Samun Warga Asing Tiga Geng Ah Boon Kena Cekup


 

Polis menahan tiga lelaki anggota ‘Geng Ah Boon’ di Kampung Baru Dengkil dekat sini yang disyaki menyamun seorang warga Bangladesh di kawasan tapak pembinaan berhampiran Stesen LRT Bandar Puteri, Puchong tiga hari lepas.




Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah berkata suspek yang berumur antara 27 dan 43 tahun itu dipercayai terlibat dengan kes samun wang tunai RM1,200, pasport, kad bank dan barangan peribadi milik pekerja tapak pembinaan berkenaan.


Beliau berkata polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi, lima bilah pisau, sebilah parang serta lima telefon bimbit milik suspek, dan kesemua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau kes narkotik dan pecah rumah itu didapati positif syabu.




“Mereka dipercayai bergiat aktif melakukan jenayah itu sejak setahun lepas, dan kesemua suspek kini direman selama lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan, bersenjata serta menyebabkan kematian atau kecederaan ,” katanya dalam kenyataan semalam.




Dalam perkembangan lain, polis menahan empat warga asing dalam dua serbuan berasingan di sebuah kondominium di Kuchai Entrepreneurs Park, di sini kerana disyaki terlibat dengan kegiatan judi dalam talian.


Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar dalam satu kenyataan berkata dua lelaki warga China berusia 30 dan 34 tahun ditahan dalam serbuan pertama manakala seorang lelaki berusia 22 tahun serta seorang wanita berusia 20 tahun, kedua-duanya warga Indonesia, ditahan dalam serbuan kedua pada hari yang sama.


“Kesemua suspek direman di bawah Akta Imigresen 1959/63 selama empat hari bermula hari ini dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)© Akta Imigresen 1959/63,” katanya.


Anuar berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas antaranya wang tunai berjumlah RM55,000, 21 telefon bimbit dan dua komputer riba. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/01/samun-warga-asing-tiga-geng-ah-boon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Geng Ah Boon Dalang Samun Tapak Binaan Tumpas

Geng Ah Boon Dalang Samun Tapak Binaan Tumpas

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 204 hits
Oleh TIGA anggota Geng Ah Boon yang mendalangi kegiatan samun ke atas pekerja asing di tapak pembinaan di sekitar Serdang ditahan dalam serbuan di Kampung Baru Dengkil semalam IHSAN Polis KUALA LUMPUR Polis menumpaskan Geng Ah Boon yang men...
Suhakam Vaksin Percuma Perlu Rangkumi Banduan Warga Asing

Suhakam Vaksin Percuma Perlu Rangkumi Banduan Warga Asing

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 422 hits
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia menggesa kerajaan memberikan vaksinasi percuma kepada golongan rentan serta mereka yang berada dalam tahanan Menurut suruhanjaya itu jika tidak demikian komuniti itu tidak akan mendapat perlindungan daripada vi...
Empat Warga Asing Terlibat Judi Dalam Talian Ditahan

Empat Warga Asing Terlibat Judi Dalam Talian Ditahan

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 261 hits
Afiezy AzamanAntara barangan dirampas dalam serbuan PDRM KUALA LUMPUR Polis menahan empat warga asing terlibat dalam sindiket perjudian dalam talian di sebuah kondominium di Kuchai Entrepreneurs Park ibu negara Menurut Ketua Polis Daerah Br...
24 Wanita Warga Asing Menjual Kerang Musim Covid 19 Ditahan

24 Wanita Warga Asing Menjual Kerang Musim Covid 19 Ditahan

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 440 hits
PETALING JAYA Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menahan 24 wanita warga asing dalam serbuan ke atas sebuah hotel yang digunakan sebagai sarang pelacuran di Setapak Menerusi kenyataan DBKL serbuan itu dibuat Jabatan Penguatkuasaan DBKL dalam Oper...
Banjir Bandang 32 Kk Di Tiga Desa Di Jembrana Terdampak Sebagian Warga Mengungsi

Banjir Bandang 32 Kk Di Tiga Desa Di Jembrana Terdampak Sebagian Warga Mengungsi

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 266 hits
Tiga desa itu diantaranya adalah di Desa Medewi Desa Pulukan dan Banjar Pasar Desa Pekutatan
Hanya Warga Asing Dibenarkan Keluar Semasa Hujung Minggu Di Turki

Hanya Warga Asing Dibenarkan Keluar Semasa Hujung Minggu Di Turki

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 371 hits
Aduh dah seronok tak payah beratur panjang kedai pulak tutup https mlstudios my mehmetizudingul antarabangsa
Geng Habib Palsu Keputusan Ujian Covid 19 Tumpas 5 Warga Pakistan Ditahan

Geng Habib Palsu Keputusan Ujian Covid 19 Tumpas 5 Warga Pakistan Ditahan

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 275 hits
Polis merampas pelbagai peralatan termasuk telefon bimbit barang kemas wang tunai dan dokumen palsu keputusan ujian saringan Covid 19 SEPANG Sebuah sindiket pembekal dokumen keputusan palsu ujian saringan Covid 19 dikenali sebagai Geng Habi...
Menko Airlangga Warga Negara Asing Dilarang Masuk Indonesia Hingga 28 Januari 2021

Menko Airlangga Warga Negara Asing Dilarang Masuk Indonesia Hingga 28 Januari 2021

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 350 hits
Ketua Komite Penanganan Covid 19 dan Pemulihan Ekonomi Nasional itu juga menegaskan soal pemberlakuan pembatasan kegiatan masyarakat mulai 11 hingga 25 Januari 2021
Pn Perlu Terima Hakikat Darurat Akan Sebabkan Pelabur Asing Lari

Pn Perlu Terima Hakikat Darurat Akan Sebabkan Pelabur Asing Lari

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 358 hits
PERISYTIHARAN darurat tidak akan menarik minat pelabur asing malah penggantungan Parlimen sehingga Ogos akan terus menjejaskan keyakinan mereka kata Lim Guan Eng Bekas menteri kewangan itu menyelar kerajaan Perikatan Nasional yang menafikan...
Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nasihat Ikhlas Untuk Gen Z

Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi

Gbp Jpy Analisis Dan Ramalan

Insomniacks Demi Kebenaran Chord

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles