Suka Sangat Bermekap Masa Mengandung Hati Hati Ada Kandungan Dalam Alat Solek Yang Bahaya


Sesetengah wanita hamil akan menggunakan alat solek bagi menutupi wajah yang kusam. Tapi bukan semua mekap sesuai digunakan ibu mengandung.

Penggunaan alat solek
Sepanjang tempoh kehamilan, pastinya anda akan cuba melakukan sebaik mungkin aspek penjagaan diri, seperti menjaga pemakanan.
Pun begitu, tanpa disedari, mekap yang anda gunakan juga sebenarnya berisiko mendatangkan bahaya kepada anda dan kandungan.
Ini kerana kulit anda akan menyerap hampir 60% daripada apa yang anda gunakan dan pakai.
Jadi, pernah tak anda semak bahan yang terdapat dalam alat solek anda? Adakah ia selamat untuk digunakan oleh wanita hamil?
Bahan dalam alat solek harus dielakkan wanita hamil
Berikut antara bahan yang perlu anda elakkan untuk tempoh 9 bulan akan datang bagi menghindari sebarang risiko.
Jika menyusu badan, anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan bahan ini dalam mekap yang digunakan.
Foundation, Concealer and Exfoliator
Kulit kusam adalah masalah biasa dialami wanita hamil. Dan penggunaan mekap untuk menyamarkan kulit pastinya idea yang baik.
Namun, ada bahan berbahaya terutamanya jika anda mempunyai kulit sensitif.
Paraben
Turut dikenali sebagai:
-Propylparaben
-Butylparaben
-Isopropylparaben
-Methylparaben
Merupakan agen pengawet yang digunakan untuk menghindari pengumpulan bakteria pada alat solek.
Bahan yang boleh tersebar melalui janin ini dikaitkan dengan gangguan pada perkembangan, pembiakan, neurologi dan pertahanan bayi.
Retinol
Merupakan bentuk vitamin A yang turut dikenali sebagai:
-Retinyl palmitate
-Retinyl acetate
-Retinoic acid
-Tretinoin
Biasanya terdapat dalam bedak asas dan lipstik, khususnya yang dilabel “antipenuaan”. Jumlah vitamin A yang banyak dikaitkan dengan kecacatan janin, keguguran awal.
Wangian
Sesetengah bahan berbahaya diletakkan di bawah nama ‘wangian’. Beberapa contoh kimia bahaya yang mungkin tidak dapat dikesan pada alat solek adalah:
-Phthalate – dikaitkan dengan kecacatan sistem pembiakan bayi lelaki
-Octoxynol – menjejaskan hormon
-Citral, eugenol, coumarin dan geraniol – bahan kimia cenderung menyebabkan alergi dan dermatitis kontak
Lipstik & pemerah pipi
Penggunaan lipstik dan pemerah pipi atau blush pasti akan dapat membantu menaikkan seri pada wajah ibu mengandung.
Tetapi waspada! Ada bahan yang boleh menyebabkan masalah pada kulit.
Pengawet
Sesetengah agen penstabil mungkin tidak mendatangkan mudarat pada bayi mahupun sistem pembiakan anda. Namun ia boleh menjejaskan kulit anda yang sudah tersedia sensitif.
Antara contoh bahan pengawet seperti:
-Phenoxyethanol
-Benzyl benzoate
-Pewarna tiruan
Terdapat sesetengah jenama lipstik mengandungi sejumlah plumbum.
Walaupun kandungan bahan tambahan pada alat solek ini mungkin kecil, tetapi mengakibatkan ketoksikan saraf (neurotoxicity), masalah kesuburan dan perubahan hormon.
Bahan lain yang turut terdapat pada lipstik dan blush adalah retinol, paraben dan wangian.
Krim pelindung matahari
Pemakaian krim pelindung matahari membantu melindungi kulit daripada sinar UVA dan UVB. Dengan SPF yang tinggi ia dapat mengelakkan bintik-bintik hitam.
Wanita hamil berisiko untuk mengalami melasma, turut dikenali sebagai “topeng kehamilan”. Merupakan keadaan yang disebabkan oleh kenaikan hormon yang meningkatkan pigmentasi kulit.
Oxybenzone
Bahan pelindung matahari popular ini dapat menyerap sinar UV.
Tetapi malangnya penyerapan bahan ini oleh kulit anda juga adalah pada kadar yang lebih banyak berbanding bahan pelindung matahari lain.
Walaupun kajian tidak menunjukkan gangguan endokrin ketara pada manusia yang menggunakan oxybenzone, namun ibu hamil disaran menghindari bahan ini.
Avobenzone
Dalam kajian yang dilakukan di Netherlands menunjukkan ramuan ini boleh meniru hormon progesteron wanita dan mungkin mengganggu fungsi sperma.
Maskara dan pembayang mata
Alat solek untuk mata tidak digunakan pada jumlah yang banyak. Walaupun begitu, masih ada bahan yang perlu dielakkan.
Ini kerana terdapat wanita hamil yang mengalami kerengsaan dan kegatalan pada mata. Jadi mungkin anda mahu menggunakan produk semula jadi, hypoallergenic.
Serbuk aluminium
Ia mungkin menjadikan solekan mata anda berkilau. Tetapi awas! Bahan ini boleh diserap oleh kulit dan berisiko menyebabkan ketoksikan saraf dan masalah pernafasan.
Talkum
Fungsi bahan ini untuk mencegah mekap daripada bercapuk dan caking. Selalunya ia tidak berbahaya.
Pun begitu, terdapat sejumlah kecil asbestos, dikenali sebagai karsinogen, boleh mencemarkan deposit talkum.
Diazolidinyl urea
Bahan pengawet antimikroba ini terdapat dalam maskara dan mengeluarkan formaldehid.
Formaldehid boleh menyebabkan kerengsaan pada mata, hidung dan tekak walaupun pada kadar yang rendah dan tempoh masa sekejap.
Pengilat kuku
Rawatan kuku tangan dan kaki serta penggunaan pengilat kuku oleh wanita hamil adalah tidak berbahaya.
Tetapi anda harus mengelakkan 3 bahan beracun dalam pengilat yang ingin digunakan.
Dibutyl phthalate (DBP)
Phthalate adalah bahan yang boleh menjejaskan hormon.
Pendedahan dalam jumlah yang tinggi boleh mengganggu pengeluaran hormon pada bayi yang sedang berkembang.
Formaldehid
Bahan yang boleh menyebabkan kanser.
Toluene
Neurotoksin ini boleh memberi kesan buruk pada sistem saraf.
Bahan ini juga dikaitkan dengan masalah pening kepala, kerengsaan pada badan termasuk isu berhubung pembiakan.
Semak alat solek
Ia 1 tugas sukar untuk sentiasa menyemak label pada produk alat solek yang digunakan setiap hari.
Namun, tindakan anda ini pastinya dapat membantu mengelakkan sebarang masalah berkaitan kesihatan khususnya bagi wanita hamil dan kandungan. Jika wujud kebimbangan, dapatkan rundingan doktor untuk lebih kepastian.
The post Suka Sangat Bermekap Masa Mengandung? Hati-Hati, Ada Kandungan Dalam Alat Solek Yang Bahaya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/suka-sangat-bermekap-masa-mengandung-hati-hati-ada-kandungan-dalam-alat-solek-yang-bahaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Alat Solek Kepada Kanak Kanak Beware Guys

Bahaya Alat Solek Kepada Kanak Kanak Beware Guys

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 420 hits
Kanak kanak sememangnya secara semula jadi telah comel dan mempunyai kulit yang halus Kulit mulus mereka TIDAK perlu dicemarkan dengan bahan kimia seperti alat solek Walaupun alat solek tersebut selamat bagi orang dewasa ianya tidak semesti...
Mengaji Solat Waktu Mengandung Bayi Dalam Kandungan Dapat Rasa Sekali Niat Ikhlas Kerana Allah Swt

Mengaji Solat Waktu Mengandung Bayi Dalam Kandungan Dapat Rasa Sekali Niat Ikhlas Kerana Allah Swt

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 381 hits
Sebagai ibu hamil kita sering dinasihatkan untuk menjaga perlakuan dan kata kata Sebaiknya banyakkan beribadah untuk memudahkan proses kehamilan Lakukan kerana Allah SWT dengan ikhlas pasti ada kebaikannya untuk si ibu dan bayi dalam kandun...
Suka Duka Berangkat Sekolah Naik Sepeda Jauh Dekat Ditempuh Demi Masa Depan Yang Cerah

Suka Duka Berangkat Sekolah Naik Sepeda Jauh Dekat Ditempuh Demi Masa Depan Yang Cerah

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 350 hits
Kamu yang dulu zaman sekolah naik mobil nggak bakal ngerasain serunya konvoi sepeda D
Layan Anak Masa Makan Boleh Jadikan Anak Tu Hebat Kalau Anak Mengadap Gajet Itu Yang Bahaya

Layan Anak Masa Makan Boleh Jadikan Anak Tu Hebat Kalau Anak Mengadap Gajet Itu Yang Bahaya

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 314 hits
Makan bersama anak memang mencabar lagi lagi situasi di restoran apabila makanan dah terhidang perut mak ayah dah bekeroncong tetapi anak meragam nak berdirilah nak memanjatlah nak keluar dari kerusi bayi lah dan sebagainya Memang pening ke...
Ada 12 Komplikasi Semasa Mengandung Paling Bahaya No 1 Jaga Jaga Ibu Hamil

Ada 12 Komplikasi Semasa Mengandung Paling Bahaya No 1 Jaga Jaga Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 305 hits
Kebanyakan wanita mengandung tidak mengalami masalah sepanjang kehamilan Namun terdapat juga komplikasi kehamilan mungkin dialami oleh mereka berbadan dua dan ia bahaya Sesetengah masalah kesihatan dialami sebelum kehamilan dan mengakibatka...
Julia Farhana Bawa Alat Solek Sendiri Demi Keselamatan

Julia Farhana Bawa Alat Solek Sendiri Demi Keselamatan

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 405 hits
Pelakon Julia Farhana Marin antara bintang baharu yang terus diberi kepercayaan syarikat produksi dan stesen televisyen membintangi pelbagai drama serta telefilem Pelakon berdarah kacukan Melayu Itali itu bertuah rezeki terbuka luas selepas...
Boleh Ke Balik Kampung Masa Mengandung

Boleh Ke Balik Kampung Masa Mengandung

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 348 hits
Bella teringat masa mengandung hari tu Lama Bella tak balik kampung mak mentua sebab mengandung Kena jaga betul betul sebab ini kandungan yang amat ditunggu tunggu selepas 8 tahun Jadi nak jalan jauh dari Selangor ke Kedah berkira kira juga...
Percintaan Kompleks Dengan Ibu Tunggal Kenali 4 Lelaki Cuba Menangi Hati Song Jihyo Dalam Did We Love

Percintaan Kompleks Dengan Ibu Tunggal Kenali 4 Lelaki Cuba Menangi Hati Song Jihyo Dalam Did We Love

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 349 hits
Rasanya semua mesti ingin tahu watak 4 lelaki yang bakal menghuru harakan kehidupan cinta Song Ji hyo dalam drama terbaru Did We Love nanti kan Sinopsis Did We Love Noh Ae jeong ialah seorang produser filem dan telah hidup sebagai ibu tungg...
Hati Terpaut Islam Bermula Dari Online Game

Hati Terpaut Islam Bermula Dari Online Game

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 359 hits
TIDAK banyak pengetahuan mengenai Islam yang dimilikinya namun ia sudah cukup membuatkan seorang wanita dari Brisbane Australia ini berpandangan serong terhadap Islam sejak sekian lama Lebih lebih lagi apabila rakan baiknya bertindak mengen...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Resepi Udang Berempah Kurma

The Debut Of Huawei Pura 70 Series

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Jakim Sets Up Special Hotline To Channel Complaints Regarding Insults To Islam

Targeted Tourist Arrival Figures Mostly Hits Or Misses