Baru-baru ini digemparkan tentang penemuan sejenis obor-obor di Pantai Pulau Kekabu yang katanya boleh memudaratkan anda jika terkena sengatan daripada haiwan tersebut. Walaupun ianya kelihatan cantik dan menarik perhatian sesiapa saja yang menemuinya. Namun, sekiranya tersentuh ia amat berbisa dan menyakitkan.
Foto: National Geographic / Todd Martin
Dikenali sebagai Portugues Man-of-War atau nama saintifiknya adalah Physalia physalis. Haiwan ini bersifat karnivor iaitu haiwan yang memakan haiwan lain (daging) sahaja.
Foto: National Geographic / Todd Martin
Anda boleh perhatikan pada sesungutnya yang panjang daripada obor-obor biasa. Panjang sesungutnya boleh mencecah tinggi seorang lelaki. Haiwan ini menggunakan sesungutnya sebagai senjata untuk menyegat mangsa (haiwan lain) sehingga lumpuh.
Foto: National Geographic / Todd Martin
Biasanya, obor-obor ini mampu membuat haiwan-haiwan kecil lumpuh. Namun, terhadap manusia pula jika terkena bisanya akan terasa sangat sakit tapi jarang sekali nyawa terancam.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |