Jenayah Terhadap Adib Tidak Boleh Dilindungi Sultan Nazrin


Journalist 
 Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata ketika bertitah mengenai insiden yang menimpa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd Kassim, yang terkorban ketika menjalankan tugas.

Sultan Nazrin yang juga Sultan Perak menyifatkan Allahyarham Muhammad Adib, 24, sebagai seorang wira terbilang, berani, cekal dan berwibawa yang terkorban demi negara selepas cedera parah dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember lalu.

“Sesungguhnya Muhammad Adib ialah seorang wira terbilang, berani, cekal lagi berwibawa telah terkorban untuk negaranya. Semoga ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja Muhammad Adib dianugerahi Illahi dengan ketabahan dan kesabaran menghadapi peristiwa pahit ini,” titah baginda pada majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Hakim serta Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang, di sini hari ini.

Baginda menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden itu dan mahu keadilan untuk anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba Subang Jaya itu ditegakkan dan mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah yang disifatkan sebagai kejam itu dibawa ke muka pengadilan serta tidak terlepas daripada hukuman setimpal.

“Seluruh negara, tanpa mengira kaum dan pegangan agama daripada rakyat biasa, pemimpin, termasuk istana sama-sama berduka dengan nasib yang menimpa keluarga Muhammad Adib.

“Demi memastikan undang-undang didaulatkan dan keadilan tidak tercicir, segala usaha hendaklah dilaksanakan, untuk mencari tangan-tangan yang bergelumang dosa, melakukan jenayah yang sungguh kejam, hingga mengakibatkan Muhammad Adib menemui ajal, dan kaum keluarga Muhammad Adib dilanda duka nestapa.

“Kepada Allah kita mohonkan akan berlaku keadilan setimpal, memastikan pihak yang bersalah, dan dalang-dalang yang bertanggungjawab di sebalik peristiwa ini, tidak terlepas daripada dihukum kerana dosa yang telah dilakukan,” titah baginda dalam nada tersekat-sekat sambil menyeka air mata.

Sultan Nazrin bertitah negara dihujani gerimis hiba pada pagi 18 Disember lalu, sebaik jenazah Muhammad Adib diterbangkan untuk diabadikan selama-lamanya di Kuala Kedah, empat hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk beliau diijabkabulkan dengan Nurul Najihah Mohd Rodzi.

“Atas nama negara, beta menzahirkan rasa dukacita serta ucapan takziah kepada Encik Mohd Kassim Abdul Hamid, Puan Azma Aziz dan Cik Nurul Najihah serta seluruh keluarga atas pemergian Muhammad Adib secara tragik,” titah baginda.

Sebelum mengakhiri titah ucapannya, Sultan Nazrin turut meminta para hadirin membaca surah al-Fatihah sebagai sedekah kepada Allahyarham Muhammad Adib yang terkorban dalam insiden itu.

Terdahulu, Sultan Nazrin bertitah negara akan berada dalam keadaan aman dan rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni selagi undang-undang dipatuhi dan dihormati.

Sebaliknya, apabila undang-undang dipinggirkan dan manusia memilih kekuatan atau kelebihan dengan menggunakan jawatan, kekayaan, kekerasan, rasuah, nafsu dan tipu helah maka semakin ramai insan yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Mengambil contoh insiden rusuhan yang menimpa Muhammad Adib, Sultan Nazrin bertitah, pertikaian milik tapak tanah antara jawatankuasa kuil dan pemaju hartanah telah mendorong beberapa pihak mengetepikan proses undang-undang dan bereksperimen dengan kaedah penyelesaian yang mengumpan kepada berlakunya malapetaka yang sepatutnya tidak berlaku.

“Negara Malaysia, diasaskan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra (Almarhum) sebagai negara yang rakyatnya, walaupun terdiri daripada pelbagai penganut agama dan kaum, memiliki sifat kemanusiaan dan perasaan keinsanan yang saling menyayangi, saling menghargai.

“Tetapi pada pagi 27 November 2018, sifat kemanusiaan dan perasaan keinsanan tersebut bagaikan lenyap dan menyejat dengan berlakunya rusuhan di sebuah kuil yang terletak di Seafield, Subang Jaya. Undang-undang telah disisihkan oleh manusia-manusia yang bertindak ganas kerana dipengaruhi prasangka dan emosi,” titah baginda. – Bernama  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/jenayah-terhadap-adib-tidak-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Nazrin Menangis Kerana Adib

Sultan Nazrin Menangis Kerana Adib

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 325 hits
Sultan Nazrin menangis kerana Adib TIMBALAN Yang di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitiskan air mata ketika bertitah mengenai kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia pada 17 Disember ...
Sultan Nazrin Menitiskan Air Mata Bertitah Mengenai Kematian Adib

Sultan Nazrin Menitiskan Air Mata Bertitah Mengenai Kematian Adib

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 322 hits
Sultan Nazrin seterusnya bertegas supaya keadilan terhadap Muhammad Adib tidak tercicir dan segala usaha hendaklah dilaksanakan untuk mencari tangan tangan yang melakukan jenayah kejam berkenaan
Saya Diburu Sehingga Ke Indonesia Kerana Jenayah Kecil Pembunuh Adib Macam Dibiarkan Aje

Saya Diburu Sehingga Ke Indonesia Kerana Jenayah Kecil Pembunuh Adib Macam Dibiarkan Aje

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos mempersoalkan tindakan polis dan Peguam Negara yang belum membuat tangkapan semula ke atas pihak yang terlibat kes Allahyarham Pegawai Bomba Muhammad Adib Mohd Kasim Jamal berka...
Wanagyl Pemuda Umno Seputeh Mahu Pendakwaan Terhadap Pembunuh Allahyarham Adib Dilakukan Dengan Segera

Wanagyl Pemuda Umno Seputeh Mahu Pendakwaan Terhadap Pembunuh Allahyarham Adib Dilakukan Dengan Segera

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 486 hits
1 Tragedi rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield telah berlalu genap satu bulan daripada 26 November 2018 2 Kenyataan berbaur hasutan yang telah dikeluarkan oleh YB Menteri Perpaduan sendiri P Waytha Moorthy bersama sama menteri kabinet l...
Apa Yang Dilakukan Itu Tidak Boleh Dimaafkan Ibu Adib

Apa Yang Dilakukan Itu Tidak Boleh Dimaafkan Ibu Adib

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 284 hits
SAYA nak tengok muka orang yang sanggup buat macam itu sampai bunuh anak saya luah Asma Aziz 51 iaitu ibu kepada anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim 24 yang maut akibat rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu Asma b...
Punca Kematian Muhammad Adib Hanya Boleh Didedahkan Di Mahkamah

Punca Kematian Muhammad Adib Hanya Boleh Didedahkan Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 425 hits
KENYATAAN MEDIA MENTERI DALAM NEGERI Saya telah dimaklumkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia mengenai perkembangan siasatan kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib bin Kassim yang kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseks...
Kenyataan Balas Sultan Brunei Terhadap Media Barat Yang Mengecam Undang Undang Syariah Brunei

Kenyataan Balas Sultan Brunei Terhadap Media Barat Yang Mengecam Undang Undang Syariah Brunei

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 289 hits
Informasi By rencah7 CNN dan media Barat kini sibuk mengecam Brunei disebabkan pelaksanaan Undang undang Syariah Mereka memboikot semua hotel dan kepentingan Brunei Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka DALAM negara negara ka...
Khalid Akui Akta Zalim Boleh Elak Kematian Muhammad Adib

Khalid Akui Akta Zalim Boleh Elak Kematian Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 372 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad bercakap pada sidang media pada Majlis Penyerahan Operasi GoKL dan Pelancaran Penggunaan B10 BioDiesel di Menara DBKL Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara konsisten dengan p...
Honda Akhirnya Pecat Caryn Yen Akibat Komen Biadap Terhadap Arwah Adib

Honda Akhirnya Pecat Caryn Yen Akibat Komen Biadap Terhadap Arwah Adib

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 754 hits
Susulan siasatan dalam yang dilakukan oleh Pengedar Honda cawangan Sri Utama Auto Sdn Bhd hari ini mereka mengeluarkan kenyataan rasmi memecat Caryn Yen kakitangan mereka yang telah emmbuat komen biadap di atas kematian tragis anggota Jabat...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Telur Goreng Yang Sangat Sedap

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan

Beli Game Ps5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay Kini Tersedia Di Malaysia

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia