Lebih Rm500 000 Kotak Kasih Bantu Mangsa Banjir Annuar Musa


Oleh Bernama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa. GAMBAR: Abd Razak Aid KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah memperuntukkan lebih RM500,000 menerusi sumbangan Kotak Kasih untuk membantu meringankan beban mangsa banjir yang terkesan.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, bantuan itu membabitkan sepuluh lokasi dilanda banjir termasuk di Janda Baik, Lancang, Mentakab, Temerloh, Tandom Hill, Bukit Changgang, Taman Sri Muda, Batu 20, Sungai Lui dan Jeli.
Katanya, bantuan berkenaan merangkumi barangan keperluan asas termasuk sumbangan wang tunai membabitkan nilai RM300 hingga RM500 kepada setiap penerima mengikut keadaan dan tempat.
“Setakat ini, hampir 5,000 Kotak Kasih KKMM sudah diagihkan kepada mangsa banjir yang terkesan selain makanan bermasak hampir 15,000 pek termasuk keperluan barangan elektrik.
“Di setiap tempat kita pergi mengikut keperluan dan kalau ada tempat penduduk baru menerima bantuan wang tunai, kita akan bagi barang kepada mereka.. Kita buat apa diperlukan berdasarkan tempat-tempat yang kita pergi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kotak Kasih KKMM dan Bantuan Rumah Prihatin di Sekolah Kebangsaan Kuala Balah, Jeli, hari ini yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Balah, Datuk Abdul Aziz Derashid.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Annuar berkata, setakat ini lebih 500 buah rumah mangsa banjir telah dibersihkan menerusi Program Bantu Hingga Selesai (BAHIS) yang dilaksanakan selama lima hari bermula 29 Dis lepas.
Katanya, menerusi program berkenaan pihaknya mendapat kerjasama dan sokongan kuat daripada pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), pegawai dan kakitangan kementerian dan sebagainya.
“Operasi selama lima hari itu sangat berkesan kerana kita secara tidak langsung dapat membantu kerajaan tempatan, majlis daerah dan sebagainya yang kekurangan kelengkapan jentera berat.
“Menerusi program itu, paling terkesan kita dapat melihat usaha untuk mengeluarkan longgokan barangan telah rosak hingga mencecah ratusan tan yang telah dipunggah keluar terutama dari kawasan Taman Sri Muda dan Bukit Changgang,” katanya.
Beliau berkata pihaknya turut berharap usaha sepakat antara pegawai dan kakitangan kementerian termasuk kerjasama dari NGO dapat diteruskan dari semasa ke semasa sekiranya ada keperluan dan berlaku bencana. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/lebih-rm500000-kotak-kasih-bantu-mangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 656 hits
Oleh Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini GAMBAR Bernama JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang menca...
13 000 Mangsa Banjir Masih Berada Di Lebih 100 Pps

13 000 Mangsa Banjir Masih Berada Di Lebih 100 Pps

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 388 hits
Jumlah mangsa banjir di dua negeri menurun tiga negeri kekalRakaman gambar sebuah rumah yang musnah akibat banjir lumpur di Sungai Telemong Pahang Gambar Bernama Jumlah mangsa banjir merekodkan penurunan di dua negeri manakala tiga negeri k...
Pasca Banjir Kerajaan Persekutuan Perlu Bantu Mangsa Lebih Banyak

Pasca Banjir Kerajaan Persekutuan Perlu Bantu Mangsa Lebih Banyak

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 329 hits
Kerajaan Persekutuan digesa memberi lebih banyak bantuan kepada mangsa mangsa banjir termasuk menggantikan barang barang keperluan asas rumahtangga yang musnah Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim Kerajaan ti...
Bantuan Wang Ihsan Sudah Disalur Kepada Lebih 28 000 Mangsa Banjir

Bantuan Wang Ihsan Sudah Disalur Kepada Lebih 28 000 Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 345 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Seramai 28 287 mangsa bencana banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan sehingga 12 tengah hari tadi Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ciap...
Lebih 7 000 Pegawai Jkm Santuni Mangsa Banjir Kata Rina

Lebih 7 000 Pegawai Jkm Santuni Mangsa Banjir Kata Rina

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 432 hits
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun berkata sumbangan daripada pelbagai pihak masih dialu alukan bagi memastikan tiada golongan tercicir PETALING JAYA Lebih 7 000 pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat digerakkan ke ...
Butik Al Ajmal Agih 1 000 Pasang Telekung Infak Untuk Mangsa Banjir

Butik Al Ajmal Agih 1 000 Pasang Telekung Infak Untuk Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 427 hits
Butik Al Ajmal agih 1 000 pasang telekung infak untuk mangsa banjir Syarikat pengeluar telekung Butik Al Ajmal mengagihkan 1 000 pasang pakaian itu menerusi projek infak dan sedekah kepada mangsa mangsa banjir Pemiliknya Rozita Mat Reshad b...
Anggota Amal Pas Gugur Ketika Bantu Mangsa Banjir

Anggota Amal Pas Gugur Ketika Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 389 hits
KOMANDAN Jabatan Amal PAS Kawasan Mersing Ahmad Zaki Mahpar meninggal dunia hari ini semasa melakukan membantu mangsa di Selangor Insiden itu dilaporkan oleh Media Fastaqim hari ini Walau bagaimanapun punca kematian Allahyarham tidak dinyat...
Rebat Rm500 Mangsa Banjir Beli Barangan Elektrik Bermula 7 Jan

Rebat Rm500 Mangsa Banjir Beli Barangan Elektrik Bermula 7 Jan

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 318 hits
Rebat RM500 mangsa banjir beli barangan elektrik bermula 7 Jan MANGSA banjir boleh membeli barangan elektrik dengan kemudahan rebat RM500 di bawah program Sustainability Achieved via Energy Efficiency di premis terpilih atau secara dalam ta...
Kematiannya Dicemburui Sukarelawan Meninggal Dunia Ketika Bantu Mangsa Banjir

Kematiannya Dicemburui Sukarelawan Meninggal Dunia Ketika Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 371 hits
Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Mersing Ahmad Zaki Mahbar meninggal dunia selepas pengsan ketika sedang membantu mangsa banjir di Bukit Changang Banting hari ini Berita hiba tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kabinet Kerajaan Madani

The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya