Sultan Abdullah Sinonim Sifat Sopan Dan Bijak Santuni Rakyat



KUALA LUMPUR - Lasak, adil dan berjiwa rakyat menggambarkan keperibadian Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini.

Sultan Abdullah sinonim dengan sifat sopan dalam menyantuni rakyat, suatu nilai yang diwarisi daripada ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar.

Keprihatinan Sultan Abdullah dapat dilihat dengan jelas bila mana setiap kali mendengar rakyat ditimpa bencana, baginda dan isteri Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan segera mencemar duli untuk bertanya khabar, memberi kata-kata semangat dan mengurniakan sumbangan peribadi.

Malah Sultan Abdullah yang memasuki usia 60 tahun pada tahun ini, seringkali 'tidak menang tangan' terutama ketika berlaku bencana banjir kerana baginda sebolehnya mahu memastikan semua daerah terlibat tidak terlepas daripada perhatian baginda.

Sultan Abdullah juga merupakan figura yang tidak asing dalam sukan tanah air terutama bola sepak kerana selain handal beraksi di padang, aspek kepimpinan Seri Paduka dalam sukan tersebut cukup terserlah.

Pada masa ini, Sultan Abdullah merupakan Anggota Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan Anggota Jawatankuasa Eksekutif FIFA selain pernah menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Minat mendalam terhadap sukan bukan hanya dizahirkan dalam bola sepak, namun juga diperlihatkan dalam sukan hoki dan polo, yang mana baginda pernah menerajui pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polio Club, England selain mengambil bahagian pertandingan antaranya di Singapura, Amerika Syarikat, Argentina, Sepanyol, Belgium dan Manila, Filipina.

Sultan Abdullah merupakan cahaya mata keempat dan putera sulung kepada Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad itu diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan dekat sini.

Baginda menerima pendidikan awal prasekolah di Sekolah Clifford, Kuala Lipis pada 1965, sebelum menyambung persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan (1966–1969) dan Sekolah Rendah Kebangsaan St Thomas, Kuantan serta pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan St Thomas (1970–1974)

Sultan Abdullah terkenal dengan disiplin yang tinggi hasil didikan di The Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom (UK) selama setahun bermula 1978, yang mana komitmen baginda membolehkan baginda dilantik sebagai Leftenan Muda, Royal Military Academy, Sandhurst, England dengan menerima pentauliahan oleh Queen Elizabeth II pada tahun 1980.

Baginda yang merupakan Kapten bagi pasukan Kor Kavelri Diraja Malaysia, dan pada 1 Mei 1999 telah dilantik menjadi Leftenan Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah, dan menjadi Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah pada 1 Jun 2000 serta menjadi Brigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Askar Wataniah pada 1 April 2004.

Selain latihan ketenteraan, baginda juga pernah mengikuti pengajian di Aldenham School, Elstree, Hertfordshire, UK dan Davies College, London, UK (1975–1977) dan di di Worchester & Queen Elizabeth College, UK (1980 – 1981) sehingga dianugerahkan Diploma In International Relations And Diplomacy.

Dari aspek kepimpinan negeri, daya kepimpinan baginda 'diuji' buat kali pertama apabila dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 untuk tempoh lima tahun selepas ayahanda baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-VII sebelum sekali lagi dilantik pada 28 Dis 2016.

Sultan Abdullah mendirikan rumahtangga dengan rumahtangga dengan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, 59, pada 6 Mac 1986. Baginda memiliki sembilan orang cahaya mata. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/01/sultan-abdullah-sinonim-sifat-sopan-dan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah Dekat Di Hati Rakyat

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah Dekat Di Hati Rakyat

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 566 hits
TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah yang merupakan anakanda keempat Sultan Ahmad Shah dan Almarhumah Tengku Afzan Almarhum Tengku Muhammad diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal Pekan Pahang Baginda mendapat pendidikan awal d...
Rakyat Pahang Menzahirkan Sembah Tahniah Gembira Di Atas Pelantikan Sultan Abdullah Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6

Rakyat Pahang Menzahirkan Sembah Tahniah Gembira Di Atas Pelantikan Sultan Abdullah Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 554 hits
PEKAN Rakyat negeri Pahang menzahirkan sembah tahniah kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dilantik menjadi Sultan Pahang keenam menggantikan ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah Penduduk di Pekan Azahani Mahmud 49 berkata pelantikan...
Rakyat Asnaf Gembira Bertemu Al Sultan Abdullah

Rakyat Asnaf Gembira Bertemu Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 309 hits
Keberangkatan baginda sememangnya ditunggu penduduk Temerloh apatah lagi baginda bakal ditabal sebagai Yang di Pertuan Agong pada 31 Januari ini
Sultan Abdullah Ikrar Teruskan Legasi Pemerintahan Utamakan Kepentingan Rakyat

Sultan Abdullah Ikrar Teruskan Legasi Pemerintahan Utamakan Kepentingan Rakyat

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 221 hits
PEKAN Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam bertitah untuk terus mengutamakan kepentingan rakyat sepanjang pemerintahan baginda Sultan Abdullah yang mewarisi taktha daripada Sultan Ahmad Shah Sulta...
Tengku Abdullah Proud His Roti Cana I The Favorite Breakfast Of New Pahang Sultan

Tengku Abdullah Proud His Roti Cana I The Favorite Breakfast Of New Pahang Sultan

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 403 hits
KUANTAN I was hesitant actually to inform him that our names are the same My name is Tengku Abdullah but I only make roti canai for Sultan Abdullah said Tengku Abdullah Tengku Sulaiman the owner of an eatery frequented by the new Sultan of ...
Perlantikan Tengku Abdullah Al Haj Sultan Haji Ahmad Shah Sebagai Sultan Pahang Baru

Perlantikan Tengku Abdullah Al Haj Sultan Haji Ahmad Shah Sebagai Sultan Pahang Baru

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 844 hits
Assalamualaikum dan Slama Sejahtera Merafak sembah setinggi tinggi tahniah sempena pertabalan Sultan Pahang Ke 6 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al Haj Sultan Haji Ahmad Shah Perlantikan berk...
Baru Dua Hari Dimasyurkan Sebagai Sultan Pahang Imam Masjid Dedah Perlakuan Sebenar Tengku Abdullah

Baru Dua Hari Dimasyurkan Sebagai Sultan Pahang Imam Masjid Dedah Perlakuan Sebenar Tengku Abdullah

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 1176 hits
Baru Dua Hari Dimasyurkan Sebagai Sultan Pahang Imam Masjid Dedah Perlakuan Sebenar Tengku Abdullah
Sultan Abdullah Titah Kalimah Allahu Akbar Dilaungkan

Sultan Abdullah Titah Kalimah Allahu Akbar Dilaungkan

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 301 hits
PEKAN Sultan Pahang yang baharu Sultan Abdullah Ahmad Shah menitahkan supaya kalimah Allahu Akbar yang bermaksud Allah Maha Besar dilaungkan pada istiadat pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang keenam di Istana Abu Bakar di sini esok Ten...
Rakyat Pahang Terima Sultan Baru Bermula Hari Ini

Rakyat Pahang Terima Sultan Baru Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 1335 hits
Tanggal 15 Januari 2019 mencatat sejarah istimewa untuk rakyat Pahang apabila istiadat pemasyhuran sultan keenam Pahang dalam era moden Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berlangsung di Istana Abu Bakar pagi ini Istiadat itu yang akan disaks...
Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Resepi Kaswi Pandan

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Jjcm Kuching Day 2 Semenggoh Nature Reserve

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Five Benefits Of Orange Juice