Janji Salahuddin Hari Ini Adalah Salahuddin 2020 Bukan Lagi Salahuddin 2019


Salahuddin: menanamkan azam 2020.
SEMALAM Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub telah memberi dan menyampaikan amanat tahun baru 2020 kepada para pegawai dan pengerusi semua agensi di bawah kementeriannya.

Kejayaan majlis semalam dan menjadi kementerian pertama berbuat demikian, menjelaskan kesungguhan dan iltizam besar Salahuddin yang menerajui kementerian berkenaan.

Suatu yang menarik dan menggembirakan saya dan menunggu-nunggu, apabila beliau menjanjikan mahu mengubahkan pembawaan diri dan sikap apabila menyebut "Salahuddin tahun 2020 bukan lagi seperti Salahuddin tahun 2019."

"Salahuddin hari ini adalah Salahuddin 2020 bukan lagi Salahuddin 2019," begitulah katanya bersungguh. Bicara ini menunjukkan Salahuddin sudah mendapat semangat baru yang penuh dengan azam dan optimistik.
Pernyataan beliau itu mempamerkan beliau sedia berubah daripada keadaan sebelum ini yang mungkin dirasakan belum mantap, kurang berani, boleh dipermainkan, dipersendakan atau pun digelar dengan hal-hal negatif yang meletakkan dirinya dalam keadaan dalam inferiority complex kerana baru menjadi menteri. Tetapi tahun 2020 ini beliau sudah berubah, kalau pun tidak sudah jadi macam Sazali.

Kesediaan dan keseriusan Salahuddin ini jelas apabila beliau menyebut, masa setahun lapan bulan, sudah berakhir. "Masa saya mencuba-cuba dan terkial-kial mencari hala tuju MOA sudah berakhir. Pengalaman yang ada sudah cukup menyakinkan," tegasnya.
Selain bercakap mengenai dirinya, beliau berharap semoga semua pegawai dan pengerusi agensi di bawah MOA juga melaku dan merasakan hal sama. Apa ditekankan beliau semua pihak perlu menginsafi tugas dan tanggungjawab demi rakyat. Azam dan harapannya kepada semua warga MOA mahu menjadi MOA sebagai kementerian terbaik.


Untuk ini katanya pegawai hendaklah serius dan merancang serta berfikir untuk rakyat. Misalnya beliau mengarahkan untuk tahun 2020 semua agensi perlu merancang dan melaksanakan dua projek besar yang bukan biasa-biasa, tetapi yang luar biasa. Arahan ini pasti akan ditunggu umum.

Amanat disampaikan itu seharusnya ia dijadikan azimat oleh semua pegawai MOA dan ia tidak dianggap sebagai tradisi tahunan semata-mata. Semua pihak kena hayati dan mencatat setiap apa dipesankan itu dalam sanubari masing-masing dengan iltizam untuk menjayakan MOA bersamanya.

Amanat berkenaan perlu diterima bukan sahaja azam beliau sebagai menteri, tetapi semua pegawai, pengerusi agensi khasnya dan para petani, peladang dan penternak juga perlu mengambil dan menerimanya sebagai satu tanggungjawab bersama.

Apa ditekankan Salahuddin semalam, perkara sangat merujakan saya apabila beliau menzahirkan perasaan dan komitmen beliau yang akan bersikap tegas dengan kerenah pegawai kerajaan atau mana-mana pihak cuba meremehkan arahnya. Sebelum ini akuinya ada minit daripadanya tidak diendahkan oleh pihak tertentu.

Tampaknya frasa ini sering diucapkan Salahuddin sebelum ini. Ia seperti selama ini beliau berhadapan dengan kerenah birokrasi dalam MOA. Nampaknya Salahuddin sudah keluar dari belenggu inferiority complex itu sehingga memberi peringatan kepada mana-mana pegawai yang tidak serasi dengannya, boleh keluar daripada MOA.

Kehadiran KSU baru mungkin memberikannya kekuatan dan keyakinan walaupun pertukaran KSU itu bukan boleh menyelesaikan semua masalah kerana sebahagian besar masalah MOA terpanggung atas bahu menteri.

"Mana-mana pegawai yang tidak serasi dan berminat dengan MOA, boleh jumpa KSU dan minta ditukarkan," tegasnya. Ini nada keberanian yang terserlah dalam amanat itu.
Hal lain disebut Salahuddin dan menjadi azam tahun 2020 ialah, beliau tidak lagi akan banyak di pentas tetapi akan turun ke bawah menemui rakyat. Sehubungan itu katanya, publisiti dan pemujaan terhadapnya dengan mempamerkan banner dan poster tidak diperlukan lagi.

"Saya tidak mengharapkan pujian, tidak perlu lagu hari jadi untuk saya, anak dan isteri, tetapi yang penting adalah kebajikan untuk rakyat,""Tidak perlu buat poster besar-besar puji saya, orang pun menyampah," katanya. Cantik kalau Salahuddin menyedari fenomena yang sudah menimpa kebanyakan menteri ini.
Ini satu komitmen baik oleh Salahuddin. Sehubungan itu selepas ini kita mahu lihat beliau tidak lagi senantiasa dilihat segak bergaya persis "peragawan" tetapi biarlah dia tampil sebagai seorang pemimpin rakyat marhaen memakai terendak, seluar lasak, but dengan parang atau golok terselit dipinggang bukannya pen di poket dengan telefon bimbit tergenggam kemas ditangan.

Kita mahu tengok imej baru Salahuddin tahun 2020 sebagai menteri membawa imej seorang petani, peladang dan penternak bukan korporat ala-ala pegawai bank yang bojen berjel dan bersikap rapi.

Selain itu apa ditekankan Salahuddin ialah, meminta segala urusan dengan MOA perlu dipercepatkan tidak ada lagi surat-surat yang dialamatkan kepada MOA dipendam tidak dijawab dan sesuatu proposal dikemukakan mengambil masa berbulan-bulan.


Untuk ini mudah sahaja untuk Salahaddin mengatasinya, hanya beliau perlu lebih berani dan tidak begitu apologetik dengan para pegawai termasuk pegawai di pejabatnya sendiri. Banyak aduan diterima surat-surat yang sepatutnya dijawab oleh Salahuddin tetapi tidak diuruskan oleh pegawainya yang berkenaan dengan baik dan sistematik. Elok kalau pegawai itu dihantar menjalani kursus intensif dalam bidang pentadbiran dan diplomatik.

Apa juga perlu dilakukan Salahuddin selain memberi amaran dan teguran kepada pegawai kerajaan di bawah MOA, beliau juga kena tegur pegawai di pejabatnya sendiri. Kalau beliau tergamak memberi warning secara terbuka kepada pegawai kerajaan yang tidak serasi dengan MOA keluar daripada MOA, maka begitu juga sepatutnya dilakukan kepada pegawainya. Tukarlah pegawai yang lembab.

Sama-sama kita tengok dan nanti apakah Salahuddin mampu memenuhi segala azam yang ditanamkan dalam ucapan amanat itu. Apakah beliau berjaya melakukannya atau ia sekadar retorik semata-mata, kerana ada frasa dan janji-janji dilapazkan itu sudah kerap kali disebut sebelum ini, ia berulang kali macam lagu-lagu klasik nyanyian Mat Tenggok di radio klasik, dah naik mual kita mendengarnya namun kesannya nol. [wm.kl. 7:53 am 07/01/20]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/01/janji-salahuddin-hari-ini-adalah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Hari Krismas 2019

Selamat Hari Krismas 2019

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 545 hits
Selamat Hari Krismas 2019 pada semua pengunjung blog terutama bagi yang beragama Kristian terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifilm altek cubic love followme beautiful blogofthe...
Perlawanan Damai Di Hari Natal 2019

Perlawanan Damai Di Hari Natal 2019

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 389 hits
Wentius Nimiange Wakil Bupati Nduga mengundurkan diri sebagai Protes atas kekerasan hati Pemerintah Kolonial Indonesia dibawah kepemimpinan Djoko Widodo yang terus bantai rakyat papua mulai dari Nduga kini melebar ke seluruh wilayah pegunun...
Hari Pertama 2020 Tak Dapat Masuk Rumah

Hari Pertama 2020 Tak Dapat Masuk Rumah

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 369 hits
Baiklah Sambung dari cerita Habis memborong barulah nak kembali ke pangkal jalan Perancangan asal nak ke rumah ni dari pagi katanya Tapi gerak dari Semenyih pun dah pukul 9 pagi Lepas tu menyinggah lagi Kedai RM2 FamilyMart dan Mr DIY Break...
Pengalaman Hari Pertama Bersekolah Tahun 2020

Pengalaman Hari Pertama Bersekolah Tahun 2020

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 480 hits
Hai korang Okeh harini Juju nak sajalah nak share dengan korang pengalaman hari pertama dak Yash bersekolah dalam tahun 2020 ni Kalau korang nak tau Yash berumur 6 tahun pada tahun ini Maknanya dia masih bersekolah di Pra sekolah Masih jump...
Sk Rimba Terjun Lawatan Pemeriksaan Hari Pertama Persekolahan Sesi 2020

Sk Rimba Terjun Lawatan Pemeriksaan Hari Pertama Persekolahan Sesi 2020

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 520 hits
SK Rimba Terjun Lawatan Pemeriksaan Hari Pertama Persekolahan Sesi 2020 Gerak awal untuk hantar angah dan iqi dulu Boleh tahan trafik pagi ni terutama di kawasan sekolah masing masing Sampai sepertimana yang aku jangkakan di SK Rimba Terjun...
Hari 1 Percutian Ke Jakarta 26 29 Disember 2019

Hari 1 Percutian Ke Jakarta 26 29 Disember 2019

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 288 hits
Percutian saya ke Jakarta kali ini memang percutian paling santai Pertamanya kerana saya tidak sihat 5 hari sebelumnya saya hanya terbaring di rumah sepanjang hari Saya agak risau juga jika sehingga hari berangkat saya masih belum kuat untu...
Nubia Mendakwa Peranti Red Magic 2020 Adalah Peranti Gaming Pertama Dengan Sokongan Dwi Mod 5g

Nubia Mendakwa Peranti Red Magic 2020 Adalah Peranti Gaming Pertama Dengan Sokongan Dwi Mod 5g

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 247 hits
Nubia Red Magic adalah antara peranti gaming yang berbaloi untuk dimiliki Ia hadir dengan pelbagai sistem penyejukan menggunakan skrin kadar segar semula tinggi skrin AMOLED dan dijual pada harga yang amat berpatutan Tahun ini adalah tahun ...
Mitosnya Pasangan Yang Menikah Di Tahun Kabisat Bakal Bercerai Padahal 2020 Adalah Tahun Kabisat

Mitosnya Pasangan Yang Menikah Di Tahun Kabisat Bakal Bercerai Padahal 2020 Adalah Tahun Kabisat

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 460 hits
Beberapa artis yang nikah di tahun kabisat memang akhirnya bercerai Nggak usah panik baca aja deh asal usul mitos ini
Counterpoint Research Iphone Xr Adalah Peranti Paling Popular Walaupun Sudah Hampir Ke Tahun 2020

Counterpoint Research Iphone Xr Adalah Peranti Paling Popular Walaupun Sudah Hampir Ke Tahun 2020

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 403 hits
https ift tt 39dRWV0 iPhone XR adalah peranti kelas pertengahan Apple Ini kerana ia dijual lebih murah dari iPhone iPhone lain dan adalah peranti iPhone yang boleh dikira murah sejak iPhone SE dilancarkan iPhone XR dilancarkan pada tahun le...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof