Kisah Ramly Burger Ini Kisah Suka Duka Pengasas Ramly Burger Yang Ramai Tak Tahu


Kisah Ramly Burger bermula tahun 1978, Ramly Mokni mula menjual burger walau ketika tu burger bukanlah pilihan santapan masyarakat. Inikan pulak kempen BMF. Namun usaha tak pernah jemu akhirnya membawa kepada kejayaan jenama Ramly Burger waktu kini.
Bila bercerita mengenai burger ( Ramly Burger ), pastinya kita akan terbayang daging dipanggang yang diletakkan sos, mayonis di atasnya bersama dengan timun, salad, tomato, hirisan bawang besar dan diapit dengan dua bun bijan yang sempurna. Hmm sedapnyaa! Baunya sahaja sudah memikat selera apatah lagi rasanya.
Kisah Pengasas Ramly Burger Ramai peniaga burger di luar sana menjual burger dengan menggunakan produk jenama Ramly. Namun kebanyakan daripada mereka tidak kenal bagaimanakah paras rupa pemilik kepada jenama tersohor iaitu Ramly Burger.

Pernah satu ketika, Ramly Bin Mokni iaitu pemilik kepada Ramly Burger keluar membeli burger dengan peniaga di jalanan yang menggunakan jenama Ramly Burger namun tidak mengenalinya dan buat tidak tahu sahaja dengan kehadiran pemilik Ramly Burger tersebut. Begitu rendah diri orangnya.
Ramly Burger diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato’ Haji Ramly Bin Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
Ramly Bin Mokni adalah seorang tokoh perniagaan yang berasal dari Tanjung Piandang, Perak. Beliau adalah anak yang ke 8 daripada 16 orang adik beradik. Dikatakan, beliau membesar di Sekinchan, Selangor sehingga dewasa dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang pekerjaan.
Sebut sahaja burger, pasti nama satu jenama yang tidak asing lagi iaitu Ramly akan bermain di fikiran. Ya, rata-rata kita semua membesar dengan mengenal Ramly Burger dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat negara Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat.
Sejarah burger di Malaysia Ramly Burger adalah jenama yang menjadi kebanggaan buat seluruh warga negara Malaysia. Hal ini kerana ia sudah cukup sinonim dengan penerimaan rakyat Malaysia dengan nama Ramly untuk makanan ala barat tambahan lagi apabila berkaitan dengan burger.

Kisahnya bermula pada tahun 1978 yang mana pada waktu itu negara kita kecoh dengan isu halal haram berkenaan dengan daging burger ini. Jadi, Ramly Bin Mokni sebagai pemotong daging mengambil peluang ini untuk buat sendiri dan menjual daging burger dari rumah bersama dengan bantuan isterinya, Shala Siah Binti Abdul Manap.
Dengan berbekalkan modal sebanyak RM2,000 pada waktu itu, mereka suami isteri telah buat sendiri daging burger secara manual dengan tanpa bantuan apa-apa mesin sokongan semata pisau sahaja di rumah mereka disebuah flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru.
Dikatakan pada mula perniagaan mereka dapat kurang sambutan kerana masyarakat di negara Malaysia pada waktu itu tidak gemar makan burger. Namun, berkat kesabaran dan kecekalan pemilik Ramly Bin Mokni dan isteri, mereka tetap terus berniaga dan buka gerai burger berdekatan dengan kawasan Chow Kit.
Sejak dari itu, permintaan terhadap daging Ramly Burger semakin hari semakin bertambah. Bermula dengan 200 keping daging sehari kemudian mereka mula mendapat tempahan sehingga 3,000 keping sehari.

Pada tahun 1980, mereka mula buka syarikat dan hanya empat tahun kemudian, mereka telah berjaya membuka sebuah kilang di Bandar Tun Razak dengan menghasilkan kira-kira 10,000 keping dalam 1 hari.
Cabaran Ramly Burger yang paling besar sewaktu mula-mula hendak membangun adalah pihak M*** menolak permohonan pinjaman mereka dengan alasan orang Malaysia tak ramai makan burger akan tetapi pihak Bank Pembangunan pula yang luluskan permohonan mereka. Alhamdulillah dengan pinjaman dari Bank Pembangunan, jenama dan produk Ramly terus meningkat mendadak.

Hari ini, jualan tahunan Ramly Burger mencecah RM1 billion dan daging yang digunakan untuk sehari menghampiri 1.5 tan untuk menghasilkan pelbagai jenis produk jenama Ramly. Kini, jenama Ramly bukan lagi sekadar mengeluarkan daging burger, malah sosej, nuget, bebola daging, daging kisar, sos cili dan banyak lagi turut dihasilkannya.

Sumber: Siakap Keli
The post Kisah Ramly Burger – Ini Kisah Suka Duka Pengasas Ramly Burger Yang Ramai Tak Tahu appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/kisah-ramly-burger-ini-kisah-suka-duka-pengasas-ramly-burger-yang-ramai-tak-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerita Suka Duka Inul Daratista Jadi Pedangdut Dibayar Rp25 Ribu Hingga Ratusan Juta

Cerita Suka Duka Inul Daratista Jadi Pedangdut Dibayar Rp25 Ribu Hingga Ratusan Juta

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 223 hits
Pedangdut Inul Daratista memaparkan beragam prestasi yang ditorehkan selama berkarier di dunia hiburan Meski datang dari desa Inul mengaku sudah tampil di luar negeri seperti Asia Eropa hingga Amerika
Akhirnya Gadis Couple Seminggu Buka Mulut Kisah Duka Selepas Viral

Akhirnya Gadis Couple Seminggu Buka Mulut Kisah Duka Selepas Viral

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 1551 hits
Ingat tentang klip video sambutan anniversary 7 hari bercinta yang pernah dimuat naik oleh seorang remaja sekitar tahun 2013 lalu pemilik nama Puteri Awani ini sudah pun menjadi seorang gadis yang sangat cantik Malah jika ditinjau ke perkem...
Motivasi Dari Kisah Pengasas Kfc

Motivasi Dari Kisah Pengasas Kfc

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 877 hits
Motivasi diri I LoVe KFC hehePada usia 5 Bapanya meninggal dunia Pada usia 16 dia berhenti sekolah Pada usia 17 dia sudah kehilangan empat pekerjaan Pada umur 18 tahun dia berkahwin Antara usia 18 dan 22 dia adalah seorang konduktor kereta ...
Mak Mak Yang Suka Simpan Semua Barang Berharga Dalam Satu Beg Baca Kisah Pengajaran Ini

Mak Mak Yang Suka Simpan Semua Barang Berharga Dalam Satu Beg Baca Kisah Pengajaran Ini

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 662 hits
Mak mak Yang Suka Simpan Semua Barang Berharga Dalam Satu Beg Baca Kisah Pengajaran Ini Dah macam satu habit orang perempuan kalau boleh semua nak disumbat dalam beg tangan Dari sekecil kecil barang sampailah yang semahal mahal barang Tanpa...
How Much Does Burger King Pay In Idaho Indeed Com

How Much Does Burger King Pay In Idaho Indeed Com

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 339 hits
Management Average Salary Salary Distribution General Manager 5 salaries reported 46 971 per year Most Reported 14 500 64 000 Shift Manager 5 salaries reported 9 01 per hour 7 25 32 00 Shift Leader 3 salaries reported 10 44 per hour Min and...
Mushroom Onion Burger Blend Teton Waters Ranch

Mushroom Onion Burger Blend Teton Waters Ranch

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 311 hits
Bringing delicious flavor and tasty flair to every burger bun Burger Blends Get a health conscious and eco friendly balanced meal without sacrificing taste A perfect mix of grass fed beef savory mushrooms onion and sea salt will have your m...
A Guide To Santa Cruz Burger Week 2019 Good Times Santa Cruz

A Guide To Santa Cruz Burger Week 2019 Good Times Santa Cruz

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 266 hits
Welcome to Burger Week For the third year running GT presents Santa Cruz Burger Week happening Feb 20 26 During Burger Week participating restaurants throughout Santa Cruz County will offer burger specials for 8 12 With both hearty favorite...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities