Suhakam Vaksin Percuma Perlu Rangkumi Banduan Warga Asing
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa kerajaan memberikan vaksinasi percuma kepada golongan rentan serta mereka yang berada dalam tahanan.
Menurut suruhanjaya itu, jika tidak demikian, komuniti itu tidak akan mendapat perlindungan daripada virus yang tidak membezakan manusia berdasarkan status kewarganegaraan.
“Suhakam mendesak kerajaan untuk memberikan vaksin Covid-19 percuma untuk semua termasuk golongan rentan, pelarian, pendatang, orang tanpa kewarganegaraan, tahanan di pusat tahanan dan tahanan penjara tanpa diskriminasi berdasarkan status kewarganegaraan mereka […]
“Hak untuk kesihatan adalah hak asasi manusia yang dinikmati oleh semua orang. Akses kepada penjagaan kesihatan, termasuk vaksin, adalah aspek penting dari hak untuk kesihatan.
“Golongan yang rentan […] menghadapi risiko mengalami keretakan dalam sistem kesihatan semasa kerana banyak sebab termasuk status dan kewarganegaraan mereka, dan ketidakmampuan untuk menanggung kos penjagaan kesihatan,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan, semalam.
Bank Dunia sebelum ini menganggarkan bahawa terdapat antara 2.96 juta hingga 3.26 juta pekerja warga asing yang berdaftar dan tidak berdokumen di Malaysia pada tahun 2017.
Penduduk Malaysia adalah sebanyak 32.69 juta pada suku ketiga 2020.
Menurut UNHCR, terdapat 178,450 pelarian dan pencari suaka di Malaysia pada Oktober 2020.
Di bawah rancangan vaksinasi ini, warganegara Malaysia tidak perlu membayar untuk vaksin.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin sebelum ini berkata kerajaan kini mempertimbangkan untuk pemvaksinan pekerja asing bagi memastikan pekerja asing tidak dijangkiti virus itu ntuk mencapai imuniti kelompok (herd immunity).
Bagaimanapun, Menteri Sumber Manusia M Saravanan menegaskan bahawa majikan harus menanggung semua kos imunisasi kakitangan mereka.
Matlamat kerajaan adalah untuk memvaksin 70 peratus penduduk – ambang yang dikatakan oleh kajian cukup untuk mencapai imuniti kelompok. Imuniti seperti itu seharusnya memperlambat penularan Covid-19 dan melindungi mereka yang belum diberi vaksin.
Suhakam menggesa Putrajaya agar memberi vaksin tahanan penjara dan mereka yang berada di pusat tahanan secara percuma.
“Terdapat kes jangkitan Covid-19 di pusat tahanan dan penjara.
“Oleh itu, penting untuk kerajaan mempertimbangkan ketika ini untuk memberikan vaksin Covid-19,” katanya.
Pusat tahanan seperti penjara, lokap polis, pusat tahanan imigresen telah menjadi kawasan panas Covid-19 kerana keadaannya yang sempit dan terkurung.
Sehingga 18 Jan, kemudahan ini mencatat 28 kluster Covid-19.
Kluster dikesan berkaitan tahanan atau kakitangan di kemudahan ini.
“Suhakam menekankan bahawa Covid-19 tidak mendiskriminasi, ini mempengaruhi semua orang termasuk golongan yang rentan ini,” tegasnya.
Khairy ketika mempengerusikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 berkata kerajaan merancang untuk menjalankan vaksinasi di kawasan di mana wabak Covid-19 dikesan.
Menamakan strategi itu sebagai “vaksinasi ring”, kawasan tersebut dapat mencakup pusat tahanan atau tempat kerja yang mengalami lonjakan jangkitan.
Bagaimanapun, dia tidak menyatakan sama ada mereka yang dalam tahanan ini akan diberi vaksin secara percuma atau sebaliknya.
The post Suhakam: Vaksin percuma perlu rangkumi banduan, warga asing appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/01/27/suhakam-vaksin-percuma-perlu-rangkumi-banduan-warga-asing/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=suhakam-vaksin-percuma-perlu-rangkumi-banduan-warga-asing