM KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beberapa pemimpin UMNO termasuk Timbalan Presiden parti tersebut Datuk Seri Mohamad
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding