Sultan Abdullah Ikrar Teruskan Legasi Pemerintahan Utamakan Kepentingan Rakyat



PEKAN - Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam bertitah untuk terus mengutamakan kepentingan rakyat sepanjang pemerintahan baginda.

Sultan Abdullah yang mewarisi taktha daripada Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar berikrar untuk meneruskan legasi pemerintahan yang selama ini dekat di hati rakyat dan sentiasa menjaga kepentingan mereka terutama apabila dilanda musibah.

"Saya ini tidak ubah 'bagai condong yang akan menongkat, bagai rebah yang akan menegak.' Kepada sayalah tempat sekalian rakyat menumpang teduh apabila dilanda musibah, dan menumpang kasih apabila berduka.

"Legasi pemerintahan Paduka Ayahanda yang berpaksikan kepada kata keramat 'Raja dan rakyat berpisah tiada', 'Raja dan rakyat sehati sejiwa' akan terus saya jadikan sebagai cogan utama pemerintahan saya," titah baginda dalam Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang keenam yang diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Baginda turut menyeru semua kepimpinan negeri di setiap peringkat supaya menjalankan tugas dengan penuh amanah, bertanggungjawab serta menjunjung sifat ketakwaan, sambil mengingatkan bahawa hanya pemimpin yang bertakwa sahaja yang akan menginsafi bahawa setiap perbuatan dan keputusan mereka bakal dihitung di akhirat.

"Sesungguhnya, kekuatan sebuah negeri adalah kerana raja pemerintah, manakala kekuatan raja pemerintah terletak kepada kerajaan dan rakyatnya.

"Kerana itu, pepatah Melayu lama ada berpesan: "Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanahnya," titah baginda.

Turut berangkat  pada istiadat itu ialah Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, Tengku Arif Temenggong Tengku Fahd Muadzam Shah, dan putera puteri baginda.

Pada istiadat itu, Sultan Abdullah menerima watikah Pemasyhuran Pelantikan Raja daripada adinda baginda Tengku Muda Pahang yang turut membaca Pengisytiharan Pelantikan Raja di bawah Perkara 9A Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang (Bahagian Pertama).

Sultan Abdullah bertitah bahawa baginda merasa amat kerdil dan insaf apabila dipertanggungjawabkan mewarisi takhta negeri Pahang daripada ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah.

"Baginda merupakan seorang raja pemerintah yang adil, berbudi luhur bukan kepalang dan dikasihi serta disanjungi oleh setiap lapisan rakyat jelata. Legasi pemerintahan paduka ayahanda tiada bandingannya. Ia akan terpahat segar dalam lipatan sejarah," titah baginda.

Dalam masa yang sama Sultan Abdullah turut mengenang jasa yang disumbang Almarhum bonda baginda Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad.

"Baginda sentiasa cekal hati mendidik saya dengan penuh kasih sayang,  tiada kedengaran sepatah keluhan, dan tiada kelihatan setitip kemarahan. Bonda adalah ratu dan permata hati yang hilangnya sukar dicari ganti," titah baginda.

Sehubungan itu baginda meminta semua rakyat Pahang memanjatkan doa kepada roh Almarhum bonda baginda serta mendoakan agar ayahanda baginda sentiasa dikurniakan kesihatan terbaik.
Sultan Abdullah turut merakamkan penghargaan kepada Sultanah Pahang Sultanah Kalsom,  paduka-paduka kekanda dan adinda, serta kaum keluarga yang telah menjaga Sultan Ahmad Shah selama ini.

Titah penghargaan turut diberikan kepada Tengku Muda Pahang, Tengku Arif Temenggong Pahang, paduka-paduka kekanda dan adinda, serta Jumaah Pangkuan Diraja negeri Pahang yang telah memberikan kepercayaan untuk melantik dan memasyhurkan baginda sebagai Sultan Pahang keenam.

Sultan Abdullah turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Sallehuddin Ishak dan kerajaan negeri Pahang atas khidmat bakti mereka bagi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan Pahang. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/01/sultan-abdullah-ikrar-teruskan-legasi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah Dekat Di Hati Rakyat

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah Dekat Di Hati Rakyat

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 628 hits
TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah yang merupakan anakanda keempat Sultan Ahmad Shah dan Almarhumah Tengku Afzan Almarhum Tengku Muhammad diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal Pekan Pahang Baginda mendapat pendidikan awal d...
Rakyat Pahang Menzahirkan Sembah Tahniah Gembira Di Atas Pelantikan Sultan Abdullah Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6

Rakyat Pahang Menzahirkan Sembah Tahniah Gembira Di Atas Pelantikan Sultan Abdullah Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 583 hits
PEKAN Rakyat negeri Pahang menzahirkan sembah tahniah kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dilantik menjadi Sultan Pahang keenam menggantikan ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah Penduduk di Pekan Azahani Mahmud 49 berkata pelantikan...
Pemasyhuran Sebagai Sultan Pahang Akan Letakkan Tengku Abdullah Sebagai Calon Yang Di Pertuan Agong Ke 16

Pemasyhuran Sebagai Sultan Pahang Akan Letakkan Tengku Abdullah Sebagai Calon Yang Di Pertuan Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 655 hits
PEKAN Pemasyhuran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Jan ini membuka laluan untuk baginda dinamakan sebagai Yang di Pertuan Agong Ke 16 Ketua Penyelidik Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang ya...
Sultan Johor Zahir Tahniah Kepada Tengku Abdullah

Sultan Johor Zahir Tahniah Kepada Tengku Abdullah

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 323 hits
12 Januari 2019 8 57 PM JOHOR BAHRU Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan tahniah kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pah
Tengku Abdullah Di Masyhur Sebagai Sultan Pahang 15 Januari

Tengku Abdullah Di Masyhur Sebagai Sultan Pahang 15 Januari

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 954 hits
KUANTAN Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diisytihar sebagai Sultan Pahang yang baharu menggantikan ayahandanya Sultan Ahmad Shah yang kini gering Pemasyhuran Baginda sebagai Sultan Pahang keenam akan dilangsungkan di B...
Sultan Abdullah Akan Diberi Laluan Sebagai Agong Sejurus Menjadi Sultan Pahang Rupanya Ini Bukan Kali Pertama Terjadi

Sultan Abdullah Akan Diberi Laluan Sebagai Agong Sejurus Menjadi Sultan Pahang Rupanya Ini Bukan Kali Pertama Terjadi

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 1000 hits
Sultan Abdullah berangkat solat subuh di Masjid Imam Ash Shafie KUANTAN Sultan Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah berangkat solat subuh di Masjid Imam Ash Shae Kotasas di sini hari ini sehari selepas diumumkan sebagai Sultan Pahang Keberangk...
Tengku Abdullah Dimasyhur Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6

Tengku Abdullah Dimasyhur Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 846 hits
Tengku Abdullah Dimasyhur Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6 Tahniah kepada semua rakyat Pahang ini kerana mendapat Sultan yang baru iaitu Sultan Pahang Yang Ke 6 Hari ini diumumkan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pah...
039 Dijemput Kali Pertama Atas Titah Sultan Abdullah 039

039 Dijemput Kali Pertama Atas Titah Sultan Abdullah 039

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 339 hits
13 Januari 2019 2 37 PM KUANTAN Sultan Pahang keenam Sultan Abdullah Ahmad Shah mempunyai keperibadian yang tinggi termasuk dalam menghormati pilihan rakyat kata Timbalan Menteri di Ja
Tengku Abdullah Sultan Pahang Yang Baharu

Tengku Abdullah Sultan Pahang Yang Baharu

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 541 hits
THE MALAYSIAN TIMES PEKAN Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pahang keenam bagi menggantikan Sultan Ahmad Shah berkuatkuasa serta merta Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yan...
Editing Tools For Drawing

Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Hutang Negara Turun Rm20 Bilion Grok Ai Dedah Sebaliknya Hahaha

Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

The Unspoken Burden This Is What I Ve Learned From Being A Woman In Marriage

Program Stem Genius Discover Science Through Art Fun Cetus Keterujaan Minat Sains Dan Matematik Pelajar Sekolah

Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment

Cara Semakan Str Jika Tiada Akaun Bank


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welcome Home Min Yoongi Bts Is Back

Latihan Pusat Kalam Jamaaie Daerah Kuala Selangor 2025

Belajar Sampai Tua

Diam Bukan Lemah

Baru 8 Bulan Cerai Dah Kahwin Baru Pempengaruh Dikecam Lupa Diri Amp Jasa Isteri Lama Lepas Popular

Isu Hutang Rm4 65 Juta Fazura Akhirnya Buka Mulut Saya Adalah Diri Saya Syarikat Itu Entiti Yang Lain